SEEKING MARDHATILLAH

Friday 30 May 2014

10 AMALAN PERISAI FITNAH DAJAL

Assalamualaikum buat sahabat sekalian. Kali ini ingin berkongsi 10 amalan yang mengelakkan kita dari fitnah Dajal. Saban hari saya melihat dunia kian alpa dan leka dek kerja yang merupakan kesungguhan para manusia sejagat mengejarnya tanpa memikirkan yang dunia ini hanyalah sementara dan persinggahan sahaja. Allahu saya sedih melihatkan akan perkara ini. Sepertimana di tempat kerja saya yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Tetapi Islam hanya pada nama dan IC sahaja.

Astagfirullah Alangkah hibanya hati saya melihatkan perihal ini di hadapan mata saya sendiri. Masjid tidak sampai 1km, tetapi pada hari Jumaat ramai sekali orang lelaki yang melepak dikedai depan warung berbual kosong tanpa rasa bersalah sedikitpun. Allah. Alangkah hibanya hati saya melihat akan hal yang demikian. Wallahi, jika saya seorang lelaki dan mempunyai kekuatan, akan saya seru mereka yang alpa itu bersama saya mengerjakan Solat Jumaat bersama. Di dalam hati saya terdetik, jika solat Jumaat pun diambil ringan oleh mereka, bagaimana mereka akan sedar tentang Dajal, Yakjud Makjud, Imam Mahdi dan semua pengetahuan tentang bakal yang berlaku sebelum hari Kiamat tiba.

Saya mendengar perkataan Kiamat itu sudah cukup menggerunkan hati saya. Cukup Membuatkan saya resah dengan segala amal yang belum sempurna dan cukup lagi buat bekalan.

Buat yang Tersedar, Mari sama-sama kita mengamalkan 10 perkara yang boleh membantu kita dan mempertahankan diri kita dari fitnah Dajal Laknatullah;


 BANYAK BERDOA 
"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan dari fitnah Dajal"


SOLAT FARDHU 5 WAKTU  
Jangan sesekali meninggalkan solat fardhu 5 waktu kerana ia dapat menjauhkan kita dari kemaksiatan InshaAllah. Inilah yang dipandang ringan oleh masyarakat kita hari ini. Moga kita sentiasa istiqamah dalam menjalankan Solat fardhu ini.

BACA QURAN KARIM
Perbanyakkan membaca Wahyu Allah ini kerana ia merupakan benteng segala kemungkaran. Di dalamnya terkandung hikmah yang sempurna buat panduan masyarakat kita.. Bacaan Surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir setiap hari. Lagi baik jika kita dapat menghafalnya. Dan setiap hari Jumaat, Amalkan surah Al-Kahfi pada setiap jumaat.

AL-QURAN DAN SUNNAH
Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah  dalam kehidupan seharian. Bukan hanya Beriktikad tetapi tidak mengamalkan.

BERZIKIR
Perbanyakkan Zikir tanpa mengira masa dan tenpat. Tidak semestinya selepas solat. Sambil berjalan, memandu apa sahaja kita mampu melakukan. Zikir adalah terapi yang mujarab untuk diri sendiri

MATI
Perbanyakkan mengigati Mati. Ini kerana orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan untuk akhirat. Mengingati mati akan menolak diri kita dari melakukan perkara yang lagha dan mazmumah

MASJID
jadikan masjid sebgai rumah kedua. Maksudnya jadikan masjid sebgai medan untuk beribadat selain dirumah sendiri. Kerana di masjidlah kita akan menimba ilmu dan sekalian malaikat ada bersama kita. Di masjd jugalah kita kan berjumpa dan boleh bergaul dengan orang0orang yang soleh. Di situlah diri kita akan dibimbing dan menundukkan nafsu. Subhanallah.

QIAMULLAIL
Jadikan Qiamulalail merupakan santapan rohani kita yang sedang ketandusan iman. Qiamullail akan menghidupkan hati yang semakin jauh rasa cinta kepada Allah. Mendekatkan diri dengan Allah.

SEBARKAN MANFAAT
Sebagai ummat yang dipinjamkan Allah dunia yang penuh dengan perhiasan ini, apalah kiranya jika kita boleh menyebarkan sedikit manfaat buat santapan ummat yang lain yang turut dahagakan ilmu. Sebarkanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat..

