SEEKING MARDHATILLAH

Monday 22 September 2014

DI KALA HATIMU TERLUKA

Terluka...Dilukai...Dan Melukai...adalah satu yang sinonim dengan  hal-hal yang melibatkan perasaan. Masakan tidak...semuanya menyentuh bab berkaitan hati. Saya juga tidak terkecuali. Masakan tidak terluka. Masakan juga saya tidak melukai orang yang saya sayang. Semuanya kerana kita manusia yang tidak sempurna. Gerak geri yang kita jaga kadang-kadang tidak juga dapat melangsaikan kemahuan seseorang bahkan terkadang apa yang kita rasa kita betul akhirnya tidak terjadi seperti yang telah direncanakan. Kerana apa? kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Siapalah kita untuk bertanyakan apa yang Allah akan rencanakan. Yang pastinya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik. Demi Allah! saya tidak pernak sekalipun mempertikaikan apa sahaja dugaan yang telah Allah pasakkan pada saya. Kerana apa? kerana dugaan dan ujian yang datang inilah yang membuatkan hati saya kembali kepada fitrah. Kembali kepada Sang Pencipta setelah sekian lama alpa dengan fitnah dan tohmahan dunia. Memang seperti ayat kliche kan "Ada hikmahnya" sepertinya menyejukkan hati sendiri. Namun jujur saya katakan. Memang itulah yang terjadi

Saya kerangkakan setiap yang telah mendatang. Semuanya seakan cantik sahaja ironinya. Betul. Di dalam keadaan luar sedar dimana orang seperti kesedihan dan kecewa, kita akan berasa seolah-olah semuanya tidak adil bagi kita bukan? Nanti dulu!! Tarik nafas dan istighfar. Fikirkan kembali apa yang telah kita lalui. Kaitkan apa yang terjadi sekarang dengan keadaan dulu. Cuba kita buat perbandingan Pro and Cons. Yup! pada kiraan saya, semuanya ternyata kebaikan belaka. Tiada langsung satu kecacatan pada ujian tersebut. Semua yang terjadi itu membuatkan kita terbentuk menjadi orang yang lebih baik. Ya, Lebih baik.

Ok, senario yang pertama. Kenapa Allah pisahkan seseorang yang kita cintai? Kalau di ikutkan purata, ramai yang telah berpisah hidup dengan orang yang dicintai lebih menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kembali kepada Fitrah yang asal. Kembali merayu dan memohon kepada sang pencipta untuk diberi kekuatan. Lihat!! betapa ujian itu sungguh membentuk dan tidak ada kecacatan bukan? bahkan lebih membuatkan seseorang menjadi seorang yang lebih bermanfaat. Subhanallah.

Ok sekarang cuba pergi pula kepada drama melayu yang sering diputarkan. Apa sahaja yang terjadi semuanya berbalik kepada Allah swt. Percintaan yang hanya membawa kepada kemaksiatan dan kemusnahan, selalunya Allah akan jarakkan dan pisahkan untuk insan yang terpilih supaya keadaan dan nilai cinta itu perlu dipelihara. Kerana cinta itu bersih. Manusia yang mencorakkkan dan mewarnakan dengan keotoran.

Nah. Sekarang setuju kan dengan pendapat saya? Hakikatnya, saya juga mengalami keadaan yang sama. Sya juga turut berkongsi nilai kelukaan di sini. Saya juga dipisahkan untuk lebih memelihara cinta yang bersih itu daripada kekotoran dan kemusanhan. Dan saya sangat bersyukur atas itu. Pada permulaan itu ternyata amat memeritkan, namun Siapa saya untuk tidak redha dengan ketentuan Allah? sedangkan perancangawn Allah itu ternyata Hebat! Walaupun saya rasa kesalahan semua berpunca daripada saya, namun saya meletakkan bersangaka baik; "jika saya tidak melakukan kesilpan, mesti terus-terusan saya memburu cinta manusia, sedangkan Cinta Ilahi itu adlaah yang terutama". sekarang saya di dalam kewarasan, membentuk  kembali apa yang telah terjadi menjadi satu GURU yang paling berharga buat saya.

Friday 19 September 2014

TELATAH SI TUPAI

Assalamualaikum. sudah lama saya tidak mencoret di sini. kadang-kadang terasa give up untuk menaip dengan hati saya yang agak terluka kebelakangan ini, begitu juga dengan kerja yang banyak, membuatkan diri begitu sibuk untuk melarikkan bait-bait kalimah di muka yang diciptakan sendiri buat pengisisan masa lapang dan juga muhasabah diri.

