SEEKING MARDHATILLAH

Tuesday 23 December 2014

LAZIMI DHUHA

Assalamualaikum sahabat seperjuangan. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dari sekalian nikmat yang Allah kurniakan. Masih lagi dapat menjamu mata di blog sendiri sambil bait2 tangan melirikkan tulisan menulis melepaskan rindu di halaman muka blog yang dah lama kian usang. Alhamdulillah dek kekangan masa yang mencemburui, akhirnya dapat juga saya mengambil sebahagian masa rehat saya untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya melazimi dhuha.

diharapkan apa yang saya coretkan tidak disalah ertikan. Bukan untuk riya' ataupun takabbur bahkan tidak ujub dengan amalan yang ditunaikan buat mengisi masa senggang diri sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman bagaimana Dhuha itu memberi ketenganan dan menjemput rezeki.

Alkisahnya ditempat kerja saya rehatnya agak singkat sekitar jam 10.00am hingga 10.10 sahaja. hanya 10 minit. sebelum ini memang saya penuhkan masa saya dengan pergi menjamah makanan mengisi makanan. Jarang sekali saya melazimi dhuha. Pada kiraan saya memang tak sempat tamabhan pula dek waktu yang singkat sahaja untuk ke surau yang agak jauh dengan offcie.

Kebetulan saya ada group whatsap.penghuninya hanya 4 orang sahaja. tapi group yang penuh manfaat saya kira. semua ilmu dan good deeds kongsi bersama. Semuanya saya kenal di UM. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka dalam hidup saya, menjadi sebahagian peringatan buat saya. Mereka ini sangat melazimi dhuha. berbeza dengan saya yang hanya melakukan dhuha sabtu dan ahad sahaja. Dan melazimi tahajjud.

Entah kenapa hari yang saya sangat bersedih, Allah hantarkan mereka untuk saya melakukan solat dhuha. Kebetulan whatsap samapai " jom Dhuha" saya yang ketika itu ada di production terus ke surau, berwudhuk. Subhanallah rasa tenang yang tak dijangka. Disaat orang lain tengah hiruk pikuk mengejar dunia, kita dapat mengisi sedikit masa untuk mengingati Allah. Masa saya baca doa Dhuha, airmata saya gugur sekali lagi. Allah Dialah pemberi rezeki dan nikmat Dia jualah perancang terhebat.

Saya tak pernah misout Dhuha sejak kejadian. Demi Allah, di saat orang lain berkejaran memikirkan dunia, kita berkejaran mengejar Allah, itulah nikmat yang paling berharga. Saya tak nafikan, sejak saya lazimi dhuha, duit itu bukan satu issue untuk saya lelahkan. sebelum ini pun tidak lah kesempitan mana, tapi kerap memikirkan, Tapi kali ini, luar biasa sekali rezeki Allah kirimkan, tempahan kek dan lain2 sentiasa datang bertandang. Bila kita ingat Allah, Allah sentiasa ingat pada kita. tak rugi pun luangkan tak samapi 10 minit untuk solat Dhuha.

Beza dhuha dengan tahajjud, kita berseorangan mengabdikan diri kepada Allah di saat orang lain tiada. (tidur). tapi dhuha Diwaktu semua ada dan berjaga, mengejar dunia, kita mengabdikan diri, rasanya sungguh luar biasa. Kerana kita terikat dengan kerja dan rakan-rakan. Namun kita ada pilihan.Rezeki itu datangnya dari Allah dan seharusnya kita berusaha untuk mendapat rezeki yang diberkati InshaAllah...

sekadar berkongsi. Jika rasa tidak selesa, abaikan setiap bait2. jika rasa bermanfaat, mulakan langkah. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya. InshaAllah.

Tuesday 28 October 2014

7 PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara 7 perkara , dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan dihadapan ,malaikat dengan perkara berikut;

 --> diampunkan dosanya meskipun sebanyak buih dilautan
--> Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan
--> hidup dan mati dalam kebaikan

tujuh perkara tersebut adalah;

1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu

2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu

3. Bersistighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat

4.Melafazkan InshaAllah apabila berjanji tentang sesuatu hal

5.Membaca Hawqalah (la hawla wala Quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai

6. Mengucapkan Inna Lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah

7.Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada setiap siang dan malam

~SOLUSI53)

Monday 13 October 2014

SAHABAT SENTIASA DI DALAM DOA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih Allah beri kesempatan untuk bernafas dan menambah amal serta bertaubat setiap hari agar mati itu berbekal InshaAllah. Saja nak berkongsi sedikit tentang rasa hati. Minggu yang lalu Alhamdulillah dah selamat menjalani Exam Modul 1 Usuluddin di UM. Terasa lega sangat.Teringat kata-kata sahabat saya yang turut belajar di UM. Betulkan niat. Belajar Ilmu Allah ini untuk menambah ilmu. Bukan untuk mendapat segulung ijazah. Betul. Tersedar saya seketika.

Sebetulnya saya belajar bukan untuk mendapatkan apa-apa selain menambah ILMU pengetahuan yang terlalu sedikit utuk diri saya.Ramai yang bertanya itu dan ini tentang agama, saya mampu memberi tahu apa yang saya tahu sebelum ini dengan hanya bacaan. Demi Allah! saya bukan insan yang layak untuk berhujah lebih mendalam tentang ilmu Allah ini apatah lagi mengeluarkan nas dan dalil atau hadith, kerana bimbang tersilap. Saya hanya mampu berdiam jika tahu sesutau perkara kerana pada saya itu bukan jawapan yang kuat untuk insan yang bertanya. Namun sekarang, saya mampu berhujah dan menjawab dengan dalil dan hadith. walaupun hanya sedikit sahaja... namun, Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya tahu, di mana kemampuan saya.  

