SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 25 January 2015

MAKMUM MASBUQ, MUWAFIQ

Assalamualaikum semua. Moga sihat dirahmati Allah hendaknya. Saya terpanggil untuk berkongsi tentang Makmum Masbuq and Muafiq dek kerana kawan-kawan saya bertanyakan hal ini. So untuk keterangan yang jelas penyampaiannya saya membuat sedikit research dan rujukan supaya tidak menjadi berat penerimaan kepada mereka yang bertanyakan saya.Alhamdulillah semua dihujung jari, cuma nak kena pastikan sahih dan mudah difahami. So, setelah saya ganbung, tambah dan olah sedikit ayat, dibawah ini adalah hasilnya. Dan jika ingin lebih lagi, boleh refer link kat bawah sekali ye. Moga bermanfaat. Wallahu'alam.

Masbuq membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang tidak ada kesempatan untuk menyempurnakan bacaan fatihahnya.
Apa itu makmum masbuk
Makmum yang tak sempt berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah.

■Fatihah makmum ditanggung oleh imam, jika imam rukuk, makmum boleh terus rukuk tanpa menghabiskan bacaan fatihah.
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam 3 rukun biasa. (semua termasuk, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dll)
■contohnya: Saya tiba di surau, imam sudah pun baca surah selepas fatihah. saya takbiratulihram, dan terus saya baca fatihah, belum sempat saya habis fatihah, imam pun rukuk. Jadi saya tak perlu habiskan fatihah, dan terus rukuk – kerana imam dah menanggung fatihah

Andainya didapati imam sedang berdiri di dalam bacaannya, orang yang masbuq berasa khuatir kalau-kalau ia tidak sempat menyempurnakan bacaan fatihahnya maka bolehlah tinggalkan bacaan doa iftitahnya. Ertinya sempat selepas takbiratul ihram terus sahaja membaca fatihah. Jika imam rukuk waktu ia belum selesai fatihah, terus sahaja turut rukuk, bersama-sama. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

‘Sesiapa mendapat satu rakaat sembahyang besama imam sesungguhnya ia telah mendapat pahala berjamaah’

Andainya kita dapati imam sedang sujud atau sedang membaca tasyahhud (tahiyat) hendaklah kita mengangkat takbiratul ihram dan terus turut sujud atau duduk membaca tasyahhud bersama-sama imam dan mengikut segala perbuatannya pada waktu itu. Akan tetapi ia tidak boleh dihitung sebagai mendapat rakaat; ia hanya mendapat pahala berjamaah sahaja. Bila imam memberi salam, janganlah kita mengikutnya, tetapi kita hendaklah bangun menyempurnakan rakaat sembahyang kita hingga selesai.
__________________________________________________-
Muafiq pula membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang sempat membaca surah al-Fatihah dari awal hingga akhirnya.
Apa itu makmum muafik

Makmum yang sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah (maknanya kalau dia baca fatihah, memang sempat berdiri bersama-sama imam)

■Makmum perlu baca fatihah
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukun panjang ni – rukuk, sujud, (iktidal dan duduk antara 2 sujud tak dikira sebagai rukun panjang))
■contohnya Saya tiba disurau, saya takbiratulihram, kemudian dengar imam baca fatihah daripada awal hingga akhir. (solat isya) Apabila imam selesai baca fatihah, saya pun mula baca fatihah, dan imam pun baca surah yang pendek, belum sempat saya habis fatihah, imam dah rukuk, kemudian iktidal. Saya kena habiskan fatihah sebab saya dah tergolong dalam ma’mum muafik. Jadi saya perlu habiskan fatihah, kemudian rukuk dan iktidal.
_______________________________________________
Saya beruntung kerana soal masbuq dan muafiq ini telah dikhatamkan masa saya belajar di sekolah menengah sains tun syed sheh shahabudin. Alhamdulillah. Sekolah asrama adalah tentang kehidupan berdikari. Bergantung bagaimana pembawakan seseorang di sekolah asrama itu. Ada setengahnya menjadi liar dan tidak terurus. apa yang saya boleh katakan, bergantung pada bagaimana ibu bapa mereka monitor anak2.

