SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 29 September 2013

MARTABATKAN ISLAM DI MANA KAKI BERPIJAK

ISLAM DI FAHAMI OLEH AGAMA DAN BANGSA LAIN

Saya bekerja di badan swasta iaitu syarikat Jepun yang top management nya boleh dikatakan majoriti adalah chinese. jadi minded sesetengah orang akan meletakkan, "Ah kerja di syarikat jepun pasti islam itu tidak berapa ditegakkan" ataupun "mesti mereka tidak menjaga kebajikan pekerja yang islam mahu bersolat atau pun mengambil kira di bulan Ramadhan. ANDA TERNYATA SEKALI SILAP!!

Saya tidaklah membagakan atau mengangkat tempat saya bekerja.Maklumlah, tempat saya bekerja hanya di kawasan pendalaman.  Tetapi mereka menjaga kebajikan pekerja yang islam majoriti di tempat saya bekerja itu. Contohnya rehat operator adalah pukul 12pm-12.30pm. tentu semua tidak mendapat peluang untuk solat zohor bukan? tetapi  ada lagi satu rehat iaitu pukul 3pm-3.10pm. Yang beragama islam boleh terus ke surau untuk menunaikan kewajipan kepada Pencipta teragung. begitu juga masa hari jumaat. Rehat adalah pukul 12.45pm-2.20pm. 

Saya kira ckup bukan? Dan di bulan Ramadhan pula, pihak top management telah mengadjust masa berehat lebih panjang supaya yang berpuasa dapat merehatkan diri sebelum kembali memulakan langkah mencari rezeki. Walaupun saya bukan salah seorang operator, tetapi saya juga dapat merasakan kepenatan sekiranya bekerja di bulan puasa. Namun itu adalah nikmat yang kita tidak akan dapat sekiranya kita tidak menghayati.

Setelah menerangkan sedikit benih sebelum kembali ke topik asal, pokoknya, berapa ramai memertabatkan islam dimana sahaja mereka berada? Kenapa saya mengupas tajuk ini? kerana saya sendiri melihat di tempat saya bekerja warganegara malaysia, muslim, mengaku islam tetapi tidak mengamalkan segala kewajipan yang Allah tetapkan sedangkan masih ada kesempatan. Semuanya tempat saya bekerja telah sediakan. Surau, Sejadah, Telekung, Masa dan hanya tinggal untuk membawa kaki sahaja melangkah. Mari saya bawakan kepada beberapa situasi. 

SITUASI 1: SOLAT JUMAAT

Tempat kerja saya mengamalkan "standardization" maksudnya pakaian kami akan sama. Pada hari jumaat, kami semua akan memakai baju yang sama dengan operator. Tidak kiralah top management pun akan pakai baju yang sama warna, tetapi size yang berbeza.

Tapi apa yang memalukan saya, apabila saya pergi ke kedai-kedai makan waktu yang sepatutnya semua orang sedang mendengar khutbah ataupun sedang bersolat, kaum adam di tempat saya yang hanya menunggu hidayah sampai tanpa mencarinya melepak di kedai-kedai makan sambil ketawa girang. Sudahlah tidak solat Jumaat, membawa lagi rakan-rakan perempuan tidak pun gilfriend masing-masing untuk sama-sama bergelak ketawa tanpa memikirkan umur ini tidak lah sentiasa panjang. Mula-mula saya bekerja, melihat keadaan ini, airmata saya bergenang. Allahu Robbi. mengapa mereka begini, sedangkan masih ada kesempatan dan masa yang diperuntukkan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.

Jika taraf hanya operator saya kira mungkin mereka tidak dididik dengan cukup sempurna agamanya kerana ada yang belajar separuh jalan. Tetapi, management sendiri, yang punyai degree, yang ada diploma pun turut sama bermaharajalela tanpa segan silu. Degree dunia tidak akan mampu membawa ke akhirat jika tiada PHD untuk akhirat wahai kaum adam.

Lantas saya membuat keputusan untuk tidak keluar rehat. Melihat mereka begitu merobek hati saya sebagai seorang Islam.Saya hanya berehat di office. Ada juga rakan kristian saya yang bertanya, "si polan si polan itu tidak pergi jumaat ke?" Nah! tersentak saya. Dia yang beragama kristian bertanya saya.bagaimana orang mahu menghormati Islam sedangkan kita yang seorang muslim dan islam tidak menghormati agama kita sendiri. Nyatijahnya, Islam hanya pada IC sahaja. Malukan?

Ada antara mereka yang rapat dengan saya, saya tegur. "Kita ni hidup tak panjang" "Macam mana mahu memimpin jika diri sendiri tidak terpimpin?" "Saya sebagai wanita mengharapkan seorang lelaki yang cukup solat 5 waktu dan solat jumaatnya" 

Apa kata mereka? " Awak kena cari Imam" "rilex la kan muda lagi?" " saya uzur hari ni".

Saya Hanya mampu menggeleng sambil beristighfar. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya tugas saya sebagai saudara sesama islam sudah selesai.


