SEEKING MARDHATILLAH

Friday 10 January 2014

SABAH DAY 2: MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH

HARI KEDUA
Alhamdulillah…Hari ke-2 menjelma. Hari kedua Kami Plan ke Kundasang.Perjalan dalam 2.5 jam mengikut driver. Pukul 6 di Sabah seperti pukul 8 di semenanjung terang benderang.Kami pun bersarapan di restoran Ala-ala mamak tapi tak berapa mamaknya berdekatan hotel kami.Buat panduan, atau pun sebagai peringatan, makanan di Sabah sangatlah mahal. Roti Sardin RM 5.00. Dan kalau boleh janganlah makan nasi campur. Sebab mama say ambil nasi putih separuh, telur masin sebijik, sayur sikit, RM5.00.Fuhh.. geleng kepala. Tapi yelah duduk di sini serba-serbi memang mahal.
So setelah usai bersantap pagi, kami pun bergerak ke KUNDASANG.Apa yang best di Kundasang? Jom kita tengok satu persatu. Di kundasang cuaca sangat sejuk tambahan kalau sudah sampai di puncak atas. Kiri dan kanan terpampang ciptaan Allah yang sangat Indah. Subhanallah. Memang takkan berhenti mengucapkan kebesaran Allah Di dalam hati. Kiri kanan terlakar gunung-gunung penuh menghijau dan sangat segar kehijaun.
perjalanan ke kundasang
Checkpoint pertama kami adalah Pekan Nabalu.PekanNabalu menjual pelbagai barangan cenderahati buat kawan-kawan dan saudara-mara.Harganya lebih murah dari Pasar Gaia, Pasar Payar.Cenderamata yang dijual seperti kain batik lepas yang pelbagai corak.T-shirt yang murah, dan jajan selain keychain, coin purse, and teddy bear.Dekat sini pun dah terasa kesejukan dan Nampak puncak gunung KK.Keadaan seperti di Brincang Cameron Highland, tapi lagi sejuk. Di sini juga ada menjual kerepek ubi madu yang rangup, besar dan sedap. Selain itu juga ada menjual beras pulut yang sangat bersih
Di pekan nabalu
Pekan Nabalu Tower
Checkpoint kedua kami adalah Nabalu Park.Masuk RM 3.00/Pax.Dalam Nabalu park ni ada hotel yang betul-betul menghadap gunung KK.Kami sempat merakam gambar berlatar belakangkan Gunung KK. SejuknyaYa Allah memang terasa ketulang.Sejuk sangat2 ditambah pula dengan Angin yang bertiup kencang.Sebenarnya Di Nabalu Park ni boleh kita nikmati pelbagai aktiviti, antaranya Ke kaki gunung KK, ada taman yang seperti TITI boleh kita jalan. Tapi disebabkan kami kesuntukan masa dan ingin pergi ketempat lain, Jadi aktiviti kami sedikit terhad. Namun secebis kenangan sudah cukup menggembirakan.
Officemate yang Happening Di Nabalu Park

Di sekitar Nabalu park bersama bonda tersayang

Checkpoint kami yang ke3 ialah Diary Farm.Harga tiket RM4.00/Pax. Sungguh, Jujur saya cakap, inilah tempat yang indah. Sama seperti di New Zealand.Tempatnya betul-betul berada di puncak gunung.Penuh dengan Lembu New Zealand yang sehat-sehat. Dan kita memang Nampak puncak gunung KK dekat sahaja dengan kita.Tempatnya memang sejuk sesangat. Kami kedalam bangunan di Diary Farm tu. Ada jual Aiskrim susu segar vanilla, souvenier dan susu segar betul2 segar. Di bahagian belakang bangunan pula ada tempat untuk feeding anak lembu and anak kambing.Susu botol kecik atau Rumput segar RM 1.00.Kami memang tidak terlepas merakam detik-detik indah di puncak gunung yang sangat hamper dengan puncak gunung KK. Bertentangan pada diary farm ada satu masjid atas bukit. Masjid itu baru hendak renovate dan di atas lagi ada sebuah resort and spa heritage. Pada saya, sekiranya hendak menikmatai pemandangan di kundasang, lebih baik terus ke hotel tersebut. Lebih baik. Kerana semua tempat kebanyakannya ada di kundasang. Tempatnya sejuk teramat.
Sesampai si Diary Farm
Berlatar belakangkan Gunung KK

Lembu New Zealand yang sehat-sehat
Di Diary Farm; Gunung KK lebih Jelas Subhanallah




Pekan Kudasang
Cattle feeding
Checkpoint yang ke-4 ialah hot spring.Saya tidak berapa gemar sangat hotspring, jadi saya rasa biasa sahaja.Cuma tempat mereka buat Nampak unik.Macam ada kolam kecil untuk berendam.Tempatnya juga besar.Bayaran Kemasukan RM5.00 jika tak silap untuk orang tempatan dan perlu tunjuk IC.
Checkpoint ke-4 Ikan gigit-gigit. Ikan gigit-gigit ni pada saya mahal masuk dia. RM5.00 hanya rendam kaki dan hanya 10 minit sahaja. Untuk harga mandi lain pula dan masa yang dibenarkan hanya 10 ringgit. Tapi seriously, sungai dia sangat cantik. Jernih pasir pun bersih dan halus. Di sini juga
Ada lagi tempat-tempat menarik, seperti melihat keindahan reflesia. Namun di sebabkan kekangan masa, kami hanya memilih tempat-tempat yang saya nyatakan di atas sahaja. Setelah itu kami terus pulang ke hotel di KK. Perjalanan agak memenatkan, namu sangat menyeronokkan, apa lagi dapat menikmati keindahan yang dapat mengagungkan Penciptanya.

To be continue….

















No comments:

Post a Comment