JAUHI PERBUATAN MAZMUMAH
-membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil hingga lupa untuk bertaubat
-Menjadikan maksiat sebagi cara hidup
-Bersahabat dengan orang yang membenci Islam
-Menjauhi para Ulama'
-Bercakap perkara yang sia-sia
-Terlalu cintakan dunia hingga melupakan Akhirat


Ramai yang terleka apa target kita di dunia ini. Ada yang tersedar dan sedang merangkak mencari jalan pulang. Ada yang telah berlari mencari jalan pulang. Ada yang sentiasa berjalan dengan laju sedari awal lagi buat bekalan yang harus dipersiapkan disana nanti. Moaga kita sama-sama Muhasabah

~WALLAHUALAM~

Thursday 29 May 2014

PEMBAHAGIAN HADIS & CIRI-CIRINYA

ASSALAMUALAIKUM  buat pembaca yang sentiasa dalam kasih sayang Allah. Saya ingin berkongsi sedikit tentang Pembahagian Hadis Dan Ciri-Cirinya.

HADIS MUTAWATIR

- Diriwayatkan oleh sejumlah perawi perawi yang ramai
- Terdapat ramai perawi pada setiap peringkat
- Mustahil pada akal mereka bersepakat untuk berbohong atau merekacipta hadis tersebut
-Disepakati sebagai asas akidah


HADIS AHAD

-Tidak diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai
-Tidak sampai ke tahap mutawatir
-Bilangan yang memungkinkan berlaku pembohongan atau merekacipta hadis
-Tidak disepakati sebagai asas akidah


HADIS MURSAL

Hadis Mursal ialah satu istilah dalam ilmu hadis . Ia ditakrifkan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh seorang
Tabiin daripada Nabi secara langsung.

Seorang Tabiin tidak pernah bertemu Nabi. Jika dia meriwayatkan hadis, riwayat itu mestilah berasal daripada seorang Nabi.

Justeru Jika seorang Tabiin meriwayatkan sebuah riwayat secara langsung daripada Baginda, maka riwayat itu dihukumkan terputus.


KATEGORI

SAHABAT  - orang yang pernah berjumpa Nabi

TABIIN  - orang yang pernah berjumpa dengan sahabat Nabi

TABI' AL-TABIIN - orang yang pernah berjumap TABIIN


~MOGA BERMANFAAT~


Monday 19 May 2014

HIKMAH SUJUD

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 77 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..." sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya;

1. Melegakan sistem pernafasan(relieved congestion for breathing)

2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan;

1. membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh

3. Melegakan sakit hernia

4.Mengurangkan senggugut bagi wanita haid

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan

6.Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa

7.Kedudukan sujud paling baik untuk berehat  dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh

8.meringankan Pelviks

9.Bagi wanita, gerakan otot menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan 
terhindar daripada sakit buah dada

10. Melegakan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.


Sumber daripada: Majalah Solusi Jilid 18 2010

Monday 12 May 2014

UMCEED STUDENT

Assalamulaikum....semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Hanya ingin berkongsi sedikit berita gembira. Saya baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar UM dibawah course Sijil Usuluddin. Alhamdulillah Allah memberikan saya sahabat yang recommend pada saya UMCEED ini, memandangkan saya bukan dalam jurusan agama sejak dari awal lagi.

Kejuruteraan dan Usuluddin sangat jauh bezanya. Kedua-duanya memerlukan ILMU yang banyak bagi menggerakkan dan mendapatkan hasilnya. Apabila kita sudah belajar kejuruteraan selama bertahun-tahun dan sampai satu masa kita akan teringin mengunjungi bidang ILMU yang lain supaya kita mendalami ILMU secara Variasi.

Sahabat saya Nur Asila yang juga merupakan degree holder of Islamic Revealed Knowledge turut menyokong saya dalam hal ini. Memandangkan saya tiada basic course islamic( means sekolah agama) jadi dia menyarankan saya mengambil course di UMCEED yang tidak memerlukan saya berkelayakan dari sekolah agama. Alhamdulillah Allah mudahkan saya.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 300 ringgit untuk 4 bulan termasuk pepriksaan. Modul pembelajaran turut disediakan setelah pembayaran dibuat. Pada saya, sangat berpatutan. untuk melengkapkan atau graduate dalam USULUDDIN ini perlu melengkapkan ketiga-tiga modul. MODUL 1, MODUL 2 & MODUL 3. Dalam Subject USULUDDIN MODUL 1 ini terbahagi kepada Bab Asas Akidah 1, Sirah Rasulullah1, Hadith dan Tafsir. ketiga-tiga ini akan  melengkapkan MODUL 1. MODUL 2 & 3  boleh rujuk di sini