Dah panjang pula bercerita tentang rasa, nak berkongsi sedikit sahabat yang saya baru kenali, namun terasa keakrabannya. Anugerah Allah yang terindah salah satunya adalah Sahabat yang baik. Yang mengajak berbuat baik melalui perbuatan, tutur kata mahupun tingkahlaku. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka untuk saya di UM ini. Sebenarnya ada lagi seorang, tapi tengah maternity anak sulung. Doakan mereka ini sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa bahagia hendaknya

Kebetulan sehari sebelum exam birthday kawan saya yang sorang no. Jadi planla untuk surprisekan dia. Saya bercadang buat carrot cake. Alhamdulillah nasib baik menjadi. Nak resepi sila klik sini ye.Memandangkan hati tengah berbunga-bunga kegembiraan, saya pun mereka-reka lah deco di cake saya seiring dengan rasa hati saya.
Sesuai dengan diri saya ini, sentiasa mencuba benda baru , dan letakkan prinsip, kalau tak cuba or usaha, tak tahu apa hasilnya.Walaupun kadang-kadang menyedihkan, namun saya tetap mencuba. Tak kisah hasilnya. Janji belajar dari setiap perbuatan.

Hari ahad, sebelum pulang ke Perak, sempat menjengah UIA tercinta. Orang convo. Walaupun tidak dapat melihat orang yang tersayang konvo, ckupla kiriman hadiah buat kegunaannya. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan beliau.Apapun...Allah jualah sebaik-baik perancang. Saya tetap yakin dan tidak berubah keyakinan kepada Allah. Selagi mana saya perlu berusaha untuk sesuatu, selagi itu saya akan berusaha. Selagi mana Allah membuka hati saya seluas2nya untuk seseorang, selagi itu saya bersyukur. Saya telah belajar apa itu erti kehilangan dan apa itu sebuah penghargaan. cewah....ok dah ckup membebel hari ini. Semoga Kalian diberikan kesihatan dan rezeki  yang melimpah ruah hendaknya.InshaAllah 

Monday 22 September 2014

DI KALA HATIMU TERLUKA

Terluka...Dilukai...Dan Melukai...adalah satu yang sinonim dengan  hal-hal yang melibatkan perasaan. Masakan tidak...semuanya menyentuh bab berkaitan hati. Saya juga tidak terkecuali. Masakan tidak terluka. Masakan juga saya tidak melukai orang yang saya sayang. Semuanya kerana kita manusia yang tidak sempurna. Gerak geri yang kita jaga kadang-kadang tidak juga dapat melangsaikan kemahuan seseorang bahkan terkadang apa yang kita rasa kita betul akhirnya tidak terjadi seperti yang telah direncanakan. Kerana apa? kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Siapalah kita untuk bertanyakan apa yang Allah akan rencanakan. Yang pastinya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik. Demi Allah! saya tidak pernak sekalipun mempertikaikan apa sahaja dugaan yang telah Allah pasakkan pada saya. Kerana apa? kerana dugaan dan ujian yang datang inilah yang membuatkan hati saya kembali kepada fitrah. Kembali kepada Sang Pencipta setelah sekian lama alpa dengan fitnah dan tohmahan dunia. Memang seperti ayat kliche kan "Ada hikmahnya" sepertinya menyejukkan hati sendiri. Namun jujur saya katakan. Memang itulah yang terjadi

Saya kerangkakan setiap yang telah mendatang. Semuanya seakan cantik sahaja ironinya. Betul. Di dalam keadaan luar sedar dimana orang seperti kesedihan dan kecewa, kita akan berasa seolah-olah semuanya tidak adil bagi kita bukan? Nanti dulu!! Tarik nafas dan istighfar. Fikirkan kembali apa yang telah kita lalui. Kaitkan apa yang terjadi sekarang dengan keadaan dulu. Cuba kita buat perbandingan Pro and Cons. Yup! pada kiraan saya, semuanya ternyata kebaikan belaka. Tiada langsung satu kecacatan pada ujian tersebut. Semua yang terjadi itu membuatkan kita terbentuk menjadi orang yang lebih baik. Ya, Lebih baik.

Ok, senario yang pertama. Kenapa Allah pisahkan seseorang yang kita cintai? Kalau di ikutkan purata, ramai yang telah berpisah hidup dengan orang yang dicintai lebih menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kembali kepada Fitrah yang asal. Kembali merayu dan memohon kepada sang pencipta untuk diberi kekuatan. Lihat!! betapa ujian itu sungguh membentuk dan tidak ada kecacatan bukan? bahkan lebih membuatkan seseorang menjadi seorang yang lebih bermanfaat. Subhanallah.

Ok sekarang cuba pergi pula kepada drama melayu yang sering diputarkan. Apa sahaja yang terjadi semuanya berbalik kepada Allah swt. Percintaan yang hanya membawa kepada kemaksiatan dan kemusnahan, selalunya Allah akan jarakkan dan pisahkan untuk insan yang terpilih supaya keadaan dan nilai cinta itu perlu dipelihara. Kerana cinta itu bersih. Manusia yang mencorakkkan dan mewarnakan dengan keotoran.

Nah. Sekarang setuju kan dengan pendapat saya? Hakikatnya, saya juga mengalami keadaan yang sama. Sya juga turut berkongsi nilai kelukaan di sini. Saya juga dipisahkan untuk lebih memelihara cinta yang bersih itu daripada kekotoran dan kemusanhan. Dan saya sangat bersyukur atas itu. Pada permulaan itu ternyata amat memeritkan, namun Siapa saya untuk tidak redha dengan ketentuan Allah? sedangkan perancangawn Allah itu ternyata Hebat! Walaupun saya rasa kesalahan semua berpunca daripada saya, namun saya meletakkan bersangaka baik; "jika saya tidak melakukan kesilpan, mesti terus-terusan saya memburu cinta manusia, sedangkan Cinta Ilahi itu adlaah yang terutama". sekarang saya di dalam kewarasan, membentuk  kembali apa yang telah terjadi menjadi satu GURU yang paling berharga buat saya.

Friday 19 September 2014

TELATAH SI TUPAI

Assalamualaikum. sudah lama saya tidak mencoret di sini. kadang-kadang terasa give up untuk menaip dengan hati saya yang agak terluka kebelakangan ini, begitu juga dengan kerja yang banyak, membuatkan diri begitu sibuk untuk melarikkan bait-bait kalimah di muka yang diciptakan sendiri buat pengisisan masa lapang dan juga muhasabah diri.

