SEEKING MARDHATILLAH

Saturday 15 March 2014

TANGISAN ITU TANDA INGATAN ALLAH

Kadang-kadang Allah berikan hanya sedikit sahaja ujian dan dugaan, kita merasa terlalu perit dan pahit untuk menerima ujian tersebut. Mungkin ada yang mengambil keputusan pergi bercuti berseorangan, ada yang mengambil keputusan bergaduh, menyerang dan berbagai lagi keputusan yang diambil hanya untuk kepuasan diri sendiri.

Namun sedarkah kita, kita lupa untuk mencari ketenangan yang lebih abadi? kita lupa untuk berpatah balik pada pencipta kita? Allah SWT.Ini yang pada kiraan saya ramai yang tersasar, lupa dan leka.

Firman Allah s.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
– Surah Al Mulk : Ayat 2

Saya sendiri terkadang tewas dengan perasaan sedih, hampa dan hiba. kita manusia biasa. Perasaan itu turut terjah didalam diri saya seandainya tiba dugaan yang membuatkan kita kehilangan. Namun Solusi demi solusi saya mencari demi membuatkan diri saya lebih kuat. Caranya dengan mendekatkan diri dengan Allah Yang Esa. Apa cara sekalipun, mengadu dengan Allah adalah waktu paling tenang yang saya miliki. Saya tidak perlu ke luar negara bercuti dan menenagkan diri.

Hanya di atas tikar sejadah, memegang Kalam Allah hadiah dari insan yang saya sayang, menghadiri majlis-majlis ilmu lebih menghiburkan hati saya. Mungkin pendekatan masing-masing berbeza. Namun pendekatan inilah yang membuatkan jiwa kita yang sentiasa di isi dengan kelalaian, lagha dan aktiviti tidak berfaedah terisi. Alhamdulillah.

Saya berharap orang yang menghadapi saat-saat sukar seperti saya melakukan perkara yang sama. Jangan kita sendiiri rosakkan pemikiran dan diri kita. Berpatah baliklah kepada Pencipta kita. Kadang-kadang kita sendiri pernah tersasar dari landasan Allah. Jadi ujian dan dugaan ini adalah satu titik turning point supaya kita isikan jiwa yang selama ini kosong dan nanar dengan Allah.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”– Surah AsSyuura : Ayat 30

Apapun masing-masing mempunyai pendekatan masing-masing. Hanya bagaimana kita menggunakan, memperbaiki diri kita dari semua yang telah kita lakukan. Bagaimana kita sendiri menjadikan diri kita Khalifah dan Ummat Muhammad yang hebat.

~Wallahualam~

Tuesday 11 March 2014

SENYUM ITU DAKWAH

NILAI SEBUAH SENYUMAN

Dari jauh telah terukir sebuah senyuman di muka mendung seorang sahabat. Lantas sahabat yang bermuram dek hentaman masalah bertimpa-timpa, membalas senyuman dengan penuh kasih sayang. Di dalam hati tertanya apakah masalah yang membebanimu wahai sahabat? Dengan sebuah senyuman yang ikhlas sudah mampu membiarkan hati yang sedang berduka angkara makhluk resah itu sembuh seketika. Ajaibnya sebuah senyuman. Tidak perlu menuturkan bait-bait indah ataupun madah-madah pujangga untuk menampal hati yang sedang berdarah.
Ada orang memandang rendah dengan harga sebuah senyuman. Senyuman yang indah mampu membuat orang yang keresehan tenang, Orang yang dilanda kesedihan itu lebih damai. Namun tidak ramai yang mahu senyum. Pendekatan dakwah yang paling baik adalah dengan senyuman. Jika kita sendiri mengabaikan senyuman ini, bagaimana ingin orang lain merasa senang dan mesra dengan kita? bagaimana untuk kita mendekati mereka, bercerita dan memberitahu tentang keindahan agama kita sendiri iaitu Islam.

Konklusinya, senyumlah dengan ikhlas kerana senyum itu merupakan penawar bagi racun duka. Saya sendiri pernah dirundung musibah. Pernah terasa perit menjalani hari-hari yang suram. Namun senyum kepada insan lain membuatkan hati saya lebih ceria. Sedangkan ada orang yang lebih besar masalahnya dari saya. Ada orang yang di uji Allah dengan musibah yang lebih dahsyat dari saya tapi mampu tersenyum. Lihatlah betapa Allah berkehendakan supaya kita Redha dengan setiap ujian darinya?

Tepuk dada tanya Hati, tanya IMAN..

wallahua'lam~