Memang besar beza course yang saya ambil ni. Memandangkan Engineering adalah calculation and critical thinking, Usuluddin juga mempunyai critical thinking yang sebenar. Apabila kita tidak belajar asas, full attention memang sangat diperlukan. Saya tidak mahu menjadi seorang Islam yang ketinggalan akan asas Islam. Saya ingin menjadi seorang Islam yang turut menghayatai Ilmu Akhirat dan dapat disampaikan kepada ummat yang lain. Saya tidak mahu hanya menjadi seorang engineer sahaja tapi bukan Seorang engineer islam yang tahu akan Tafsir, Hadith, Sirah.  Disebabkan itu saya kuatkan langkah. Supaya tidak menjadi Engineer yang ketinggalan ataupun dilabel ambil engineer tapi bab-bab Islam ditinggalkan. Astaghfirullahalazim.

Masa saya di dalam kelas, Majoritinya orang telah berumur. Ada yang lebih dariseparuh abad. dan kebanyakannya yang sudah 30-an. Subhanallah. Saya dapat masuk bersamaw mereka bersama-sama menghayati Ilmu ini. Pada yang diluar sana, Bukan sahaja Usuluddin. tetapi ada Sijil Syariah juga jika berminat untuk mendalami.

Wallahualam~

Tuesday 6 May 2014

SECANGKIR REDHA PENGUBAT DUKA

Sudah lama tidak bercanda di alam maya ini. mengukir bait-bait di ruangan bisu putih ini membuatkan hati kepingin sekali untuk mencoretkan sesuatu. Kisah ini adalah dari seorang rakan senior saya di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Pulau Pinang. Pemergian anakanda tersayang yang baru berusia 3 bulan membuatkan hati saya tersentuh.

http://masmarini.blogspot.com/2014/05/susu-terakhir-buat-armand.html

Saya menegnali beliau (Marini Abd Rahman)  seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dalam pertuturan dan sangat baik. Seorang yang pandai lagi sangat menjaga batas dalam pergaulan. Walaupun beliau saya panggil kakak, dek kerana usia kami hanya jarak 1 tahun, namun kami kerap berkongsi suka duka dalam kehidupan.

Ketika beliau telah tamat persekolahan dan datang sekejap menjengok adik2 juniornya di soksek, saya dapat mengetahui berita menggembirakan. Kakak kesayangan saya telah dimiliki oleh seseorang, yang pada kiraan saya dia adalah jejaka hebat. Kerana Kak nini seorang yang hebat, mestilah Allah memberikan dia pasangan yang hebat buatnya. "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik".

Saya mengikuti perkembangan beliau melalui Blog beliau THE DESTINY. Memuatkan setiap suka-duka kehidupan beliau  di France sana. Sambil-sambil itu dia juga turut menceritakan kisah percintaan beliau dengan Mas Aidiff yang sangat terjaga. Subhanallah. Perjalanan kehidupan kak Nini sangat lancar pada kiraan saya, mendapat suami yang penyayang, belajar di rantau yang menjadi setiap keinginan mahasiswa seperti saya. Sehingga mendapat anak sulungnya, syaa sentiasa mendoakan dan mengikuti kisahnya dari jauh. Betapa saya gembira dengan pencapaian beliau. Alhamdulillah masih ada lagi srikandi yang tinggi semangat juangnya.

Namun, berita kehilangan yang saya ketahui bulan lalu, membuatkan hati saya turut berduka. Saya tersedar dari lena yang panjang. Ya!! semuanya Allah pinjamkan seketika sahaja di dunia ini. Saya sendiri mula tersedar. Bagaimana Allah memilih Kak Nini untuk membuka hadiah yang telah dihantarkan oleh Jibrail merupakan satu dugaan. Subhanallah. Sesungguhnya tiada yang berkuasa selain dariMu Ya Allah. Namun siapa kita untuk menyoal segala persiapan yang telah Allah berikan kepada kita? Sungguh Kak Nini beruntung melalui pengalaman dan ujian berharga ini. Dan sungguh beliau tabah mengharunginya. Secangkir Redha yang beliau itipkan didalam dirinya membuatkan hati saya turut menjadi redha atas pemergian anak kedua beliau. Subhanallah... Benarlah, redha itu membuatkan hati yang duka kembali tenang.