Tiap kali saya memandu, saya memang suka berinteraksi mata dengan alam sekeliling saya. Al maklumlah, inilah masa saya untuk menjengahkan mata ke hidupan yang dicipatakan sang pencipta. Lepas jam 7.45am, saya telah masuk ke penjara manusia, iaitu tempat kerja saya. Penajara manusia bukan bermaksud saya bekerja di penjara. saya katakan kerana, semua manusia akan berada didalam bangunan batu dan menghadap kerja sehingga ke petang. Melewati hari-hari ini sperti berada di dalam penjara. Dek kerana masa yang begitu panjang, kadang-kadang saya terlepas menitip masa siangnya yang penuh gilang gemilang cahaya matahari. Ibaratnya melangkah saja keluar dari tempat kerja saya, Bulan pun sudah melebarkan senyuman. Oh! Alangkah ruginya satu hari tidak namapak matahari yang memancar. Tapi apakan daya. Ini adalah rezeki yang terbaik setalat ini. Alhamdulillah.

Semasa saya memandu, saya kerap terlihat si tupai yang meniti di wire menyeberangi jalan. saya memang tersenyum setiap kali melihat mereka. Pagi mereka begitu sibuk meniti mencari rezeki simpanan sendiri barangkali.Namun ada satu kuasa yang membuatkan saya sentiasa mengamati mereka.

Mereka berjalan di titian yang begitu bahaya sekali. Perjalanannya laju sekali ditambah dengan begitu besar risiko untuk jatuh dengan bahaya di bawah. tapi si tupai tetap teguh berjalan ke hadapan walaupun kakinya kadang-kadang agak tergelincir.sedikit pun tidak menoleh kebelakang Akhirnya dia akan sampai terus ke destinasi seberang.

Indah bukan. bagaimana si kecil yang berjiwa besar. Mesti mereka ada target sendiri sehingga boleh merentasi bahaya. Demi Allah. jika saya diminta untuk merentasi tapi yang sekecil itu, belum tentu saya dapat melunaskan hal sedemikian dek gayat yang menguasai diri. Lantas saya mengambil kesimpulan.

Begitulah kita sebagai manusia. Kadang-kala kita terasa perit untuk melangkah. Ya, saya sendiri, terasa perit untuk melangkah setelah kekecewaan menguasai diri. Namun, adakah saya harus terus kecewa? saya harus bangkit, langkah ke hadapan, dengan fokus dan juga dengan penuh tawakkal kepada Allah. Risiko memnag akan dialami oleh setiap orang. namun, tanpa pengajaran, risiko, jatuh duduk, bangun tidak akan menjadi guru beharga kepada kita. Saya akui. kadangkala saya tewas dengan perasaan. Namun, saya perlu melangkah. Demi Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati saya, bagaimana terlukanya hati saya, bagaimana sakitnya kesedihan saya dan bagaimana beratnya saya menanggung rindu. Namun, apa guna kerinduan saya pada insani jika pada Pencipta saya abaikan?

Sekali sekala saya akan menoleh kebelakang supaya saya tidak lagi tersilap perkiraan dalam kehidupan, Saya tidak mahu lagi suatu ketika dahulu ketika mana saya telah membuat kesilapan, saya mengulangi buat keli kedua. itu bermakna saya tidak belajar dari kesilapan. Saya berdoa agar saya diberi kekuatan untuk terus terusan di landasan yang betul, terus terusan membaiki hubungan jika diizinkan Allah buat suatu hari nanti saya mempunyai imam, saya akan terus-terusan menjadi isteri yang terbaik, menjadikan kelebihannya sebagai kekuatan saya, kelemahannya pengajaran buat saya. Saya akan terus-terusan ingin menjadi isteri yang dicintainya, ibu yang dicintainya, agar, Allah tidak pinjamkan saya kepada abakal suami dan anak-anak saya sebagai suatu yang sia-sia.

Ramai yang tidak sedar bahawa, mereka dipinjamkan dan meminjam. Mereka berasa bangga dengan pinjaman yang ada dan sampai suatu masa, Allah ambil segala pinjaman atau loan tanpa bunga, dan waktu serta ketika itu baru terfikir untuk menambah saham bersama-sama. Namun telah tiada masa itu. yang ada masa kini sekarang dan seterusnya. masa itu telah berlalu meninggalkan memori untuk menjadi satu kisah episode pengajaran dan lecterur yang baik but kita. Masa itu.....

Bukan tidak biasa manusia tergelincir, namun, apabila tergelincir, bangunlah dan angkat kaki untuk melangkah ke jalan yang benar. bangun dan binalah kekuatan untuk kembali kepada Allah dan kembali kepada fitrah. Allah akan hadirkan kekuatan buat kita hatta hati kita seakan hancur seperti debu yang beterbangan.

Wednesday 20 August 2014

SEMINAR TAFSIR

Assalamualaikum..ingin berkongsi sedikit maklumat tentang seminar tafsir yang bakal diadakan di UIA GOMBAK. Moga kalian dapat menambahkan lagi ilmu dengan seminar ini. Boleh refer page original seminar  disini dan disini untuk halaqah tafsir mingguan

Seminar #1
Surah Al-Isra', As-Sajdah & Luqman
27-28 Sept 2014

Seminar #2
Surah Taha & Surah Al-Qasas
8-9 Nov 2014


Yuran: RM50/seminar untuk orang awam, dan RM40/seminar untuk pelajar*

Untuk pendaftaran: Klik di sini 

KULIYYAH TAFSIR UPDATE

Assalamualaikum, just nak share update kuliyyah tafsir yang diadakan oleh Ust. Farhan Syah. Boleh refer di page FB beliau atau page FB ukhuwah.net untuk maklumat lanjut.

Belajarlah al-Quran, kerana ia merupakan sumber hidayah dan sumber ilmu.

