SEEKING MARDHATILLAH

Thursday 21 November 2013

SUBHANALLAH...KEHILANGAN SEORANG SYAHIDUL SOLEH

 

TAKEN FROM http://nursadiqah.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-ahmad-ammar-ahmad-azam.html

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...



"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185
...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 
 



Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di R
MC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H

Thursday 14 November 2013

PERKAHWINAN IMPIAN

ASSALAMUALAIKUM

Terdetik untuk membualkan perkara tentang perkahwinan impian. Bukanlah satu topik yang besar, tetapi saya mengimpikan perkahwinan dakwah yang bermaksud, semasa majlis walimah berlangsung sekurang-kurangnya ada sedikit pendekatan dakwah. Maksud yang jelas adalah keadaan semasa pernikahan dan juga majlis resepsi.

Saya tidak mengimpikan perkahwinan seperti membina sebuah mahligai lagaknya majlis tersebut, kerana saya tahu pernikahan itu sudah terbinanya sebuah mahligai buat saya dan juga bakal suami saya untuk saya mengharungi suka duka kehidupan bersama.

 Saya menginginkan Alunan ayat suci Al Quran untuk permulaan majlis saya, dan juga lagu-lagu yang didendangkan lebih kepada nasyid dan dzikir. Saya mahu semua orang yang hadir tidak meraikan saya semata tetapi juga sempat mengingati Allah di dalam majlis naif saya. Begitu juga saya tidak mahu majlis saya dicemari dengan maksiat dan fitnah.  Memang kita tidak mampu mengubah semua, tetapi kita mampu membuat sedikit perubahan didalam majlis perkahwinan kita yang terlalu membazir dan mengikut adat sedangkan hukum hakam agama di letakkan ketepi. Katanya sekali seumur hidup. Nauzubillah. Ingin saya tegaskan, sekali seumur hidup, dosanya seumur hidup.


Saya juga sangat seronok jika pengantin kedua-dua pihak sampai, di alunkan selawat beramai-ramai. Rasanya lebih seronok begitu, terasa lebih barokah majlis saya. Untuk door gift pula, ingin sekali saya menghadiahkan setiap seorang tetamu yang hadir senaskah mini AlQuran. Sebabnya, saya ingin mereka membawa Kalam Allah itu kemana-mana sahaja mereka pergi supaya mereka tiada alasan lagi untuk tidak membaca AlQuran sekurang-kurangnya. Itu lebih bagus dari menghabiskan ribuan ringgit dengan door gift yang merepek-repek bahkan sangat menyanjungi amalan syaitan hasilnya tiada apa dapat disemai. Jika tidak mampu pun saya ingin sekali memberikan senaskah Yassin buat mereka. Saya mengimpikan tetamu yang hadir mempunyai Yassin Ataupun AlQuran mobile (bergerak) lebih tepat lagi kalam Allah yang mobile (boleh dibawa kemana-mana)

Ini sahaja impian perkahwinan saya, moga-moga Allah izinkan. Moga perkahwinan impian saya menjadi dakwah buat orang lain. tidak perlu membazir puluhan ribuan ringgit tanpa ada manfaat yang hhebat buat saham akhirat dan akhirnya agama dan diri terfitnah.

Wednesday 13 November 2013

AL FATIHAH DAN MAKNANYA

ASSALAMUALAIKUM

Saja saya menyentuh topik ini hari ini. Maklumlah kesibukan kerja membuatkan saya kurang mendapat peluang dalam menulis. Setakat yang kita tahu, Al Fatihah adalah Penghulu surah. Acapkali di bacakan di dalam setiap rakaat kita ketika mendirikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat. Namun berapa ramai yang hanya sekadar baca tanpa memahaminya? dalam erti kata lain, berapa ramai yang menghafal tanpa mengambil tahu makna suratul Fatihah tersebut?