Innalillahi wainnalillahiraji'un.. Daripada ALlah kita datang dan kepadaNya kita kembali. InshaAllah Dia kan menggantikan seorang mujahid lagi buat kak Nini. Dan Allahyarham Anakanda Armand akan menunggu Beliau dan suami di sana nanti InshaAllah. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Lihat, seorang Ibu yang kuat seperti kak Nini membuatkan diri saya turut menjadi kuat. MasyaAllah..

sesunguhnya segala apa yang ada disekeliling kuta merupakan pinjaman yang terindah buat bekalan kita disana kelak. Moga kita tidak leka dan Alpa wahai sahabat

~Wallahualam~

Saturday 3 May 2014

PESTA BUKU----------> PWTC


" terlalu sedikit drp umat ini yg membaca. Dan drp sedikit yg membaca itu pula sedikit sahaja yg memahaminya.Drp sedikit yg memahaminya, sedikit pula yg menguasainya. Dan drp sedikit yg menguasainya, sedikit pula yg mengamalkannya"
Assalamualaikum..semoga sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ke pesta buku PWTC tempohari.

Keadaan MasyaAllah sangat sesak. Rupanya masih ramai yang memupuk nilai-nilai membaca di dalam keluarga mereka. Nasihat saya agar anda menaiki kenderaan awam dan juga bagi yang ingin membeli buku yang banyak, sila bawa beg tarik balik kampung tu supaya anda tak lenguh tangan.

Memandangkan cuti Labour Day, memang ramai sangat yang mengambil kesempatan untuk mengisi hari mereka bersama membeli buku yang pada kiraan saya harga runtuh. Saya melihat disekeliling saya yang sesak dengan orang yang dambakan ilmu. Subhanallah.

Saya menaiki STAR LRT ke sana (PWTC). Keadaan begitu sesak di stesen sesampainya disana. Penuh dengan Ummat-Ummat yang lain yang berpusu-pusu hendak membeli buku. Bahkan sesiapa yang menaiki kereta, sangatla jam. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam.

PWTC digunakan 3 tingkat untuk memuatkan semua penjual buku. saya berpusing di Tingkat pertama (ground floor) dahulu. Akibat terlalu sesak saya hanya dapat berjalan tanpa dapat membelek lama buku-buku tersebut. Tambahan pula Novelis terkenal mereka turut diundang untuk menyampaikan ucapan, jadi ruangan di pentas utama teramat lah sesak. 

Saya terus ke tingkat dua dimana untuk mencari Booth Telaga Biru. setelah berpusing-pusing ke merata tempat barulah saya jumpa. Terus serbuke Booth dan borong buku serta majalah keluaran lepas Al-Ustaz dan juga Solusi. saya terus memborong buku-buku yang penuh dengan diskaun sehingga 50%. Dan...saya mendaftar keahlaian VIP Telaga Biru. Alhamdulillah. Memang sengat bahu bawa buku yang dibeli.

Abg Ipar dan kakak serta anak saudara juga habis memborong. Kami terus berangkat pulang. Sebelum itu kami singgah di Karangkrat hall. Awesome!! buku and majalah sangat murah. Sesiapa yang meminati Novel, memang terlalu murah untuk dimiliki. Memandangkan saya tidak berminat, saya hanya Grab majalah RASA dan Buku Resepi.

Bila pulang pula....penuh dengan orang-orang yang ingin membeli tiket pulang. Nasihat saya, pakailah touch n Go supaya anda tidak perlu beratur.

Ditepi-tepi ramai anak-anak yang duduk bersama ayah mereka sambil membaca buku yang telah dibeli. saya terasa sangat gembira melihat situasi seperti itu.

Cuma tandas sahaja yang sedikit kotor disebabkan terlalu ramai yang menggunakannya dan telah tersumbat. mungkin pihak berwajib lebih meneliti facilities awam untuk orang awam seperti kami. :)

Tinggal lagi sehari sahaja lagi untuk grab opprtunity ni. JOMMMM. Tak rugi untuk pemborong buku.