Pendekatan yang digunakan adalah talaqqi tafsir kulit ke kulit, bermula dari surah al-Fatihah, al-Baqarah, dan insya-Allah sehingga tamat 30 juz.

Ia terbuka kepada semua, sama ada pelajar atau bukan pelajar. Anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis ini :)

===================================================
Maklumat Program:

Tarikh/Hari: Setiap hari Sabtu
Waktu: 8.30 a.m - 10.30 a.m
Lokasi: Tingkat 4, Masjid UIA Gombak
Pengajar: Ustaz
Farhan Syah

Monday 11 August 2014

KONVESYEN FIQH RASULULLAH

Assalamualaikum. Sekadar perkongsian buat yang tidak tahu. KONVENSYEN FIQH RASULULLAH yang dianjurkan oleh K-FIQH akan diadakan pada october'14. Moga-moga kita dapat sesuatu di dalam konvesyen yang dibentangkan oleh panel yang hebat pada kiraan saya. Tidak rugi rasanya kita menghadirkan diri di sini. Sebelum ini K-FIQH telah membuat beberapa SEMINAR yang bermanfaat buat kita. SEMINAR SOLAT DAN PUASA. Kutiplah ilmu yang bertebaran di bumi ini buat bekalan di sana nanti. InshaAllah.

Klik pada gambar atau disini untuk ke page original K-Fiqh






Senarai Pembentang 
01. Dr. Zaharuddin Abd Rahman. 
02. Dr. Zahazan Mohamed. 
03. Dr. Maszlee Malik. 
04. Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. 
05. Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 
06. Prof. Madya. Dr. Shayuthy Abd Manas. 
07. Prof. Dr. Muhaya Mohammad. 
08. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh. 
09. Ust Pahrol Mohd Juoi. 
10. Ust Umar Mohd Noor.
11. Ust Roslan Mohamed.

Monday 21 July 2014

BERDIALOG BERSAMA NON MUSLIM

Al kisahnya saya ingin bercerita serba sedikit pengalaman saya sepanjang Ramadhan ini. Alhamdulillah kita dah pun menjangkau ke 10 Ramadhan terakhir. Moaga kita dapat bertemu dengan Malam lalilatul qadr. InshaAllah dengan izinnya.

seminggu yang lepas banyak sekali peristiwa yang berlaku. saya banyak tarbiyyah diri saya dengan keadaan yang berlaku disekeliling saya.


DIALOG 1

Memandangkan saya bekerja di syarikat yang didominasi management oleh cina dan Jepun, jadi tentulah keadaan bulan tidak seperti di government atau di syarikat-syarikat melayu yang lain. Contohnya, tiada tadarus ataupun tazkirah seperti di tempat lain. Tetapi, inisiatif sendiri untuk adakan tadarus semasa rehat ataupun apa-apa  aktivity yang bermanfaat dan boleh melipat gandakan pahala.

Namun fenemena di tempat kerja saya tidak sebeggitu. masing-masing sepeti acuh tidak acuh dengan sambutan Ramadhan mulia yang penuh barokah. Ada sahaja ramai golongan lelaki yang tidak berpuasa dan berkunjung ke smoking area.. Sedangkan syarikat di sini sangat menitik beratkan tentang waktu berbuka, waktu bersahur, ubah masa supaya semua senang untuk balik berbuka. Namun tidak semua mampu memanfaatkan hal ini. Saya hanya mampu membenci dengan hati. Walaupun hati menangis. Ada antara lelaki yang saya kenal. Dan saya ckup bertanya " kenapa tidak berpuasa?" soalan itu sudah membuat mereka terasa malu. Sekurang-kurangnya, mereka menghormati Ramadhan/.

Minggu lepas, Customer dari sebuah perusahhan syarikat National kedua datang. Seorang Melayu dan berpegang teguh dengan Agama Islam. Beliau bercerita dengan kami semasa rehat, orang Jepun telah keluar makan, jadi dia turut bersembang tentang perihal agama dan islam.

 Beliau pernah bertanya kepada seornag Jepun yang beliau kenal. "kenapa tidak mahu memeluk Islam?"

Jawapan Jepun tadi " Orang islam sendiri pun minum arak, tidak puasa dan solat, kenapa dia perlu ikut islam?  Kalau islam itu bagus"

Mengucap panjang kami semua yang mendengar cerita yamg diceritakan oleh beliau.

Nah!! lihat sendiri. Bagaimana kita orang islam msih belum menunjukkan sifat yang bagus untuk orang lain. Sehinggakan tiada kecantikan yang orang bukan islam nampak dalam Islam. Sedangkan islam itu sangat indah. Lihatlah. Di mana kita sendiri corakkan nilai islam di dalam diri dan negara kita. Cukuplah kita pelihara untuk diri, nescaya akan terterbit juga keindahan islam keseluruh pelosok negara.

DIALOG 2

Saya setiap minggu akan ke KL untuk menunaikan kewajipan sebagai pelajar menuntut ilmu Allah yang snagat luas ini. Saya akan kesana menaiki bas. Saya rasa lebih selesa dan sangat relax. Memandangkan saya akan pergi sejurus selepas saya bekerja pada hari jumaat. Jadi saya tidak perlu drive dan nanti kakak saya akan ambil dan hantar ke UM

Setelah hampir 10 minit menunggu azan berkumandang, dan saya pun berbuka. Saya mempelawa kurma MARIAMI dari yusoff Taiyob kepada orang sekeliling dan juga kepada non muslim yang ada. Dan ada seorang auntie indian berkata

" Puasa sangat bagus. Saya punya anak juga puasa. saya pun puasa. Tapi kami bukan Muslim. Tapi puasa badan jadi sihat dan you akan tenang sahaja"

Saya tersenyum dan jawab " sudah satu tahun kita makan, ini Puasa bagi sistem dalam badan kita rehat. jadi you punya penyakit akan berkurangla. semua penyakit datangnya daripada perut."

dia lantas menambah lagi " saya puasa hari tu saya banyak kurang marah"

Saya menjawab " sebab bila you sabar tidak makan tunggu berbuka, jadi you akan sabar juga dengan orang sekeliling you"

Saya cuba menjawab ikot logik akal berlandaskan Quran dan Sunnah. Apa manfaat puasa dan kelebihannya.

