SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 29 September 2013

MARTABATKAN ISLAM DI MANA KAKI BERPIJAK

ISLAM DI FAHAMI OLEH AGAMA DAN BANGSA LAIN

Saya bekerja di badan swasta iaitu syarikat Jepun yang top management nya boleh dikatakan majoriti adalah chinese. jadi minded sesetengah orang akan meletakkan, "Ah kerja di syarikat jepun pasti islam itu tidak berapa ditegakkan" ataupun "mesti mereka tidak menjaga kebajikan pekerja yang islam mahu bersolat atau pun mengambil kira di bulan Ramadhan. ANDA TERNYATA SEKALI SILAP!!

Saya tidaklah membagakan atau mengangkat tempat saya bekerja.Maklumlah, tempat saya bekerja hanya di kawasan pendalaman.  Tetapi mereka menjaga kebajikan pekerja yang islam majoriti di tempat saya bekerja itu. Contohnya rehat operator adalah pukul 12pm-12.30pm. tentu semua tidak mendapat peluang untuk solat zohor bukan? tetapi  ada lagi satu rehat iaitu pukul 3pm-3.10pm. Yang beragama islam boleh terus ke surau untuk menunaikan kewajipan kepada Pencipta teragung. begitu juga masa hari jumaat. Rehat adalah pukul 12.45pm-2.20pm. 

Saya kira ckup bukan? Dan di bulan Ramadhan pula, pihak top management telah mengadjust masa berehat lebih panjang supaya yang berpuasa dapat merehatkan diri sebelum kembali memulakan langkah mencari rezeki. Walaupun saya bukan salah seorang operator, tetapi saya juga dapat merasakan kepenatan sekiranya bekerja di bulan puasa. Namun itu adalah nikmat yang kita tidak akan dapat sekiranya kita tidak menghayati.

Setelah menerangkan sedikit benih sebelum kembali ke topik asal, pokoknya, berapa ramai memertabatkan islam dimana sahaja mereka berada? Kenapa saya mengupas tajuk ini? kerana saya sendiri melihat di tempat saya bekerja warganegara malaysia, muslim, mengaku islam tetapi tidak mengamalkan segala kewajipan yang Allah tetapkan sedangkan masih ada kesempatan. Semuanya tempat saya bekerja telah sediakan. Surau, Sejadah, Telekung, Masa dan hanya tinggal untuk membawa kaki sahaja melangkah. Mari saya bawakan kepada beberapa situasi. 

SITUASI 1: SOLAT JUMAAT

Tempat kerja saya mengamalkan "standardization" maksudnya pakaian kami akan sama. Pada hari jumaat, kami semua akan memakai baju yang sama dengan operator. Tidak kiralah top management pun akan pakai baju yang sama warna, tetapi size yang berbeza.

Tapi apa yang memalukan saya, apabila saya pergi ke kedai-kedai makan waktu yang sepatutnya semua orang sedang mendengar khutbah ataupun sedang bersolat, kaum adam di tempat saya yang hanya menunggu hidayah sampai tanpa mencarinya melepak di kedai-kedai makan sambil ketawa girang. Sudahlah tidak solat Jumaat, membawa lagi rakan-rakan perempuan tidak pun gilfriend masing-masing untuk sama-sama bergelak ketawa tanpa memikirkan umur ini tidak lah sentiasa panjang. Mula-mula saya bekerja, melihat keadaan ini, airmata saya bergenang. Allahu Robbi. mengapa mereka begini, sedangkan masih ada kesempatan dan masa yang diperuntukkan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.

Jika taraf hanya operator saya kira mungkin mereka tidak dididik dengan cukup sempurna agamanya kerana ada yang belajar separuh jalan. Tetapi, management sendiri, yang punyai degree, yang ada diploma pun turut sama bermaharajalela tanpa segan silu. Degree dunia tidak akan mampu membawa ke akhirat jika tiada PHD untuk akhirat wahai kaum adam.

Lantas saya membuat keputusan untuk tidak keluar rehat. Melihat mereka begitu merobek hati saya sebagai seorang Islam.Saya hanya berehat di office. Ada juga rakan kristian saya yang bertanya, "si polan si polan itu tidak pergi jumaat ke?" Nah! tersentak saya. Dia yang beragama kristian bertanya saya.bagaimana orang mahu menghormati Islam sedangkan kita yang seorang muslim dan islam tidak menghormati agama kita sendiri. Nyatijahnya, Islam hanya pada IC sahaja. Malukan?

Ada antara mereka yang rapat dengan saya, saya tegur. "Kita ni hidup tak panjang" "Macam mana mahu memimpin jika diri sendiri tidak terpimpin?" "Saya sebagai wanita mengharapkan seorang lelaki yang cukup solat 5 waktu dan solat jumaatnya" 

Apa kata mereka? " Awak kena cari Imam" "rilex la kan muda lagi?" " saya uzur hari ni".

