SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 27 April 2014

KULLIYYAH TAFSIR MINGGUAN DI UIA

Assalamualaikum sahabat sekalian..moga sentiasa dirahmati. kali ini nak update tentang kulliyyah tafsir mingguan oleh seorang yang saya kagum ketika mengikuti seminar ENGAGING AL-QURAN di UIA pada bulan February tempohari. SAUDARA FARHAN SYAH. Alhamdulillah walaupun menghadiri hanya satu kelas beliau, saya mula seronok menghayati setiap bacaan di dalam Al-Quran.

Walaupun saya tidak dapat menghadiri kulliyyah Tafsir mingguan yang diadakan setiap Jumaat di UIA kerana kerja, namun saya amat menyokong setiap yang mereka lakukan dan tidak akan melepaskan peluang jika akan diadakan seminar Al-Quran ini lagi...Semoga sesiapa yang terdekat dan free dapat menghadirkan diri di kulliyyah Tafsir Beliau
Sila lihat di bawah untuk maklumat lanjut

________________________________________________________________________________

Belajarlah al-Quran, kerana ia merupakan sumber hidayah, dan sumber hidayah.

Insya-Allah, kelab Jam'iyyatul Khadamatil Quran (JKQ) akan mengadakan halaqah tafsir mingguan bertempat di UIA Gombak.

Pendekatan yang digunakan adalah talaqqi tafsir kulit ke kulit, bermula dari surah al-Fatihah, al-Baqarah, dan insya-Allah sehingga tamat 30 juz.

Ia terbuka kepada semua pelajar dan bukan pelajar. Anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis ini :)

====================================
Maklumat Program:

Tarikh/Hari: Setiap hari Jumaat
Waktu: 8.30 a.m - 10.30 a.m
Lokasi: Tingkat 4, masjid UIA Gombak
Pengajar: Ustaz
Farhan Syah
Boleh call beliau  untuk mendaftar : 013-9448238

Friday 25 April 2014

SEMINAR FIQH WANITA




Assalamualaikum buat semua perindu ilmu dan syurga Allah...saya baru terlihat poster daripada kawan yang post di fb. SEMINAR FIQH WANITA terbuka untuk muslimin dan muslimat...di bawah merupakan tentatif program. have a look...moderator yang ditampilkan awesome..

TENTATIF SEMINAR FIQH WANITA & AL-QURAN
----------------------------------------------------------

Tarikh : 21/06/2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kristal, Menara TM
Bayaran : RM100 (Awam), RM80 (Pelajar)

MASA PROGRAM

08.00 am Pendaftaran

08.30 am Slot 1 : “Wanita Solehah Perspektif Al-Quran : Belahan lelaki beriman :
Surah al Ahzab ayat 35”
Oleh: Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati &Ustaz Dr. Shauqi Hj Othman

10.30 am Minum Pagi

11.00 am Slot 2 : “Wanita : Hasanah atau musibah – Kajian sikap wanita dalam al Quran (Ayat & Kupasan : Maryam, Asiah, Siti Hajar, Isteri Nabi Lut/Nuh, Wanita penggoda Nabi yusuf, Isteri Abu Lahab)
Oleh: Ust IM Muhammad Asyraf Ridzuan &Ustaz Syaari Abd Rahman

01.00 pm Makan Tengahari/Solat Zohor

02.00 pm Slot 3 : “Wanita perindu syurga : Al-Quran sebagai Huda dan Maui’zah”
Ayat & Isu Kupasan: Metode Al-Quran berhubung isu aurat : Surah An Nuur, Al Ahzab
-Hak Wanita : Surah An Nisa’
-Redha Isteri bagi suami : At Tahrim Ayat 1
-Displin wanita solehah : Surah Al Qasas Ayat 23-25
-Kepemimpinan wanita : Surah An Naml Ayat 10-44
Oleh : Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman & Ustaz Dr. Zahazan Mohamed

04.30 pm Minum Petang/Solat Asar

05.00 pm Slot 4 : “Cinta Wanita & Maruah dalam Al-Quran”
Ustazah Isfadiah Mohamad Dasuki , Dr. Nadzirah Mohd , Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim , Ustazah Noraslina Jusin (Moderator)



http://k-fiqh.com/   - Daftar disini :)

Tuesday 8 April 2014

NIKMATNYA BERCINTA SELEPAS BERNIKAH


Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Apa khabar iman? harap semuanya sihat dan graf iman kita sehari-hari sentiasa meningkat sedikit demi sedikit dan yang perlu, ISTIQAMAH dalam setiap penghijrahan.

Alhamdulillah sempurna sudah santapan motivasi buat mengisi rohani yang saban hari meruntun buat diri yang bergelar hamba. Saya tertarik dengan buku di atas semasa saya singgah di medan ilmu iaitu kedai buku satu Malaysia di Pudu Raya. Setelah saya menatap sinopsisnya, terus saya tersenyum

Disebabkan saya hanya mendapat luangan waktu rehat bekerja dan juga malam sebelum beradu, jadi buku ini tidak dapat saya habiskan dalam masa yang singkat. Hampir tiga minggu juga menelaah. Bukan hanya bait-bait yang indah si penulis keluarkan, namun juga sirah-sirah Rasulullah menjadi tatapan buat para pembaca. Bagaimana kesopanan Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah mendekati isteri dan bagaimana segala adab sebelum mengemudi alam rumah tangga.

Segala cerita Ali b. Abu Talib r.a, Fatimah puteri kesayangan Rasulullah, segalanya kisah percintaan mereka dirungkaikan dan menjadi santapan saya lantas membuatkan diri menjadi hiba dan terharu. Subhanallah.. betapa kisah cinta mereka sangat barokah disisi Allah.

Pada saya tidak rugi mengambil senaskah buku ini buat panduan yang masih belum berkahwin dan mencari barokah Allah. Mudah-mudahan menjadi panduan indahnya bercinta sebelum sebelum bernikah. InshaAllah...