Sekolah asrama bukan tempat untuk lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru dan warden untuk mendidik sahsiah anak-anak. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, rakan-rakan yang ibu bapanya tidak endah akan mereka, kebanyakannya mereka ini agak liar. Tetapi saya puji mereka kerana mereka kebanyakannya bijak dan pandai.

Jadi ibubapa diluar sana, janganlah takut untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh. kerana saya juga turut bersekolah diasrama penuh. Kebanyakan asas fardhu ain yang kukuh saya belajar disana kerana keadaanya lebih terkawal, waktu lebih banyak dihabiskan disekolah belajar dan activity menyempurnakan seharian saya di sekolah.

Saya akui, masa disekolah dahulu saya terfikir, kenapa perlu nya saya belajar hal itu dan ini. Bila saya dah meningkat dewasa, saya mula faham, rupanya diluar sana terlalu ramai yang singkat asas fardhu ainnya. terlalu ramai yang tahu tidak tahu tapi tidak mahu belajar. Dan dari situ wujudnya perasaan syukur dalam diri saya. Alhamdulillah atas kurnia dan perancanganNya untuk saya. Walaupun saya tidak membantu banyak, tapi sekurang-kurangnya saya dapat membantu kawan-kawan yang terdekat dengan saya utnuk belajar dan dalam masa yang sama dapat refresh kan diri saya yang terkadang lupa.

so di bawah adalah link yang boleh dirujuk oleh anda;



 



 

Thursday 1 January 2015

2015

Assalamualaikum sahabat semua. Alhamdulillah Biiznillah saya dapat menaip entry yang pertama bagi tahun 2015 ini. Allah masih memberi ruang dan peluang buat saya menambah amal, memperbaiki diri dan bermuhasabah atas setiap kesilapan dan dosa yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya. Allah masih mengizinkan saya menghirup udaranya dengan percuma dalam keadaan penuh kesyukuran. Allah masih memberikan saya ruang dan peluang untuk saya menambah Ilmu. Bagaimana dengan kalian?

Saya rasa kita semua diberi oleh Allah masa dan ketika buat kesekian kalinya bernafas di bumi Allah ini. Teramatlah sombongnya kita jika tiada sedetik di dalam hati rasa syukur kepadaNya. Barangkali terlupa dengan  F.O.C udara nyaman. Barangkali terlupa F.O.C hujan yang diturunkan. Apapun jangan sekali kita kufur nikmat yang Allah kirimkan buat kita.

2014...tahun yang penuh mencabar buat saya. Tahun yang membuatkan hati saya dirundung kesedihan berpanjangan. Bukan tidak redha dengan sesuatu yang ditetapkan, namun ada sedikit rasa sedih dan pilu yang masih terbuku lagi. Menyedari setiap kejadian itu penuh dengan hikmah yang indah, hati perlahan menjadi kental dan tenang. Perancangan Allah itu lebih hebat. Masakan saya mampu menandingi perancangan yang telah ditetapkan olehNya? Subhanallah. Satu persatu episode duka saya bukukan menjadi titik permulaan yang baru.Menjadikan setiap kesilapan yang telah saya lakukan sebagai guru yang paling berharga buat saya.

Pada permulaan 2014 agak lancar, sampainya ditengah 2014 kesedihan menjengah menyapa hati saya yang lara. Saat itu Allah hantarkan saya rakan-rakan yang penuh dengan motivasi dan penuh dengan cerita suka dan duka silap dan dosa buat pengajran kepada saya. Seolah Allah hantarkan kepada saya satu kisah yang saya lihat di dalam drama. Seolah Allah memberi amaran kepada saya bahawa ramai lagi yang kehidupannya lebih jauh diuji, namun Hidayah Allah itu terlalu luas. Hidayah Allah itu dalam pelbagai cara dan bentuk. Subhanallah. Itulah kawan-kawan saya tercinta di UM. Tiap kali saya berdoa saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pemberian Sahabat yang sangat berharga. Demi Allah, saya tidak pernah terbayangkan dapat bertemu mereka. Seolahnya mereka menadi sebahagian kekuatan saya dalam menempuh segala kesedihan.