Saya Hanya mampu menggeleng sambil beristighfar. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya tugas saya sebagai saudara sesama islam sudah selesai.


SITUASI 2: RAMADHAN QARIM

Kita semua baru sahaja melalui fasa yang tersangat dirindui oleh kita semua iaitu Bulan Ramadhan bukan? Tapi lain pula yang terjadi di tempat kerja saya. 50% lelaki tidak berpuasa. Astagafirullah. tahu kenapa saya berkata begitu? masa loceng rehat berbunyi, berderetan mereka ke tempat ruangan merokok. Saya yang melihat mereka di situ merasa geram dan benci di dalam hati. Yang paling sedih sekali, bukannya buat kerja yang berat seperti operator, tapi masih lagi tidak boleh berpuasa. Ada seorang yang tertangkap dengan saya sedang menikmati roti ikan bilis dan maruku di bahagian rak material yang tersorok. Bila terkantoi tahu malu!! sudah ada anak empat pun masih tidak boleh memimpin diri. Moga satu masa mendapat hidayah dari Allah.

Tidak kurang pula yang perempuan. Yang tidak boleh berpuasa berkejaran ke kantin makan secara terbuka. Astagfirullah. memang jika siapa yang melihat hanya mampu mengucap berkali-kali di dalam hati. Ada sekali pegawai bank dari BSN datang untuk siapa warga asing mahu kirim wang ke kampung halaman melihat situasi itu semua menggeleng kepala. Yang bertudung lebih ramai. Rakan wanita saya yang beragama kristian meluahkan rasa melihat keadaan itu "MALUNYA AKU TENGOK BUDAK2 NI BERTUDUNG BERHAMBAT KE KANTIN. MALU PADA ORANG BSN TU"

Hah!! dia berkata begitu malu pada orang BSN. Tapi mereka tidak malukah dengan Allah? Sedangakan rehat sudah dipanjanglan. maknanya yang kaum adam boleh berehat panjang. Bukankah nikmat berlapar di bulan Ramadhan itu sangat seronok? Yang hawa, memang kamu semua uzuzr syar'ie tapi tidak malukah kamu memberitahu dunia kamu sedang haid? orang yang bukan beragama islam pun terasa malu melihat majoriti islam berkeadaan begini.

Bagaimana mahu dikatakan mengajak bukan islam menyertai islam sedangkan Orang islam sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka? Islam tidak dimertabatkan oleh kita. kenapa? Tepuk dada tanya Iman.

PENGAKHIRAN

PUASA

Rasulullah saw bersabda:

 “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).

” Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “


SOLAT
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.( al-Baqarah : 110)

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya"            ( al-Baqarah : 238 -239)

KONKLUSI

Lihat ayat-ayat dia atas. sudah Allah terangkan apa kah kelebihan bersolat 5 waktu dan Berpuasa yang telah Rasulullah terangkan.

Kita sebagai seorang muslim dan Islam, tonjolkan kepada dunia bahawa islam itu terlalu indah. Terlalu cantik untuk dimiliki, dan tiada siapa yang rugi jika menjadi seorang muslim. Saya bangga menjadi seorang islam dan muslim. Kerana segala tentang Islam itu cantik, Indah dan Mudah. Kepada yang masih belum menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah, nasihat saya buat lah u-turn.  kembali lah kepada Tali Allah supaya lebih diredhai Allah dalam kehidupan sehari-hari. In Sha-Allah

Situasi yang saya nyatakan di atas adalah benar belaka. Semua terjadi di hadapan mata saya. Yang saya tangkap Tudak berpuasa itu, telah dua kali melakukan pembedahan mata keana ada sedikit ketumbuhan di kelopak mata, dan terbaru telinga beliau pula membengkak dengan nanah dan baru usai operation kecil. Lihat sahaja peringatan Allah telah berikan. Tapi kenapa manusia masih ingkar? perlukah satu lagi peringatan sehingga hampir terpisah roh dari jasad baru ingin bertaubat? Mesti kita sendiri merasa takut akan azab Allah itu. Namun peringatan tetap Allah berikan. Cuma manusia sedar atau masih leka. 

Kita boleh sahaja memertabatkan Islam di mana sahaja kita berpijak. Tidak perlu di mata dunia. Cukup dimana kita berpijak sekarang sebagai langkah pertama sebelum memertabatkan Islam di mata dunia. Jika sekeliling kita masih belum diperbetulkan macamana kita mahu mengetengahkan islam di mata dunia? Banggakan diri anda bahawa anda dilahirkan seorang muslim yang Allah sendiri telah menajanjikan segalanya sekiranya kita menjadi hamba terbaik untukNya. 