Nah!! ini kali kedua pula. Orang bukan islam tahu manfaat berpuasa dan cuba berpuasa untuk diri mereka. Kita, telah diberitahu oleh Di dalam Quran dan nabi Muhammad. namun kita masih ingkar. Pada yang ada kes macam saya, marilah sama-sama kita menjadi khalifah yang terbaik untuk diri kita dan masyarakat sekeliling. Fikirkan kenapa aku di sini. kenapa Allah tempat kan aku di sini? apakah sebabnya? adakah mahu menjadi penyampai kepada orang lain?

Apa lagi Nikmat yang ingin Di dustakan?


ALFATIHAH BUAT MH17 & GAZA

Thursday 10 July 2014

INTIPATI NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Assalamualaikum sahabat pembaca. sudah lama tidak menaip di blog yang satu ini akibat kekangan masa dengan kelas dan kerja. So kali ini sahaja nak share info yang saya dapat dari sebuah majalah favourite saya. Rasanya ini sangat berguna untuk kita dan sebgai muhasabah buat diri kita. InshaAllah


INTIPATI NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Sumber: SOLUSI ISU 69

AYAT 14-15: MOTIVASI BAKTI IBU BAPA
Luqman menyuntik  motivasi berbakti kepada ibubapa;
  • Mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat islam
  • tidak membantah dan kasar dalam tutur bicara
  • ibubapa orang yang paling banyak berkorban untuk anak
AYAT 16:SETIAP PERBUATAN BERBALAS
Luqman menanam prinsip bahawa setiap perbuatan baik buruk sekecil manapun akan dibalas Allah
Beliau memisalkan satu biji benih sawi di tengah padang pasir pun diketahui Allah

AYAT17: SOLAT, AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Luqman mengingatkan anak-anaknya;
  • Komited solat; solat bukti komitmen paling asas seorang hamba terhadap Allah
  • Tidak padan dengan diri sendiri sahaja baik, mesti perlu mengajak orang laik berbuat baik dengan amar makruf nahi mungkar
  • tetap bersabar melakukan amar makruf nahi mungkar yang pastinya banyak ujian terjadi.
AYAT 12-13:HIDUP BEBAS SYIRIK
Luqman mengingatkan anak-anaknya tentang bahaya syirik; satu-satunya dosa yang Allah tidak sudi ampunkan selepas mati jika belum bertaubat

AYAT 18-19: AKHLAK DILUPA JANGAN
Luqman menegaskan  supaya benar-benar menjaga akhalk sesama manusia, hinggakan beliau mengajar seremeh-remeh adab
  • jangan memalingkan muka dengan orang lain
  • jangan berjalan dengan lagak sombong. berjalan dengan sederhana
  • bercakap dengan suara rendah. tidak lantang dan menjerit-jerit
  • ramai yang rajin beribadah dan rajin mengaji namun hubngan dengan manusia tidak baik 

Monday 23 June 2014

ANAK MUDA YANG JUJUR



Assalamualaikum semua. diharapkan sihat hendaknya. lagi 6 hari sahaja kita bakal menerima kunjungan Ramadhan Qareem. Rasa tidak sabar terpahat di hati setiap umat islam buat mengimarahkan Rmadhan Kali ini. Entah kenapa saya rasa sayu sekali. 6 hari, masih sempat kah lagi saya menjejak Ramadhan? Ada masa lagikah Allah berikan pada saya untuk menerima kunjungan Ramadhan? Allahu terasa sebak di dada memikirkan ramai sekali orang sekeliling saya yang kehilangan insan tersayang disaat-saat Ramadhan dan syawal bakal menjengah.Lantas hati terusik " daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali" Astagfirullah...Sesungguhnya mati itu pasti. Berbakti lah kepada diri sendiri,ibu bapa dan masyarakat agar kita tidak menyesal kemudian hari nanti.

Dah panjang yang saya ceritakan, ni saya ingin ceritakan satu kisah  dimana saya bertemu dengan seorang anak muda yang mempunyai bengkel kereta yang sangat jujur pada kiraan saya. Saya sentiasa hantar kereta saya di kedai yang saya panggil abg din. Tiap kali saya hantar, kalau saya tanya, " ang din, lower arm ni berapa?" dia akan jawab lower arm, sekian harga upah 30 ringgit. Macam tulah kiranya. Beliau akan jawab harga dan upah sekali.

Pernah satu ketika saya  tukar minyak hitam di satu kedai lain, orang tu bagi tahu saya, "tukar minyak power stereng kak dah kotor sangat ni". saya tanya " berapa?" 

Dia jawab " 130 sekali flush semua"

saya macam tak sedap hati. saya terus pergi keai bag din tu. " Abg din tukar minyak power stereng berapa?" " 30 dik" jawabnya ringkas. Terbeliak mata saya. memang dia siap flush semua sekali sampai bersih. Alhamdulillah. Kalau tidak melayang lah 100 saya tanpa sebab.

Pernah kereta saya rosak senja masa saya nak balik kerja sebab langgar air. Alhmaklumlah kereta lama. Call abg din ni, Dia datang dengan pekerja dia sekali hujan-hujan jaraknya hampir 30km kat tempat kerja saya dengan kereta dia yang tak da aircond tu. Tapi sebab ikhlasnya hati dia, Alhamdulillah dia mampu datang tanpa merungut sikit pun. Caj pun dia tak kira. Saya sendiri yang lebihkan sebagai saguhati sanggup datang dari jauh menghulurkan pertolongan.

Hari jumaat kedainya beroperasi selepas Jumaat, bagi memeberi laluan kepada solat jumaat. Kalaulah semua bengkel kereta Orang islam begini, MasyaAllah, Alangkah baiknya.

