SEEKING MARDHATILLAH

Friday 30 May 2014

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJAL

Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Kali ini ingin berkongsi 10 amalan yang mengelakkan kita dari fitnah Dajal. Saban hari saya melihat dunia kian alpa dan leka dek kerja yang merupakan kesungguhan para manusia sejagat mengejarnya tanpa memikirkan yang dunia ini hanyalah sementara dan persinggahan sahaja. Allahu saya sedih melihatkan akan perkara ini. Sepertimana di tempat kerja saya yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Tetapi Islam hanya pada nama dan IC sahaja.

Astagfirullah Alangkah hibanya hati saya melihatkan perihal ini di hadapan mata saya sendiri. Masjid tidak sampai 1km, tetapi pada hari Jumaat ramai sekali orang lelaki yang melepak dikedai depan warung berbual kosong tanpa rasa bersalah sedikitpun. Allah. Alangkah hibanya hati saya melihat akan hal yang demikian. Wallahi, jika saya seorang lelaki dan mempunyai kekuatan, akan saya seru mereka yang alpa itu bersama saya mengerjakan Solat Jumaat bersama. Di dalam hati saya terdetik, jika solat Jumaat pun diambil ringan oleh mereka, bagaimana mereka akan sedar tentang Dajal, Yakjud Makjud, Imam Mahdi dan semua pengetahuan tentang bakal yang berlaku sebelum hari Kiamat tiba.

Saya mendengar perkataan Kiamat itu sudah cukup menggerunkan hati saya. Cukup Membuatkan saya resah dengan segala amal yang belum sempurna dan cukup lagi buat bekalan.

Buat yang Tersedar, Mari sama-sama kita mengamalkan 10 perkara yang boleh membantu kita dan mempertahankan diri kita dari fitnah Dajal Laknatullah;


 BANYAK BERDOA 
"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan dari fitnah Dajal"


SOLAT FARDHU 5 WAKTU  
Jangan sesekali meninggalkan solat fardhu 5 waktu kerana ia dapat menjauhkan kita dari kemaksiatan InshaAllah. Inilah yang dipandang ringan oleh masyarakat kita hari ini. Moga kita sentiasa istiqamah dalam menjalankan Solat fardhu ini.

BACA QURAN KARIM
Perbanyakkan membaca Wahyu Allah ini kerana ia merupakan benteng segala kemungkaran. Di dalamnya terkandung hikmah yang sempurna buat panduan masyarakat kita.. Bacaan Surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir setiap hari. Lagi baik jika kita dapat menghafalnya. Dan setiap hari Jumaat, Amalkan surah Al-Kahfi pada setiap jumaat.

AL-QURAN DAN SUNNAH
Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah  dalam kehidupan seharian. Bukan hanya Beriktikad tetapi tidak mengamalkan.

BERZIKIR
Perbanyakkan Zikir tanpa mengira masa dan tenpat. Tidak semestinya selepas solat. Sambil berjalan, memandu apa sahaja kita mampu melakukan. Zikir adalah terapi yang mujarab untuk diri sendiri

MATI
Perbanyakkan mengigati Mati. Ini kerana orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan untuk akhirat. Mengingati mati akan menolak diri kita dari melakukan perkara yang lagha dan mazmumah

MASJID
jadikan masjid sebgai rumah kedua. Maksudnya jadikan masjid sebgai medan untuk beribadat selain dirumah sendiri. Kerana di masjidlah kita akan menimba ilmu dan sekalian malaikat ada bersama kita. Di masjd jugalah kita kan berjumpa dan boleh bergaul dengan orang0orang yang soleh. Di situlah diri kita akan dibimbing dan menundukkan nafsu. Subhanallah.

QIAMULLAIL
Jadikan Qiamulalail merupakan santapan rohani kita yang sedang ketandusan iman. Qiamullail akan menghidupkan hati yang semakin jauh rasa cinta kepada Allah. Mendekatkan diri dengan Allah.

SEBARKAN MANFAAT
Sebagai ummat yang dipinjamkan Allah dunia yang penuh dengan perhiasan ini, apalah kiranya jika kita boleh menyebarkan sedikit manfaat buat santapan ummat yang lain yang turut dahagakan ilmu. Sebarkanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat..

JAUHI PERBUATAN MAZMUMAH
-membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil hingga lupa untuk bertaubat
-Menjadikan maksiat sebagi cara hidup
-Bersahabat dengan orang yang membenci Islam
-Menjauhi para Ulama'
-Bercakap perkara yang sia-sia
-Terlalu cintakan dunia hingga melupakan Akhirat


Ramai yang terleka apa target kita di dunia ini. Ada yang tersedar dan sedang merangkak mencari jalan pulang. Ada yang telah berlari mencari jalan pulang. Ada yang sentiasa berjalan dengan laju sedari awal lagi buat bekalan yang harus dipersiapkan disana nanti. Moaga kita sama-sama Muhasabah

~WALLAHUALAM~

No comments:

Post a Comment