Kita yang masih ada iman ini, nasihatkanlah orang yang ada disekeliling kita. saya sendiri sentiasa menasihati yang mana rapat dengan saya supaya bergantunglah dengan Allah. di akhir zaman ini, segala yang haram dan salah itu kita rasa tiada apa ataupun biasa-biasa. Dan yang betul atau yang baik itu kita rasa salah. Jika mampu menegur dengan tangan, jika tidak mampu tegurah dengan lidah dan mulut jika tidak mampu hanya membenci di dalam hati, itu adalah selemah-lemah iman. 

Pokok pangkalnya Hati sendiri  adalah negara yang luas yang perlu di jajah untuk memertabatkan Agama Allah di persada dunia. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. renung-renungkan. Wallahualam

Saturday 28 September 2013

SEDEKAH YANG IKHLAS



SEDEKAH!! acap kali setiap kali kita pergi ke masjid-masjid ada tabung sumbangan yang menuntut kita untuk bersedekah. Tambahan pula di pasar-pasar malam, tetntu sekali terlihat ada orang-orang yang kurang bernasib baik meminta dunia memberikan sedikit nilai yang dipanggil wang atau ringgit untuk jamahan hari itu. Barangkali untuk mengisi perut yang sudah berkeriut menanti tiba makanan hadir di dalam uncang perut bahkan ada yang meminta ihsan orang ramai demi sesuap nasi untuk menampung perbelanjaan anak dan isteri yang sedang kelaparan. Lihat betapa mereka sungguh tidak upaya dalam keadaan yang sedemikian.
ada yang keadaan mereka kehilangan kaki, kehilangan mata dan ada juga antara mereka yang mempunyai pelbagai penyakit.

MEMBERI ITU LEBIH BAIK TANPA BERBURUK SANGKA

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah-274)

Mari kita amati kalam Allah di atas. Mudahkan apa yang Allah janjikan? hanya dengan memberi sedikit, jaminan allah terlalu besar buat kalian hambaNya. Tidak ada kekhuatiran bahkan tidak pula Allah memberikan kesedihan buat kita yang memberi. Memang di saat ini kita akan terfikir untuk memberi atau tidak bukan? saya juga pernah juga mengalami situasi yang sama. sangsi untuk memberi. Al-maklumlah sekarang sahaja sudah berlambak bahkan seperti cendawan tumbuh orang yang meminta sedekah kerana mengejar kemewahan sedangkan dia masih mampu membikin hidup dengan mencari rezeki yang telah Allah taburkan, Tetapi penyakit MALAS dan TIPU itu sudah sebati untuk meraih keuntungan yang besar namun tiada keberkatan Allah.

Namun sejauh mana kita boleh menilai? jika kita melihat dengan mata kasar, mungkin kita akan mengecam orang-orang yang sebegini bukan?

"mengapa meminta sedekah sedangkan masih mampu mencari nafkah"

"ishk. Boleh berjalan lagi tapi mahu juga mengemis. Tak malu"

Prkataan yang sedemikian memang sentiasa meniti di bibir kita yang secara kasar melihat manusia yang meminta sedekah di pentas dunia ini betul? Sebelum kita berfikir sebegitu, mengapa tidak kita sendiri cuba bertanyakan hal yang sedemikian kepada peminta sedekah itu? mengapa mesti kita mengeluarkan perkataan yang jika didengar olehnya pasti akan tersinggung.

Saya pernah bertanyakan seorang peminta sedekah yang saya rasakan masih boleh mencari rezeki.

Saya bertanyakan beliau "tdak bolehkah kamu bekerja saya rasa kamu nampak elok-elok sahaja. lantas dia terdiam dan menjawab " bukan sedikit pekerjaan yang telah saya minta. Dari kedai-ke kedai saya minta untuk mencuci pinggan namun jawapan hampa. saya pernah ingin sekali bekerja sebagai tukang sapu namun sehari dua bekerja saya di berhentikan."

saya bertanya lagi " kenapa?"

Nah! ini jawapanya " cik, lihat saya sempurna di luaran bukan? seolah boleh bekerja? buah pinggang sy sebelah sudah rosak cik, saya juga mempunyai penyakit jantung yang kadang-kadang membuatkan saya akan pitam apabila bekerja terlalu dalam kepenatan" sambil menunjukkan sedikit kesan jahitan melalui pembedahan. Saya lantas tersenyum dan mengangguk memberikan ringgit untuknya.

Semua berlaku bersebab. tiada apa yang berlaku tanpa sebab. bayangkanlah di dalam keadaan dia begitu dia sendiri mahu menyara anaknya. bantuan memang ada, tetapi bnerapa sen sangat? dengan kos hidup kita yang semakin hari semakin meningkat. Saya mengucapkan syukur di dlaam hati kerana allah masih memberikan saya kesihatan yang masih baik dan mampu  membuatkan saya mencari rezeki dengan kaki sendiri.

