SEEKING MARDHATILLAH

Friday 10 April 2015

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ULAMA SALAF DAN KHALAF DALAM SIFAT MUTASYABIHAT

Assalamualaikum w.b.t rasanya dah lama x update blog ni. Baru-baru ni exam asas akidah dua. jadi saya nak berkongsi sedikit ilmu apa yang saya dapat dari pelajaran saya tempohari. Sy bukan ustazah ya, hanya nak berkongsi ilmu sahaja yang sy dapat dari kelas ustaz. Apapun, jika ada sesiapa yang terbaca, yang rasa salah, sila tegur ya.. saya terbuka mendengar dan menjelaskan..

Apa yang dimaksudkan dengan Ulama salaf dan khalaf?

Ulama' salaf atau ulama' salafi  adalah ulama' terdahulu/silam dan ulama' khalaf adalah ulama' terkemudian.

Apa perbezaan antara Ulama' Salaf dan Ulama' Khalaf?

Ulama' Salaf - Salafi dikenali sebagai berpegang dengan nas-nas Al Quran dan Sunnah.

Ulama' Khalaf - Berpegang pada Al Quran dan Sunnah  disamping akal.

Apa persamaan antara Ulama' Salaf dan Khalaf?

Kedua-dua ulama' ini  berusaha mentahzihkan (membersihkan/menyucikan) Allah dari syubahat atau kesamaan dengan makhluk-makhlukNya bahawa Allah tidak serupa dengan sesuatu. Apa yang disandarkan kepada Allah sesuai dengan keagunganNya dan selayak dengan KebesaranNya yang tiada terhad. Mereka tetap menolak Allah bersifat berjisim atau  berjisim(ada ruang memenuhi).

Perselisihan pendapat Ulama' Salaf dan Khalaf dalam Sifat Mutasyabihat

Perselisihan pendapat mengenai mafhum ayat-ayat tersebut samada boleh atau wajib ditakwilkan atau tidak untuk mengelak difahami sebagai kesamaanNya dengan sifat-sifat atau anggota-anggota yang dimiliki oleh makhluk Allah khasnya manusia. Apa yang penting, kedua-dua menolak bahwa Allah bersifat dengan sifat makhluk kerana "laitha kamithlihi syai" dan pentakwilan yang dilakukan oleh ulama' khalaf pun sesuai dengan keagungan ,kesucian dan ketinggian Allah yang tidak tercapai oleh akal fikiran dan persepsi manusia"

Ulama' salaf menyerahkan pengertiannya kepada Allah SWT secara mutlak dengan tidak mentakwilkannya sama sekali.Yadullah tetap yadullah tanpa cuba digambarkan hakikat yad yg bersifat jisim atau kebendaan(tangan yg berjari dan berurat/darah) seperti manusia.(jangan salah faham, baca betul2 ayat yang sy type ini). Dengan erti kata lain, ayat mutasyabihat ini terserah pengertiannya kepada Allah yang menyebutnya di dalam kitabNya AlQuran. Serah secara total  dan berdiam diri dari berkata sesuatu mengenainya.

Ulama' Khalaf pula, dikalangan ulama' yg memasukkan unsur akal dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dengan wajib melakukan pentakwilan untuk mengelak salah faham terhadap gambarab sifat-sifat Allah yg menyerupai anggota yg dimiliki oleh manusia dan boleh membawa kepada orang berfikir  bahawa Allah itu berjisim sedang Allah tidak sesuatu pun seumpama denganNya. Maka Ulama khalaf mentakwilkan Yadullah itu adalah kuasa Allah swt, al Istiwa' atas Arasy ditakwilkan sebagai lambang ketinggian Allah.

Seperti dalam surah Az-Zarriyat ayat 47, Ibn Abbas mentakwilkan 'aidin' iaitu tangan -tangan sebagai kekuatan

Ini sahaja yg dapat sy sharekan. Jika ada pandangan, sila kongsikan..sy hanya share ilmu yang sebutir ini shj dari ustaz sy.moga bermanfaat. Wallahualam

3 comments:

  1. Alhamdulillah...saya sudah memepelajari keduanya dan memilih akidah salaf sebagai pegangan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah saya faham.terima kasih

    ReplyDelete
  3. Satu pandangan yg sangat jelas

    ReplyDelete