Bagi yang berdekatan dengan Bidor, bolehla berkunjung ke kedai beliau yang terletak di Rumah awan tiga bidor. Serius tak rugi. beliau memang sangat suka membantu dan jujur. InshaAllah. No telefon beliau 0193803284. Saya selalu call dulu sebelum nak datang, kadang-kadang dia bawa anak dan isterinya keluar dan tak buka kedai.

Thursday 19 June 2014

KEDAI BUKU ONLINE YANG SAYA SUGGEST

Assalamualaikum semua. Apa khabar? dah bersediakah dengan Ramadhan yang bakal menjelma? Sama-sama lah kita melusuri Ramadha yang penuh mulia ini. Harap-harap dengan bertambahnya bilangan tahun yang telah kita hidup, makin bertambahlah amal dan ibadah kita. InshaAllah.

Ok hari ni saya nak share kedai buku online. Al maklumlah kan zaman di hujung jari ini, kemalasan dan kekangan masa yang kerap menerjah diri menyebabkan saya sentiasa cari barang-barang online. Termasuklah kitab-kitab. Saya seorang penggemar buku. dan hobi yang utama adalah membaca. so saya akan beli online...

Kat sini saya sertakan link bagi memudahkan semua yang gemar membaca boleh membeli buku online. memandangkan saya sangat minat dengan buku keluaran dari telaga biru dan PTS, jadi link yang saya beri ini amatlah berguna untuk semua,



 
Moga-moga bermanfaat buat kalian. semua dihujung jari. Pada saya ketiga-tiga link saya bagi ini adalah yang terbaik service dan feedback. Buku-buku pun variety. Cuma untuk yang ingin memiliki kitab syarah dan tafsir yang terbaik, boleh dapatkan di Atsar Enterprise. Mungkin banyak lagi kedai buku on9 yang terbaik, cuma saya belum jumpa lagi. Bolehla dikongsikan jika ada.

~ Wallahualam~

Monday 16 June 2014

TIPS HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM

Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera hendajnya. Apa khabar iman? masih sama, atau sudah upgrade? Moga-moga kita semua bersedia menghadapi Ramadhan yang menjelma ini. InshaAllah.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat di dalam majalah solusi jilid 49 tip hilangkan PANAS BARAN CARA ISLAM.

MENGUBAH POSISI
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring." (Riwayat Muslim)

BERWUDUK
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya padam dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk." (Riwayat Abu daud)

MEMBACA TA'AWUZ
Lafaznya " A U'zubillah hi Minasyaitanirrajim " " Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam"

BERZIKIR
Banyakkan berselawat, bertahmid, bertahlil dan bertakbir

KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila hendak marah kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR
Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan

BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

~SELAMAT BERAMAL~

Thursday 12 June 2014

NISFU SYAABAN MENJENGAH TANDA RAMADHAN HANYA SEJENGKAL

Assalamualaikum sahabat sekalian. Moga sentiasa dilindungi Ilahi. Sedar tak sedar, pejam celik-pejam celik mengemudi kehidupan harian yang penuh pasang surutnya, Nisfu Syaaban pun telah menjengahkan dirinya. Petanda yang Ramadhan hanya sejengkal sahaja jaraknya dengan kita. Namun apakah kita telah cukup menimbus segala dosa dengna taubat? Sudah kan kita menyerikan kehidupan seharian kita dengan saham yang mampu  menerangi kubur kita? Sedar tak sedar  hari-hari yang berlalu mendekatkan kita dengan kematian. Entah sempat atau tidak kita  bertemu Ramadhan tahun ini?

Teringat saya nukilan tulisan IR. Ahmad Jais Alias Al-Syazali tentang Persiapan Pengembara kehidupan di dalam buku solusi tentang tiada istilah hari esok. Semuanya perlu dilakukan pada hari ini dengan bersungguh-sungguh kerana kita tidak mengetahui apa yang terjadi hari esok. Apakah kita masih mampu berjalan? mampu bertutur ataupun telah nazak dipembaringan? Wallahulam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Yang pasti semua kesakitan merupakan Kaffarah dosa-dosa masa lalu kita.

Syaaban merupakan latihan kita untuk menghadapi Ramadhan. Justeru bagaimanakah persediaan kita? seperti kita menghadapi ujian atau exam, begitulah hendaknya persediaan kita menuju Ramadhan. Di bawah ini saya sertakan Artikel yang baru saya baca dari Pusat Zakat Negeri Sembilan dan SUATU PERJALANAN MAYA BLOG. Moga bermanfaat buat kalian

Monday 9 June 2014

SETIAP KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN

"Setiap kesulitan pasti ada kemudahan" termaktub di dalam surah Al-Insyirah ayat ke 5. Saya sangat terusik setiap kali mengingatkan ayat ini. Saya pernah mengalami nya akan keadaan yang sulit dan susah. Namun apa yang telah Allah janjikan itu segala kesulitan itu menjadi sangat tenang dan mudah.

Saya menghantar rakan sekerja pulang ke rumahnya yang hanya berhampiran dengan kilang saya sahaja. Memandagkan hari hujan lebat, saya menumpangkan dia pulang ke rumah. Jalan kerumahnya agak kecil dan berlopak. setelah menghantar dia di muka pintu, saya bergegas pulang melalui jalan yang sama. entah bagaimana ada satu lopak yang telah dipenuhi air membuatkan saya terlanggar lopak itu lalu perlahan-lahan kereta saya jerk atau macam semput.

Dalam keadaan hujan yang lebat dan ditempat yang gelap itu kereta saya terhenti di tengah-jalan betul-betul simpang keluar. Malangnya keadaan di situ lengang. Kereta saya terus breakdown. Maksudnya terkunci dari dalam. Masa itu, saya tawakkal sahaja. Saya yakin Allah ada. Saya dapatkan bayangkan bagaimana orang yang accident terkunci dari dalam yang bertarung dengan nyawa sendiri. Subhanallah. memang panik.