Bila kita ingin bersedekah, beri sahaja, tak banyak sedikit. kita memang tidak akan tahu adakah mereka menipu atau tidak. Mereka betul-betul terdesak atau tidak. siapa yang tahu? Hanya mereka dan Allah sahaja. ikhlaskan diri untuk bersedekah. Kerana apa saya kata begitu?

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (an-Nisaa-114)

Tidak perlu kita meminta pulangan apabila kita bersedekah kerana allah maha mengetahui apa ganjaran yang akan di beri kepada kalian yang telah menghulurkan sedekahnya. cuba sahaja kita bayangkan RM10 yang kita beri, dia memberikan kepada anaknya, lantas anaknya membesar menjadi tahfiz dan ilmuwan terkemuka. Tidakkah kita tahu bahawa sarah dagingnya yang berada di dalam tubuhnya hasil sedekah kita kepada ayahnya memberi makanan kepada dirinya akan sentiasa mendapat pahala disisi Allah?

IKHLASKAN DIRI

Jadi sebelum kita memberi, ikhlaskanlah hati. moga-moga atas kesenangan yang kita kongsi ini Allah akan menggandakannya dengan nikmat yang tidak terjangka oleh kita sendiri. Siapa tahu nilai seringgit itu amat bermakna ketika dan disaat itu kepada si peminta sedekah? sesungguhnya sedekah itu adalah satu elemen penghapus dosa.

                                                  sedekah1-2
Apalah salahnya nikmat yang Allah bagi sedikit ini dapat dikongsikan bersama? bukannya kita memberi seringgit kita akan bankrupt kan? saya tidak pernah lagi mendengar sedemikian daripada kalian manusia di sekeliling saya. Bahkan Allah akan melipat gandakan nikmatnya kepada kita. Dan.....sudah sedekah sila jangan mengungkit-ungkit pula yer. sudah jatuh tidak ikhlas di situ.

KISAH SEBAGAI PANDUAN

Saya sendiri pernah merasa bagaimana  nikmat yang Allah gandakan setelah saya berkongsi sedikit nikmat Allah kepada insan-insan yang tidak bernasib baik. pernah suatu ketika saya terlupa membawa wang yang lebih untuk makan saya seharian.Saya terlupa membawa purse saya. yang ada hanya duit syiling yang saya korek di dalam handbag. nak pinjam orang segan la pulak. ketika sampai sahaja di tempat saya bekerjaPagi hari selalu saya akan membeli roti buat alas perut saya. semasa ingin membayar roti yang beharga 80 sen, ada seorang kakak yang saya kira rapat dengan saya bayarkan roti saya. dia cuma kata belanja hari ni sambil tersenyum. saya mengucapkan terima kasih. masih ada lagi berbaki 2 ringgit untuk tengahari nanti
ketika makan tengahari, sahabat saya pula menghulurkan duit ketika kami sama-sama hendak bayar tanda dia yang akan bayar bagi pihak saya kepada makcik kantin itu. Subhanallah!!

Saya terfikir sejenak. baru saya teringat akan perihal saya berkongsi sedikit ringgit kepada orang susah yang juga merupakan kenalan mama saya. saya membelikan barang-barang dapur untuk mereka melihatkan mereka hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap sahaja. mungkin juga hasil perkongsian saya bersama mereka, Allah ringankan kesusahan saya sedikit hari itu. Lihat!! betapa besar kuasa Allah.

Arwah ayah saya juga merupakan salah seorang yang sentiasa menasihati saya supaya bersedekah dengan ikhlas. Dia cuma akan berkata kepada saya jika saya ada merungut sedikit " Biarlah jika mereka menipu hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. tugas kita adalah memberi. jadi jangan lokek untuk memberi dan ikhlaskan diri supaya lebih berkat" tersentak saya mendengar kata-kata ayah saya. dia tidak belajar sampai ke menara gading, tetapi dia mampu berfikir lebih baik dari saya. bergenang air mata saya tanda rasa hampa dan kecewa dengan sikap sendiri. Ini adalah pelajaran yang paling baik untuk saya hari ini.

Bukankah Allah telah berjanji bahawa Allah akan melapangkan kita sekiranya kita bersedekah? apa tunggu lagi? mungkin sekarang kita tidak nampak manfaatnya lalu kita rasa berat tangan untuk menghulur. tetapi percayalah bahawa Allah tidak pernah memungkiri setiap janji-janjiNya.

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al- Baqarah-262)

Subhanallah...sungguh besar nikmat Allah bukan? apa tunggu lagi. manfaatkan hartamu untuk masa yang panjang di akhirat sana.!!
   

Tuesday 17 September 2013

KISAH-KISAH TERULUNG BUAT MOTIVASI

Setiap dari kita ada terkisah kebaikan dan kelemahan masing-masing. Kebaikan yang ada pada kita secara zahir ataupun tersembunyi, Allah sahaja yang mengetahuinya niatnya dan keikhlasannya.  kenapa sy katakan begitu?

