SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 19 January 2014

CARA-CARA MEMBALAS RINDU DAN SAYANG RASULULLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga saya satu lagi kekuatan mengukir dan berkongsi sedikit ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi di kelas fardhu ain muslimat di Masjid Bidor pagi tadi jam 9.00AM-10AM. Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan kepada saya dan ibu saya untuk menghadiri program Muzakarah bersama ustaz Fauzi. Kelasnya santai sahaja membuatkan glongan warga emas yang menghadiri teruja dan seronok untuk mendengar. Maklumlah, golongan warga emas lebih cepat mengantuk jika penyampaiannya serius sahaja. Ini dari amatan saya yang menghadiri ke kelas ini setiap hari ahad pagi.
Tajuk pada hari ini adalah bagaimana membalas sayang dan rindu nabi kepada umatnya.

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”
Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulallah.”

Balas Rasulullah, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, “Para nabi, ya Rasulallah.”

Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu, kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah, “Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka….”

Allahuakbar!!


Betapa rindunya Rasulullah terhadap kita yang tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi Percaya dan beriman serta setia dengan ajaran  baginda. Jadi bagaimana lagi cara untuk membalas rindu Rasul Allah yang kita sayangi ini? Dengan mengangkat sunnah Rasulullah SAW

1. Tahajjud 
   -Tahajjud(bangun malam) ini, baginda mewajibkan ke atas diri baginda SAW
   -Kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya

2. Qiamullail
   - Qiamullail walauoun hanya dengan sepemerah susu kambing

3. Melazimi Baca Quran sebelum terbit Fajjar Sadiq
  
4. Jaga Solat Dhuha 
   - kerana Solat Dhuha itu merupakan kunci rezeki

5.Jaga Sedeqah

6.Jaga Wudhu' terus menerus
  - "Kerana Allah menyayangi hambanya yang berwudhu'"
  - Orang yang sentiasa berwudhu. seolah-olah sentiasa berada dalam solat, dan malaikat      akan mendoakan dua perkara iaitu Ampunkan dosanya dan menyayanginya.

7. Amalkan Istighfar
   - Istighfar memohon keampunan dan dosa ber'adat' yang seharian kita lakukan.

ketujuh-tujuh ini adalah cara untuk kita membalas Rindu Rasulullah terhadap umatnya..Kepada sesiapa yang tidak boleh melakukan semuanya, janganlah tinggal semuanya, buatlah satu untuk mebalas rindu Nabi muhammad SAW kepada kita.

Bukan sekadar kita mmenyambut maulidurrasul penuh kemegahan dan semangat cintakan nabi. Namun semangat itu lenyap sesudah habisnya sambutan maulidurrasul itu. Dimana nilai kita? Hanya sejam sahaja cintakan nabi? Jika Cintakan nabi, hidupkan Sunnahnya setiap hari dan berterusan. bukan sejam dua.

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.dan hari ini adalah lebih baik dari semalam.''

Wallahualam

No comments:

Post a Comment