Tahun 2014..tahun yang penuh ujian buat saya. Ujian Hati, Ujian kerja, Ujian Ketenangan. Allah sahaja yang mengetahui betapa saya terpaksa gembira dihadapan orang lain saat hati saya menangis kesedihan. Allah sahaja yang tahu betapa saya seperti kuat di hadapan insan lain, sedangkan airmata sentiasa gugur di saat tangan diangkat menadah doa. Bukanlah Sesuatu yang asing pada orang lain jika saya katakan hati saya snagt bersedih. Namun sifat saya yang tidak suka bercerita kesedihan dan menangis di depan insan lain terutama keluarga membuatkan saya terluka yang amat Parah didalam tanpa disedari. Allah sahaja yang tahu saat saya bergembira mengusik ibu dan kakak, namun di saat tidur saya menagis keseorangan. Ya saya tidak kering airmata sepanjang tahun 2014. Pengakhirannya 2014, saya semakin kuat. benarlah, bila kita kuatkan dengan Amal ibadah kepada Allah, Allah memang memberikan kekuatan yang extra odinary kepada kita. Sungguh saya merasainya sendiri.

Sesampainya 2014 hampir melabuhkan tirai, saya bermuhasabah buat diri yang penuh kesilapan ini. Masakan Allah memberikan kesdihan jika tidak untuk merawat hati yang parah dek kelalaian duniawi. masakanAllah kirimkan hadiah buat saya jika tidak demi membetulkan kesalahan saya. Ya Allah Allah Maha Besar. Betapa hikmah yang terkandung itu seolah-olah membuatkan saya semakin kuat, hati yang luka, saya jahit kembali. Biarlah apapun urusan Allah terhadap jodoh saya saya terima. Saya tidak mahu menyibuk dalam apa ynag terbaik untuk saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya dia yang lebih mengetahui. Bila saya menghafal surah Ar rahman dengan maknanya sekali, saya seolah diketuk hati saya untuk tidak menjadi salah seorang insan yang mendustakan nikmat Allah, sedangkan pelbagai macam nikamat yang telah Allah kurniakan. Nikmat Ilmu, nikmat membuat kek, nikmat rezeki yang Allah hantar kepada saya. Saya dah mampu mengambil tempahan untuk membuat kek orang lain. saya dah banyak belajar tentang itu. Dalam beribu nikmat, kenapa nikmat pasangan yang saya perlu fikirkan? Astagfirullahal A'zim. Lalainya saya.

2014 juga di hari lahir saya, MH370 hilang tanpa jejak. seolahnya ghaib tanpa kata. MH17 di tembak jatuh  tanpa seorang pun yang hidup, QZ airasia hilan dari radar dan tiada semua pun yang terselamat. Allahu...dan penutupnya, banjir yang meranapkan sekalian rumah yang penghuninya terpaksa lari akur dengan kehilangan segalanya. Betapa Malayisa sedang di Uji. Atas berbagai nikmat yang kita kecapi, Allah turunkan bencana buat Kita supaya tersentak dan tersedar bahawa semua ini adalah pinjaman, jangan lalai dan leka dengan hiburan, jangan menzalimi diri, jangan mendustakan Allah. Betapa Allah mengetuk satu persatu bencana untuk diturunkan buat kesedaran kita bahwasanya setinggi mana kita, akhir sekali dahi akan menyembah bumi bersujud kepada Allah. Setinggi mana pangkat darjat dan harta ynag kita miliki, akhirnya tiada kemana-mana. Muhasabah buat saya yang terkadnag Alpa dan Leka.

buat Pembaca yang sudi membaca bait-bait coretan saya ini, Mudah-mudahan 2015 menjadi tahun kegembiraan buat kita semua, menjadi kekuatan buat kita. Moga apa yang hilang Allah mengizinkan untuk pulang, jika tidak menggantikan yang baru. Moga yang kuat, dipertingkatkan lagi. Tahun ini kita menempuh GST. saya yang sependapat dengan kawan saya, tahun ini agak mencabar pada kami.

Ya Allah,
Berikan ku kekuatan untuk menempuh satu lagi tahun yang engkau pinjamkan kepadaku,
Balaslah kasih sayang Mu kepada semua insan yang menyayangiku
Berikanlah kami semua ketenangan yang berganda'
Agar kami menempuh setiap ujianMu dengan tenang dan Redha.

Salam 2015
RNZRAS