Ada sebahagian dari kita menzahirkan kebaikan untuk menunjukkan betapa dia seorang yang baik ataupun hamba yang taat kepada perintah Allah. Adapun terkadang kebaikan yang cuba di zahirkan ini boleh terjadinya riak dan takabbur dalam beribadah kepada Allah. Dan adapula di antara kita yang menyembunyikan kebaikannya demi mencari redha Allah..

 mari sama-sama kita menyingkap kisah-kisah agung buat motivasi dan membaiki kekurangan diri

DISEBALIK SAIYIDINA UMAR AL-KHATTAB YANG DIGERUNI

Masakan umum tidak mengetahui siapa Saidina Umar khalifah ke-2 di dalam kalangan Khulafa' ar-Rasyidin? ketegasan dan keberaniannya amat digeruni oleh sekalian orang termasuklah syaitan juga turut mengubah haluan jika terserempak dengan Saidina Umar. Rasulullah pernah bersabda;

"Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka syaitan akan melalui jalan yang lain( kerana takut dan tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya)" (Riwayat Bukhari)

Subhanallah..walaupun  beliau amat digeruni dan keberanian beliau tiada tandingannya, beliau seorang yang sangat Tawaduk di hadapan Allah.. Diceritakan bahawa Saidina umar akan mencatat segala kesalahan yang dia telah lakukan setiap hari.

sekiranya dia pernah menyakiti orang, dia akan mecatatkan  segala perbuatan buruknya. Dan tahukah kalian apa yang Saidiana Umar akan lakukan selepas itu?

Menjelang malam, Saidina Umar akan menyemak semula segala catatan-catatan kesalahannya yang telah dilakukan dan beliau memukul belakang badannya dengan cemeti bagi setiap butir kesalahan yang dilakukan dan berkata sendirian;

"Rasakan Umar! jika kesakitan ini pun tidak mampu engkau tanggung, bagaimana seksaan api neraka kelak?" jeritnya sendirian.

Perkara ini diketahui oleh sahabat-sahabat Saidinina Umar setelah melihat bekas-bekas libasan di belakang badan Umar setelah beliau meninggal dunia dan sahabat sekalian bertanya kepada isteri Saidina Umar akan hal itu.

Allahu Rabbi... bretapa seorang yang sangat berani bertempur di medan perang mempertahankan Islam, tetapi sangat Tawaduk kepada Pencipta nya...Sesungguhnya Beliau adalah antara 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga. Kita masih berada di mana?  seteguh Saidina Umarkah keberanian dan tawadduk kepada Allah?

KETELITIAN IMAM SYAFI'I

Suatu hari Imam Syafi'i keluar menunggang unta. Seorang lelaki yang melihat Imam Syafi'i dari jauh terus meluru ke arah beliau dan lantas menemuinya. lelaki yang mengenali Imam Syafi'i yang sangat alim dalam pelbagai cabang Ilmu berminat untuk menguji Sejauh mana kredibiliti Imam Syafi'i sebagai seorang ulamak terkenal.

Lelaki itu bertanyakan soalan kepada Imam Syafi'i 

"Wahai Imam Syafi'i, berapakah bilangan kaki unta yang tuan tunggangi ini?"

Imam Syafi'i lantas turun dari unta tunggangannya sebaik mendengar soalan itu dan terus mengira kaki unta itu satu persatu. Lelaki yang melihat tindakan Imam Syafi'i itu berasa amat kagum dengan tindakan Imam Syafi'i dan terus bertanyakan soalan sekali lagi;

" Kenapa Tuan sanggup  mengira kaki-kaki unta itu? Bukankah kita semua sudah tahu, unta kakinya memang empat?

Lalu Imam Syafi'i menjawab;

" Mana tahu jika Allah mahu menciptakan unta berkaki lima"

Lihat betapa telitinya Beliau sebagai Ulamak dan tingginya kredibiliti beliau kerana tidak langsung memandang sesuatu perkara itu remeh. Beliau benar-benar ingin memberikan jawapan yang tepat tanpa keraguan sedikitpun atau was-was.

PENGAJARAN DEMI PENGAJARAN

Nah! satu lagi pengajaran sebagai tunjuk ajar dalam kehidupan kita. bagaimana setiap inci jawapan yang penuh dengan ketelitian dan baru di jawab tanpa ragu-ragu. Betapa kita perlu mendalami sesuatu Ilmu itu baru kita mendapat berhujah dengan bijaksana. dan baru islam itu kukuh dengan umatnya yang kukuh pegangan agamanya serta ketinggian ilmu dan kredibilitinya.

