SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 25 January 2015

MAKMUM MASBUQ, MUWAFIQ

Assalamualaikum semua. Moga sihat dirahmati Allah hendaknya. Saya terpanggil untuk berkongsi tentang Makmum Masbuq and Muafiq dek kerana kawan-kawan saya bertanyakan hal ini. So untuk keterangan yang jelas penyampaiannya saya membuat sedikit research dan rujukan supaya tidak menjadi berat penerimaan kepada mereka yang bertanyakan saya.Alhamdulillah semua dihujung jari, cuma nak kena pastikan sahih dan mudah difahami. So, setelah saya ganbung, tambah dan olah sedikit ayat, dibawah ini adalah hasilnya. Dan jika ingin lebih lagi, boleh refer link kat bawah sekali ye. Moga bermanfaat. Wallahu'alam.

Masbuq membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang tidak ada kesempatan untuk menyempurnakan bacaan fatihahnya.
Apa itu makmum masbuk
Makmum yang tak sempt berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah.

■Fatihah makmum ditanggung oleh imam, jika imam rukuk, makmum boleh terus rukuk tanpa menghabiskan bacaan fatihah.
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam 3 rukun biasa. (semua termasuk, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dll)
■contohnya: Saya tiba di surau, imam sudah pun baca surah selepas fatihah. saya takbiratulihram, dan terus saya baca fatihah, belum sempat saya habis fatihah, imam pun rukuk. Jadi saya tak perlu habiskan fatihah, dan terus rukuk – kerana imam dah menanggung fatihah

Andainya didapati imam sedang berdiri di dalam bacaannya, orang yang masbuq berasa khuatir kalau-kalau ia tidak sempat menyempurnakan bacaan fatihahnya maka bolehlah tinggalkan bacaan doa iftitahnya. Ertinya sempat selepas takbiratul ihram terus sahaja membaca fatihah. Jika imam rukuk waktu ia belum selesai fatihah, terus sahaja turut rukuk, bersama-sama. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

‘Sesiapa mendapat satu rakaat sembahyang besama imam sesungguhnya ia telah mendapat pahala berjamaah’

Andainya kita dapati imam sedang sujud atau sedang membaca tasyahhud (tahiyat) hendaklah kita mengangkat takbiratul ihram dan terus turut sujud atau duduk membaca tasyahhud bersama-sama imam dan mengikut segala perbuatannya pada waktu itu. Akan tetapi ia tidak boleh dihitung sebagai mendapat rakaat; ia hanya mendapat pahala berjamaah sahaja. Bila imam memberi salam, janganlah kita mengikutnya, tetapi kita hendaklah bangun menyempurnakan rakaat sembahyang kita hingga selesai.
__________________________________________________-
Muafiq pula membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang sempat membaca surah al-Fatihah dari awal hingga akhirnya.
Apa itu makmum muafik

Makmum yang sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah (maknanya kalau dia baca fatihah, memang sempat berdiri bersama-sama imam)

■Makmum perlu baca fatihah
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukun panjang ni – rukuk, sujud, (iktidal dan duduk antara 2 sujud tak dikira sebagai rukun panjang))
■contohnya Saya tiba disurau, saya takbiratulihram, kemudian dengar imam baca fatihah daripada awal hingga akhir. (solat isya) Apabila imam selesai baca fatihah, saya pun mula baca fatihah, dan imam pun baca surah yang pendek, belum sempat saya habis fatihah, imam dah rukuk, kemudian iktidal. Saya kena habiskan fatihah sebab saya dah tergolong dalam ma’mum muafik. Jadi saya perlu habiskan fatihah, kemudian rukuk dan iktidal.
_______________________________________________
Saya beruntung kerana soal masbuq dan muafiq ini telah dikhatamkan masa saya belajar di sekolah menengah sains tun syed sheh shahabudin. Alhamdulillah. Sekolah asrama adalah tentang kehidupan berdikari. Bergantung bagaimana pembawakan seseorang di sekolah asrama itu. Ada setengahnya menjadi liar dan tidak terurus. apa yang saya boleh katakan, bergantung pada bagaimana ibu bapa mereka monitor anak2.

Sekolah asrama bukan tempat untuk lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru dan warden untuk mendidik sahsiah anak-anak. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, rakan-rakan yang ibu bapanya tidak endah akan mereka, kebanyakannya mereka ini agak liar. Tetapi saya puji mereka kerana mereka kebanyakannya bijak dan pandai.

Jadi ibubapa diluar sana, janganlah takut untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh. kerana saya juga turut bersekolah diasrama penuh. Kebanyakan asas fardhu ain yang kukuh saya belajar disana kerana keadaanya lebih terkawal, waktu lebih banyak dihabiskan disekolah belajar dan activity menyempurnakan seharian saya di sekolah.

Saya akui, masa disekolah dahulu saya terfikir, kenapa perlu nya saya belajar hal itu dan ini. Bila saya dah meningkat dewasa, saya mula faham, rupanya diluar sana terlalu ramai yang singkat asas fardhu ainnya. terlalu ramai yang tahu tidak tahu tapi tidak mahu belajar. Dan dari situ wujudnya perasaan syukur dalam diri saya. Alhamdulillah atas kurnia dan perancanganNya untuk saya. Walaupun saya tidak membantu banyak, tapi sekurang-kurangnya saya dapat membantu kawan-kawan yang terdekat dengan saya utnuk belajar dan dalam masa yang sama dapat refresh kan diri saya yang terkadang lupa.

so di bawah adalah link yang boleh dirujuk oleh anda;



 



 

No comments:

Post a Comment