Di sini saya sertakan makna untuk penghayatan kita semua. Moga-moga bermanfaat. Membaca surah Alfatihah bersama makna adalah lebih khusyuk dan terasa lebih mendamaikan kerana faham apa yang  telah Allah firmankan. unik bukan? mari sama-samalah kita memahami kalam ALLah sedikit demi sedikit. Tidaklah baik seseorang itu jika dia hari esoknya lebih buruk daripada hari ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (٦
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ (٧

Terjemah Surat Al Fatihah
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari Pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Moga sama-sama kita manfaatkan masa yang terluang untuk memahami makna isi kalam Allah ini. Adapaun kita membacanya di setiap hari 17 kali di setiap solat wajib kita seharian. Haruslah kita menghayati dan memahami maksudnya.

Tuesday 12 November 2013

BAGAIMANA MENYENTUH HATI

ASSALAMUALAIKUM..

Saya ingin berkongsi sedikit SEMINAR BAGAIMANA MENYENTUH HATI (BAYU)  yang diadakan di UIA tempoh hari. sangta bermanfaat disamping dapat mendengar live panelis idola saya berada di depan mata terutama sekali Ustzah Fatimah Syarha.

Slot-slot yang ada sangat berguna untuk mengubat hati yang sedang dalam keadaan tenat. Saya ingin berkongsi sedikit apa yang di bual bicarakan di majlis pernuh barokah tempoh hari.

End product yang perlu kita jadi sebelum bertemu Allah SWT. Maksudnya, dalam keadaan bagaimana kita akan jadi sebelum kita bertemu Allah? Keadaan baik kah? keadaan yang dimurkai Allah kah? atau keadaan yang  penuh Rahmat?

Hati ibarat center dan TNB, yang menjanakan arus elektrik keseluruh pelusuk tubuh badan kita (Abbas As-Siisy) kerana jika hati kita kotor dan rosak, segala anggota kita akan senantiasa melakukan keburukan baik dari segi percakapan dan penglihatan. Jika hati kita baik dan sentiasa husnudzon, seluruh anggota turut melakukan perkara mahmudah.

"seseorang yang paling lembut hatinya, paling sikit dosanya" ( Mashu' At Tablin)

Dalam hidup juga ada dua perkara yang perlu kita perjelaskan iaitu pertama keperluan dan kehendak. Sebab itu perlu kita perjelas untuk mengelak daripada menjadi bangsawan agama. Kemahiran berdakwah, cannot be teach but can be learn. Hati juga merupakan elemne yang tidak stabil yakni berbolak balik dan sangta lembut yakni hidupkan fitrah.

Kaedah menyentuh hati;
1. Bahasa Lembut
2. Memujuk bukan mengutuk
3. mengajak
4.Tackle secara Tadarruj (bertahap-tahap)
5. Ada metafora dan Analogy
6. Singkat, Ringkas dan Padat


" Sesungguhnya iman itu boleh lusuh spt lusuhnya pakaian, maka hendaklah kamu memohon doa kepada Allah supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu" ( HR Al Hakim dan At Tabrani)

Amanah iman menyumbang kepada dua perkara iaitu;

1. Penentu keberkatan hidup
2. Mengelak Keruntuhan peribadi Mu'min

Sensitivelah dengan perasaan orang lain yakni raikan perasaan orang lain supaya orang senang mendengar dakwah atau apa yang ingin kita sampaikan

"Balaslah kejahatan kpd kamu dgn perbuatan yang sangat baik dan hendaklah kamu bersabar melakukan kebaikan"

"yang menjatuhkan sesuatu tamadun itu adalah sebuah hati"

"when you choose to be good, you will get the goodness in your life" 
ni sahaja yang dapat sy kongsikan
inilah sebuah masa berharga buat saya di hari ahad..memang masa rehat saya agak sedikit. tapi saya tidak mahu ditanya di akhirat apa yang saya lakukan ketika masa senggang di hari muda saya.ckuplah saya berpenat sekarang dan berehat di sana nanti..mudah mudahan..namun sedikit sedih kerana terpaksa balik selepas asar kerana perlu pulang ke perak..namun apa yang saya dapat hari tersebut sangat besar nilainya buat hati sya..