Cuba kita bayangkan jika kita pergi ke satu tempat atau  kerja yang bukan bidang kita, dan ada orang minta untuk menerangkan lebih terperinci tentang  bidang kerja itu. sedangkan itu bukan tempat atau kerja kita. mapukah kita menerangkan dengan teliti? saya kira kita hanya mampu menerangkan hanya dasar tidak akarnya.

Dan cuba pula kita diminta menerangkan tentang kerja kita dan itu adalah bidang dan kepakaran kita. Tetapi kita tidak mampu menerangkan tentang kerja kita. Tentu kita berasa malu bukan? Padahal itu adalah kerja kita seharian? samalah juga sekiranya kita seorang Islam, tetapi tidak mampu menerangkan tentang agama yang kita pegang dan kita tidak mampu menghuraikan atau berhujah tentang keindahan islam serta menceritakan perihal keteguhan Islam, tidakkah kita berasa malu dengan diri kita sendiri? 

Begitu juga dengan terkisahnya kisah Saidina Umar. Dia sendiri berasa bersalah akan hal-hal yang menghubungkan beliau dengan manusia. Bagaimana beliau menyakiti hati orang lain, beliau juga ingin merasa kesakitan yang telah beliau lakukan dengan memukul badannya sendiri. mampukah kita? sedangkan berpuluh bahkan beratus orang yang telah kita sakiti saban hari dan waktu? Tidakkah kita sedar??

TEPUK DADA TANYA IMAN



Imam Ghazali pernah berkata, perkara yang paling tajam daripada mata pedang adalah LIDAH... . perkara paling jauh dengan kita adalah MASA LAMPAU...perkara dekat dengan kita adalah MATI....

Beringatlah sebelum mata tertutup dan nadi berhenti berdenyut...



Monday 16 September 2013

ISTIDRAJ DAN JUGA UJIAN DARI ALLAH

IMBASAN

Sebelum saya menjadi seorang yang bekerjaya banyak yang telah saya tempuh. So far, kesedihan, keperitan dan kegembiraan seiring dengan segala penat lelah saya sehingga ke hari ini.

Pernah dahulu semasa saya di tingkatan 5, sekolah berasrama saya menduduki SPM. Biasalah sangat gerun untuk kita menduduki peperiksaan yang menentukan arah tuju kita. Jadi solat 5 waktu yang wajib sememangnya tuntutan dari Allah tidak pernah lekang begitu juga solat sunat yang membantu menenangkan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. 

Setelah selesai semua tiba pula untuk mengambil keputusan SPM. Keputusannya tidak memberangsangkan namun masih berpeluang mendapat tempat di university tempatan yang boleh di katakan antara 50 terbaik di ranking dunia (well-known jugaklah tu) . Alhamdulillah. Dengan izin Allah.

Namun, ada sedikit terdetik di hati. Aku tidak pernah tinggalkan solat. Solat sunat juga seiring aku lakukan. Tapi kenapa rakan-rakan yang lain yang  tidak lengkap solatnya, gemar melakukan maksiat, dan ada yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya  mendapat keputusan yang baik belaka?? Mendapat peluang belajar di luar Negara??

Lantas saya terfikir sejenak. Di mana kesilapan saya yang Allah tidak berikan peluang yang sama dengan rakan-rakan untuk saya?

Istidraj menjawab teka-teki di pemikiran saya.

ISTIDRAJ DAN KISAH QARUN

ISTIDRAJ merujuk kepada seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan  walaupun dia hamba Allah yang lalai dan tidak taat , tetapi Allah masih memberikan segala kejayaan,harta kekayaan dan rezeki itu dan dia menjadi lebih jauh daripada Allah. Kebiasaanya insan istidraj ini adalah mereka yg tidak berusaha mengenali islam dan Allah dalam kehidupannya.


Contoh yang mudah di kaitkan dengan istidraj ialah QARUN.mesti kalian masih ingat kisah QARUN yang hidup pada zaman NABI MUSA A.S bukan? Hartanya melimpah ruah dansemakin bertambah dari sehari ke sehari. NABI MUSA A.S mengingatkan bahawa harta kekayaan yang dimiliki QARUN adalah dari Allah. Namun QARUN dengan angkuhnya menjawab dalam surah  Al-Qasas:78;

“Aku mendapat harta kekayaan ini disebabkanpengatahuan dan kepandaian yang ada pada aku”

Sungguh angkuh kata-kata QARUN. Dia ternyata telah jauh dari Allah. Namun kuasa Allah itu ternyata lebih hebatnya. Akhirnya Allah menenggelamkan QARUN ke dalam bumi dengan seluruh hartanya sperti di dalam Surah Qasas: 81

“Kami timbus dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah. Tidak ada sesiapa pun dapat menolongnya daripada azab Allah dan dia tidak dapat menolong dirinya sendiri”

NAH!! Kepandaian dan pengetahuan QARUN sendiri pun tidak dapat menolongnya dari ditenggelamkan oleh kuasa Allah.