Dalam panik itu saya menghubungi rakan sekerja saya yang tadi dan juga yang ada di tempat kerja untuk meminta pertolongan. Ternyata Allah itu Sentiasa menghulurkan bantuan melalui sesiapa yang dia kehendakinya. Subhanallah..Dalam tidak ada, ada 3-4 orang menyertai saya untuk menghulurkan bantuan bagi menghidupkan atau menolak kereta saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pertolongan yang dihulurkan. Sungguh saya terharu. Dalam hujan yang lebat, dalam keadaan semua balik kerja kepenatan, tapi mereka masih tersenyum menghulurkan bantuan buat saya. Benarlah janji Allah, setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Keesokan harinya ketika kereta saya telah pulih dari "demam" hanya ayat ini yang bermain-main di dalam fikiran saya. Benar, saya dalam kesusahan. Benar, saya dalam keadaan yang sangat saya tidak sangka. Tapi lihat kebesaran Allah, Dia menghadirkan insan-insan berjiwa mulia ini buat saya. Alhamdulillah Ya Allah, segala puji dan kuasa adalah milikMU. Subhanallah.

Kesusahan dan kesulitan yang saya hadapi di saat itu adalah Tarbiyyah paling berharga buat diri saya.

Monday 2 June 2014

SEMINAR SOLAT DAN PUASA

Assalamualaikum pembaca sekalian, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan seminar yang dianjurkan oleh K-FIQH.Lagi 2 mgu akan diadakan seminar K-FIQH oleh mederator yang pada kiraan saya terbaik buat kita.

Makluman semua boleh dapat kan disini

Untuk Pendaftaran boleh lihat di page yang saya link kan disini

Untuk panduan kita dan juga keluarga, seminar ini walaupun berbayar, tetapi sekiranya bermanfaat untuk kita dan keluarga, rasanya tidak merugikan. InshaAllah.

~Wallahualam~
~Moga Bermanfaat~

Sunday 1 June 2014

FIQAH TAHARAH - NAJIS YANG DIMAAFKAN

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Saya ingin berkongsi sedikit info yang saya lihat di dalam majalah Al-Ustaz keluaran 26 berkaitan dengan FIQAH TAHARAH iaitu Najis yang dimaafkan mengikut mazhab imam Syafii. Dalam situasi tertentu kita tidak dapat memastikan sama-ada pakaian atau tempat solat kita bersih atau bebas sepenuhnya daripada najis. Adakalanya kita turut merasa ragu-ragu dengan pakaian kita untuk menunaikan solat. Jom semak beberapa najis yang dimaafkan yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Raji Musa;

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
seperti najis yang dibawa oleh lalat, walaupun daripada jenis mughallazah, tetapi kita tidak mampu melihatnya

2. Kesan yang tertinggal pada kemaluan
Selepas dibersihkan dengan istinjak dengan batu atau kertas tisu dan seumpanya. Ia dimaafkan bagi pelakunya sahaja. Maka dibolehkan orang yang beristinjak dengan batu dan seumpamanya menjadi imam dan melakukan ibadat yang lain. Maksudnya jika untuk orang lain tidak boleh seperti bertawaf sambil mendukung ornag yang beristinjak dengan batu, maka tawaf orang yang mendukung tidak sah kerana najis pada kemaluan ornag yang didukung

3. Air Lecak
Air lecak yang bercampur dengan najis dimaafkan dengan syarat:
a. Najis tidak kelihatan

b. Orang yg berjalan pada lecah yang sedaya upaya menjaga dari terkena lecah tersebut

c. Air lecak terkena pada pakaian ketika dia berjalan atau menunggang kenderaan atau terjatuh

d. Najis terkena pada pakaian atau badan. Selain itu tidak dimaafkan

4. Debu najis
Debu najis yang telah kering dimaafkan

5.Air liur basi
Air liur  basi yang keluar dari perut(berwarna kekuningan dan berbau busuk) adalah najis. Namun jika seseorang itu sentiasa mengeluarkan air liur seperti ini, maka dimaafkan baginya.

6. Darah yang berbaki
Darah yang berbaki pada daging atau tulang haiwan yang disembelih adalah dimaafkan

7. Asap
Asap najis sekiranya sedikit maka dimaafkan.jika banyak, tidak dimaafkan

8. Wap Najis
Wap najis yang yang dimaafkan adalah wap najis yang terjadi dibakar oleh api sekiranya sedikit.

9. Bulu binatang
Bulu binatang yang selain anjing dimaafkan sekiranya sedikit. bagi orang yang menunggang keldai, bulu keldai yang najis itu dimaafkan walaupun banyak pada pakaian orang yang menunggangnya, tetapi bulu anjing tidak dimaafkan walaupun sedikit

10. Darah kutu/ pepijat/ nyamuk/seumpamanya
Darah yang seperti diatas yang terkena secara tidak sengaja pada pakaian yang dipakainya adalah dimaafkan kerana sukar mengelak. tidak kira sedikit ataupun banyak. Bagi pemakai darah tersebut adalah dimaafkan dan jika ada orang sedang bersolat disejadah dan terkena darah ini adalah dimaafkan.
Jikan pembunuh haiwan di atas jika terkena pada pakaian adalah dimaafkan jika sedikit.

11. Darah luka jerawat
Darah seumpama luka jerawat atau nanah, sekiranya sedikit adalah dimaafkan. Begitu juga luka pecah secara tidak sengaja dimaafkan walaupun banyak.

12. Darah yang sedikit
Sekiranya darah sedikit dan tidak disengajakan yang terkena pada badan ataupun baju adalah dimaafkan

13. Najis ikan
Najis ikan tidak menajiskan air melainkan sekiranya najis tersebut banyak hingga mengubah sifat air. Contohnya ika di dalam akuarium. Selagi sifat air tidak berubah, maka ia dikira suci


~Wallahualam~ Moga bermanfaat

Friday 30 May 2014

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJAL

Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Kali ini ingin berkongsi 10 amalan yang mengelakkan kita dari fitnah Dajal. Saban hari saya melihat dunia kian alpa dan leka dek kerja yang merupakan kesungguhan para manusia sejagat mengejarnya tanpa memikirkan yang dunia ini hanyalah sementara dan persinggahan sahaja. Allahu saya sedih melihatkan akan perkara ini. Sepertimana di tempat kerja saya yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Tetapi Islam hanya pada nama dan IC sahaja.