SITUASI 2: RAMADHAN QARIM

Kita semua baru sahaja melalui fasa yang tersangat dirindui oleh kita semua iaitu Bulan Ramadhan bukan? Tapi lain pula yang terjadi di tempat kerja saya. 50% lelaki tidak berpuasa. Astagafirullah. tahu kenapa saya berkata begitu? masa loceng rehat berbunyi, berderetan mereka ke tempat ruangan merokok. Saya yang melihat mereka di situ merasa geram dan benci di dalam hati. Yang paling sedih sekali, bukannya buat kerja yang berat seperti operator, tapi masih lagi tidak boleh berpuasa. Ada seorang yang tertangkap dengan saya sedang menikmati roti ikan bilis dan maruku di bahagian rak material yang tersorok. Bila terkantoi tahu malu!! sudah ada anak empat pun masih tidak boleh memimpin diri. Moga satu masa mendapat hidayah dari Allah.

Tidak kurang pula yang perempuan. Yang tidak boleh berpuasa berkejaran ke kantin makan secara terbuka. Astagfirullah. memang jika siapa yang melihat hanya mampu mengucap berkali-kali di dalam hati. Ada sekali pegawai bank dari BSN datang untuk siapa warga asing mahu kirim wang ke kampung halaman melihat situasi itu semua menggeleng kepala. Yang bertudung lebih ramai. Rakan wanita saya yang beragama kristian meluahkan rasa melihat keadaan itu "MALUNYA AKU TENGOK BUDAK2 NI BERTUDUNG BERHAMBAT KE KANTIN. MALU PADA ORANG BSN TU"

Hah!! dia berkata begitu malu pada orang BSN. Tapi mereka tidak malukah dengan Allah? Sedangakan rehat sudah dipanjanglan. maknanya yang kaum adam boleh berehat panjang. Bukankah nikmat berlapar di bulan Ramadhan itu sangat seronok? Yang hawa, memang kamu semua uzuzr syar'ie tapi tidak malukah kamu memberitahu dunia kamu sedang haid? orang yang bukan beragama islam pun terasa malu melihat majoriti islam berkeadaan begini.

Bagaimana mahu dikatakan mengajak bukan islam menyertai islam sedangkan Orang islam sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka? Islam tidak dimertabatkan oleh kita. kenapa? Tepuk dada tanya Iman.

PENGAKHIRAN

PUASA

Rasulullah saw bersabda:

 “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).

” Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “


SOLAT
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.( al-Baqarah : 110)

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya"            ( al-Baqarah : 238 -239)

KONKLUSI

Lihat ayat-ayat dia atas. sudah Allah terangkan apa kah kelebihan bersolat 5 waktu dan Berpuasa yang telah Rasulullah terangkan.

Kita sebagai seorang muslim dan Islam, tonjolkan kepada dunia bahawa islam itu terlalu indah. Terlalu cantik untuk dimiliki, dan tiada siapa yang rugi jika menjadi seorang muslim. Saya bangga menjadi seorang islam dan muslim. Kerana segala tentang Islam itu cantik, Indah dan Mudah. Kepada yang masih belum menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah, nasihat saya buat lah u-turn.  kembali lah kepada Tali Allah supaya lebih diredhai Allah dalam kehidupan sehari-hari. In Sha-Allah

Situasi yang saya nyatakan di atas adalah benar belaka. Semua terjadi di hadapan mata saya. Yang saya tangkap Tudak berpuasa itu, telah dua kali melakukan pembedahan mata keana ada sedikit ketumbuhan di kelopak mata, dan terbaru telinga beliau pula membengkak dengan nanah dan baru usai operation kecil. Lihat sahaja peringatan Allah telah berikan. Tapi kenapa manusia masih ingkar? perlukah satu lagi peringatan sehingga hampir terpisah roh dari jasad baru ingin bertaubat? Mesti kita sendiri merasa takut akan azab Allah itu. Namun peringatan tetap Allah berikan. Cuma manusia sedar atau masih leka. 

Kita boleh sahaja memertabatkan Islam di mana sahaja kita berpijak. Tidak perlu di mata dunia. Cukup dimana kita berpijak sekarang sebagai langkah pertama sebelum memertabatkan Islam di mata dunia. Jika sekeliling kita masih belum diperbetulkan macamana kita mahu mengetengahkan islam di mata dunia? Banggakan diri anda bahawa anda dilahirkan seorang muslim yang Allah sendiri telah menajanjikan segalanya sekiranya kita menjadi hamba terbaik untukNya. 

Kita yang masih ada iman ini, nasihatkanlah orang yang ada disekeliling kita. saya sendiri sentiasa menasihati yang mana rapat dengan saya supaya bergantunglah dengan Allah. di akhir zaman ini, segala yang haram dan salah itu kita rasa tiada apa ataupun biasa-biasa. Dan yang betul atau yang baik itu kita rasa salah. Jika mampu menegur dengan tangan, jika tidak mampu tegurah dengan lidah dan mulut jika tidak mampu hanya membenci di dalam hati, itu adalah selemah-lemah iman. 

Pokok pangkalnya Hati sendiri  adalah negara yang luas yang perlu di jajah untuk memertabatkan Agama Allah di persada dunia. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. renung-renungkan. Wallahualam

No comments:

Post a Comment