ALLAH MASIH MENGUJI

Ada antara kita yang menjaga hubungan baik dengan Allah tetapi masih tidak diberikan kesempatan untuk mendapat apa yang di impikan.  Contohnya ada antara sahabat saya yang belum lagi bekerja malah masih lagi berjuang untuk menghabiskan study walaupun telah cuba sedaya upaya mengatur langkah dan strategy. So, percayalah ini adalah sebahagian daripada ujian Allah. Dari surah Al-Ankabut:2

“Adakah manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata ‘kami sudah beriman,sedangkan mereka itubelum di uji?”

Lihat!! Betapa Allah ingin menguji para hambaNya yang beriman kepadaNya. Kerana Dia menjajnjikan syurga untuk orang-orang yang beriman atas rahmatNya.

Teringat kata-kata orang yang dekat dengan saya. Di saat dia jatuh kerana keputusan yang teruk , dia dengan tenangnya berkata mungkin Allah tidak berikan kejayaan pada dia di saat ini, tetapi mungkin  akan dtg Allah berikan untuknya sesuatu yang lebih baik. Betapa dirinya bersangka baik kepada Allah. Sedangkan hakikatnya kesedihan sedang melanda hatinya.  Saya sangat kagum melihat dia berlapang dada menerima ujian dari Allah.

ALLAH TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHU TAPI APA YANG KITA PERLU

Masa saya  dah graduate, setelah berhempas pulas mentelaah saya memohon pekerjaan di ibu kota kerana saya merasakan bahawa saya sudah biasa berada di ibu kota kerana senang untuk berjalan-jalan, dan gaji di ibu kota agak lumayan. Namun berpuluh bahkan beratus tempat yang saya mohon, tetapi masih tidak dapat. Rakan-rakan yang lain yang resultnya lebih rendah dari saya dapat pula.

Setelah itu saya memohon pekerjaan  di kampong sahaja. Alahamdulillah berkat doa ibu tercinta saya dapat pekerjaan dekat sahaja dengan rumah saya.  Setelah hampir setahun bekerja, baru saya terfikir, kenapa Allah hantar saya bekerja di kampong saya.

Bila difikirkan kembali, kerja di kampong membuatkan saya dekat dengan ibu saya. Dapat menjaga beliau. Setelah sekian lama berjauhan dengannya tambahan dia juga telah meningkat usia. 

Lihat, cantikkan perancangan Allah. Malah saya dijauhkan dari ‘jam’ atau kesesakan lalu lintas seperti kawan-kawan yang mengeluh setiap kali balik dari tempat kerja di ibu kota dan juga terpaksa berasak-asak ketika mahu menaiki kenderaan awam. Hakikatnya sy memang tidak suka mengahadapi keadaan yang sebegitu. Terpaksa berhimpit-himpit dengan lelaki. Jika kesesakan pulak terpaksa menghadapi dalam keadaan marah-marah. Sungguh tekanan.

 Indahkan apa yang Allah rencanakan untuk saya? Dia memberikan apa yang saya perlu tidak apa yang saya mahu. Walaupun gaji saya sebagai engineer tidak semewah engineer di ibu kota, tapi saya tidak perlu membazirkan duit setiap hujung minggu untuk keluar shopping atau berjalan-jalan di shopping complex. Malah minyak pun jimat sebab terhindar dari JAM.MEMANG JIMAT!!

Kepada sahabat-sahabat, jangan kita bersangka buruk atas tiap apa yang berlaku kepada diri kita. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.Dia juga telah merancanakan yang terindah buat kehidupan kalian.

 Sesungguhnya  Dia tidak memberikan apa yang kalian mahu, tetapi dia memberikan apa yang kalian perlu. Jadi bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur atas setiap yang telah kita nikmati sehingga ke hari ini


“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
(Al-Anbiya’ 21:35)

SUBHANALLAH....


Sunday 15 September 2013

Sahaja Aku mencintaiMu - Ajwad Amal

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian bermanfaat buat kalian. Daripadan Terbitan Tarbiah Rohani Galeri Ilmu Berjudul Sahaja Aku Mencintai-Mu. memaparkan sebuah perjalanan cinta abadi daripada Pencinta Yang Hakiki.

Saya Baru mendapatkan buku ini Walaupun belum menghabiskan segala bait-bait dan coretan penulis, tetapi jalan cerita yang cuba di ketengahkan sangat mudah difahami dan turut menggunakan logik akal selain Hadith-hadith dan Kalamullah untuk orang-orang yang baharu dalam mencintai Allah untuk memahaminya.



Penulis banyak menggunakan kisah-kisah kehidupan sebagai satu contoh samada di sekeliling ataupun kisah Rasulullah dan sahabatnya  untuk pembaca lebih memahami.