Tiap kali saya memandu, saya memang suka berinteraksi mata dengan alam sekeliling saya. Al maklumlah, inilah masa saya untuk menjengahkan mata ke hidupan yang dicipatakan sang pencipta. Lepas jam 7.45am, saya telah masuk ke penjara manusia, iaitu tempat kerja saya. Penajara manusia bukan bermaksud saya bekerja di penjara. saya katakan kerana, semua manusia akan berada didalam bangunan batu dan menghadap kerja sehingga ke petang. Melewati hari-hari ini sperti berada di dalam penjara. Dek kerana masa yang begitu panjang, kadang-kadang saya terlepas menitip masa siangnya yang penuh gilang gemilang cahaya matahari. Ibaratnya melangkah saja keluar dari tempat kerja saya, Bulan pun sudah melebarkan senyuman. Oh! Alangkah ruginya satu hari tidak namapak matahari yang memancar. Tapi apakan daya. Ini adalah rezeki yang terbaik setalat ini. Alhamdulillah.

Semasa saya memandu, saya kerap terlihat si tupai yang meniti di wire menyeberangi jalan. saya memang tersenyum setiap kali melihat mereka. Pagi mereka begitu sibuk meniti mencari rezeki simpanan sendiri barangkali.Namun ada satu kuasa yang membuatkan saya sentiasa mengamati mereka.

Mereka berjalan di titian yang begitu bahaya sekali. Perjalanannya laju sekali ditambah dengan begitu besar risiko untuk jatuh dengan bahaya di bawah. tapi si tupai tetap teguh berjalan ke hadapan walaupun kakinya kadang-kadang agak tergelincir.sedikit pun tidak menoleh kebelakang Akhirnya dia akan sampai terus ke destinasi seberang.

Indah bukan. bagaimana si kecil yang berjiwa besar. Mesti mereka ada target sendiri sehingga boleh merentasi bahaya. Demi Allah. jika saya diminta untuk merentasi tapi yang sekecil itu, belum tentu saya dapat melunaskan hal sedemikian dek gayat yang menguasai diri. Lantas saya mengambil kesimpulan.

Begitulah kita sebagai manusia. Kadang-kala kita terasa perit untuk melangkah. Ya, saya sendiri, terasa perit untuk melangkah setelah kekecewaan menguasai diri. Namun, adakah saya harus terus kecewa? saya harus bangkit, langkah ke hadapan, dengan fokus dan juga dengan penuh tawakkal kepada Allah. Risiko memnag akan dialami oleh setiap orang. namun, tanpa pengajaran, risiko, jatuh duduk, bangun tidak akan menjadi guru beharga kepada kita. Saya akui. kadangkala saya tewas dengan perasaan. Namun, saya perlu melangkah. Demi Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati saya, bagaimana terlukanya hati saya, bagaimana sakitnya kesedihan saya dan bagaimana beratnya saya menanggung rindu. Namun, apa guna kerinduan saya pada insani jika pada Pencipta saya abaikan?

Sekali sekala saya akan menoleh kebelakang supaya saya tidak lagi tersilap perkiraan dalam kehidupan, Saya tidak mahu lagi suatu ketika dahulu ketika mana saya telah membuat kesilapan, saya mengulangi buat keli kedua. itu bermakna saya tidak belajar dari kesilapan. Saya berdoa agar saya diberi kekuatan untuk terus terusan di landasan yang betul, terus terusan membaiki hubungan jika diizinkan Allah buat suatu hari nanti saya mempunyai imam, saya akan terus-terusan menjadi isteri yang terbaik, menjadikan kelebihannya sebagai kekuatan saya, kelemahannya pengajaran buat saya. Saya akan terus-terusan ingin menjadi isteri yang dicintainya, ibu yang dicintainya, agar, Allah tidak pinjamkan saya kepada abakal suami dan anak-anak saya sebagai suatu yang sia-sia.

Ramai yang tidak sedar bahawa, mereka dipinjamkan dan meminjam. Mereka berasa bangga dengan pinjaman yang ada dan sampai suatu masa, Allah ambil segala pinjaman atau loan tanpa bunga, dan waktu serta ketika itu baru terfikir untuk menambah saham bersama-sama. Namun telah tiada masa itu. yang ada masa kini sekarang dan seterusnya. masa itu telah berlalu meninggalkan memori untuk menjadi satu kisah episode pengajaran dan lecterur yang baik but kita. Masa itu.....

Bukan tidak biasa manusia tergelincir, namun, apabila tergelincir, bangunlah dan angkat kaki untuk melangkah ke jalan yang benar. bangun dan binalah kekuatan untuk kembali kepada Allah dan kembali kepada fitrah. Allah akan hadirkan kekuatan buat kita hatta hati kita seakan hancur seperti debu yang beterbangan.