Astagfirullah Alangkah hibanya hati saya melihatkan perihal ini di hadapan mata saya sendiri. Masjid tidak sampai 1km, tetapi pada hari Jumaat ramai sekali orang lelaki yang melepak dikedai depan warung berbual kosong tanpa rasa bersalah sedikitpun. Allah. Alangkah hibanya hati saya melihat akan hal yang demikian. Wallahi, jika saya seorang lelaki dan mempunyai kekuatan, akan saya seru mereka yang alpa itu bersama saya mengerjakan Solat Jumaat bersama. Di dalam hati saya terdetik, jika solat Jumaat pun diambil ringan oleh mereka, bagaimana mereka akan sedar tentang Dajal, Yakjud Makjud, Imam Mahdi dan semua pengetahuan tentang bakal yang berlaku sebelum hari Kiamat tiba.

Saya mendengar perkataan Kiamat itu sudah cukup menggerunkan hati saya. Cukup Membuatkan saya resah dengan segala amal yang belum sempurna dan cukup lagi buat bekalan.

Buat yang Tersedar, Mari sama-sama kita mengamalkan 10 perkara yang boleh membantu kita dan mempertahankan diri kita dari fitnah Dajal Laknatullah;


 BANYAK BERDOA 
"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan dari fitnah Dajal"


SOLAT FARDHU 5 WAKTU  
Jangan sesekali meninggalkan solat fardhu 5 waktu kerana ia dapat menjauhkan kita dari kemaksiatan InshaAllah. Inilah yang dipandang ringan oleh masyarakat kita hari ini. Moga kita sentiasa istiqamah dalam menjalankan Solat fardhu ini.

BACA QURAN KARIM
Perbanyakkan membaca Wahyu Allah ini kerana ia merupakan benteng segala kemungkaran. Di dalamnya terkandung hikmah yang sempurna buat panduan masyarakat kita.. Bacaan Surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir setiap hari. Lagi baik jika kita dapat menghafalnya. Dan setiap hari Jumaat, Amalkan surah Al-Kahfi pada setiap jumaat.

AL-QURAN DAN SUNNAH
Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah  dalam kehidupan seharian. Bukan hanya Beriktikad tetapi tidak mengamalkan.

BERZIKIR
Perbanyakkan Zikir tanpa mengira masa dan tenpat. Tidak semestinya selepas solat. Sambil berjalan, memandu apa sahaja kita mampu melakukan. Zikir adalah terapi yang mujarab untuk diri sendiri

MATI
Perbanyakkan mengigati Mati. Ini kerana orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan untuk akhirat. Mengingati mati akan menolak diri kita dari melakukan perkara yang lagha dan mazmumah

MASJID
jadikan masjid sebgai rumah kedua. Maksudnya jadikan masjid sebgai medan untuk beribadat selain dirumah sendiri. Kerana di masjidlah kita akan menimba ilmu dan sekalian malaikat ada bersama kita. Di masjd jugalah kita kan berjumpa dan boleh bergaul dengan orang0orang yang soleh. Di situlah diri kita akan dibimbing dan menundukkan nafsu. Subhanallah.

QIAMULLAIL
Jadikan Qiamulalail merupakan santapan rohani kita yang sedang ketandusan iman. Qiamullail akan menghidupkan hati yang semakin jauh rasa cinta kepada Allah. Mendekatkan diri dengan Allah.

SEBARKAN MANFAAT
Sebagai ummat yang dipinjamkan Allah dunia yang penuh dengan perhiasan ini, apalah kiranya jika kita boleh menyebarkan sedikit manfaat buat santapan ummat yang lain yang turut dahagakan ilmu. Sebarkanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat..

JAUHI PERBUATAN MAZMUMAH
-membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil hingga lupa untuk bertaubat
-Menjadikan maksiat sebagi cara hidup
-Bersahabat dengan orang yang membenci Islam
-Menjauhi para Ulama'
-Bercakap perkara yang sia-sia
-Terlalu cintakan dunia hingga melupakan Akhirat


Ramai yang terleka apa target kita di dunia ini. Ada yang tersedar dan sedang merangkak mencari jalan pulang. Ada yang telah berlari mencari jalan pulang. Ada yang sentiasa berjalan dengan laju sedari awal lagi buat bekalan yang harus dipersiapkan disana nanti. Moaga kita sama-sama Muhasabah

~WALLAHUALAM~

Thursday 29 May 2014

PEMBAHAGIAN HADIS & CIRI-CIRINYA

ASSALAMUALAIKUM  buat pembaca yang sentiasa dalam kasih sayang Allah. Saya ingin berkongsi sedikit tentang Pembahagian Hadis Dan Ciri-Cirinya.

HADIS MUTAWATIR

- Diriwayatkan oleh sejumlah perawi perawi yang ramai
- Terdapat ramai perawi pada setiap peringkat
- Mustahil pada akal mereka bersepakat untuk berbohong atau merekacipta hadis tersebut
-Disepakati sebagai asas akidah


HADIS AHAD

-Tidak diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai
-Tidak sampai ke tahap mutawatir
-Bilangan yang memungkinkan berlaku pembohongan atau merekacipta hadis
-Tidak disepakati sebagai asas akidah


HADIS MURSAL

Hadis Mursal ialah satu istilah dalam ilmu hadis . Ia ditakrifkan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh seorang
Tabiin daripada Nabi secara langsung.

Seorang Tabiin tidak pernah bertemu Nabi. Jika dia meriwayatkan hadis, riwayat itu mestilah berasal daripada seorang Nabi.

Justeru Jika seorang Tabiin meriwayatkan sebuah riwayat secara langsung daripada Baginda, maka riwayat itu dihukumkan terputus.


KATEGORI

SAHABAT  - orang yang pernah berjumpa Nabi

TABIIN  - orang yang pernah berjumpa dengan sahabat Nabi

TABI' AL-TABIIN - orang yang pernah berjumap TABIIN


~MOGA BERMANFAAT~