Untuk pengisian rohani pada pendapat saya harga sesuatu buku tidak perlu menjadi ukuran kerana Allah telah memberi kita segala nikmat tanpa perlu dibayar walaupun satu sen. Tapi untuk kita mengisi dan mendekatkan diri dengan Allah kita merasa sangat bakhil? Nauzubillah...

"Belum sampaikah masanya untuk mereka beriman, khusyuk mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran Al-Quran? jangan pula mereka seperti orang-orang yang diberikan kitab sebelum mereka. Apabila orang-orang itu melalui masa yang lanjut, hati mereka menjadi keras dan banyak antara mereka adalah golongan yang fasik"
(AL-HADID:16 )

Saturday 14 September 2013

Hikmah Di sebalik Dugaan dan Ujian

Bismillahirrahmanirrahim.....

Malam kian berlabuh mengantikan subuh yang mahu menjengah. Namun ada insan-insan yang sedang di Uji oleh Allah s.w.t..Di saat ini, imannya sedang diuji. hatinya sedang teruji. Namun. pernahkah kita terfikir kenapa dan mengapa Allah menguji kita?

Ada segelintir dari kita diuji dengan kehilangan orang tersayang...Sama ada Pergi menghadap Ilahi ataupun ditinggalkan.. diuji dengan kemiskinan...diuji dengan penderitaan seperti kesakitan...bahkan ada yang sedang diuji dengan semua yang telah saya nyatakan sekaligus...SUBHANALLAH!! Maha Suci Allah...

Pernah kita terfikir Kenapa dan Mengapa?

Sejenak kita perlu bermuhasabah...Allah datangkan sedikit kesulitan serta penderitaan buat Ingatan dan Peringatan bahawa Allah masih sygkan kita.

Kadang-kadang kita perlu mengingati setiap apa yang telah kita lakukan. Segelintir kita pernah melakukan maksiat. sebahagian kita tidak pernah bersujud bersyukur dengan segala yang telah Allah berikan percuma. nikmat yang Allah berikan udara yang tidak pernah kurang buat kita hambaNya. Tapi ada yang tidak pernah Menadah tangan keatas melahirkan rasa syukur. Bahkan lebih riak dan takabbur dengan Nikmat Allah.

Jadi..dengan ujian yang telah diberikan ini..adalah satu tanda dan ingatan dari Allah kita kembali ke Jalan Allah.

"Tidaklah Allah memberatimu Di Luar kemampuanmu". 

Nah! Jelas Allah telah jelas di dalam AlQuran telah Allah nyatakan . Jadi apabila dtgnya setiap uijian itu. kembalilah Bertaubat dan meminta ampun dengan segala yang telah kita lakukan sebelum ini. Boleh jadi apabila kita mungkar dengan Allah, ini peringatan yang lembut supaya kita berbalik kepada pencipta kita.

"kegembiraan merupakan nikmat dari Allah dan Kesedihan dan kehilangan adalah Tarbiyyah dari Allah"

Jgn pernah kita kering untuk bertaubat. Sedangkan Allah tidak pernah berhenti menerima taubat hambaNya.

Atas dugaan dan ujian itu, jgn kita salahkan Allah. Malah bersyukurlah. Tidak ada Tarbiyyah yang terbaik selain dugaan dan ujian dari Allah.

Luruskan kembali langkahmu. Buat U-Turn untuk berada di landasan yang betul. Jgn kita rasa Kita akan hidup untuk 1000 tahun lagi.

Jangan kita menunggu matahari terbit keesokan harinya baru tersedar dan bermuhasabah. Tidak perlu menunggu untuk bertaubat. kerana hari esok belum tentu kita dapat melihat indahnya sang mentari terbit lagi..

BUAT SANG PENDOSA



Assalamualaikum....

Blog pertama yang dihasilkan atas nama 'SEEKING MARDHATILLAH' in Malay 'MENCARI REDHA ALLAH' Alhamdulillah dapat disempurnakan. Sudah lama ingin sekali mecipta blog hasil nukilan,buat muhasabah semua dan diri sendiri. Akhirnya Allah membuka ruang dan kelapangan untuk bersama-sama berkongsi serba sedikit ilmu, ataupun bingkisan untuk pengisian semua.

bertitik tolak dari setiap pengalaman, keperitan dan kemanisan yang telah direncanakan dan tertakdir ini, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua buat motivasi harian kita. moga sama-sama kita beroleh manfaat. In Sha Allah..

'Optimislah, meskipun anda berada di tengah-tengah badai dan angin taufan'

Untuk kita seorang hamba yang tidak pernah kering dari melakukan dosa...ingatlah bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka. dan Allah tidak pernah berhenti menerima taubat hambanya.

mari membersihkan Hati..meluruskan jalan yang bengkok....dan menambah baikkan setiap amalan..

AYUH!!!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya"