Sesiapa yang memelihara 7 perkara , dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan dihadapan ,malaikat dengan perkara berikut;
--> diampunkan dosanya meskipun sebanyak buih dilautan
--> Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan
--> hidup dan mati dalam kebaikan
tujuh perkara tersebut adalah;
1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu
2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu
3. Bersistighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat
4.Melafazkan InshaAllah apabila berjanji tentang sesuatu hal
5.Membaca Hawqalah (la hawla wala Quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai
6. Mengucapkan Inna Lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah
7.Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada setiap siang dan malam
~SOLUSI53)
Tuesday, 28 October 2014
Monday, 13 October 2014
SAHABAT SENTIASA DI DALAM DOA
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih Allah beri kesempatan untuk bernafas dan menambah amal serta bertaubat setiap hari agar mati itu berbekal InshaAllah. Saja nak berkongsi sedikit tentang rasa hati. Minggu yang lalu Alhamdulillah dah selamat menjalani Exam Modul 1 Usuluddin di UM. Terasa lega sangat.Teringat kata-kata sahabat saya yang turut belajar di UM. Betulkan niat. Belajar Ilmu Allah ini untuk menambah ilmu. Bukan untuk mendapat segulung ijazah. Betul. Tersedar saya seketika.
Sebetulnya saya belajar bukan untuk mendapatkan apa-apa selain menambah ILMU pengetahuan yang terlalu sedikit utuk diri saya.Ramai yang bertanya itu dan ini tentang agama, saya mampu memberi tahu apa yang saya tahu sebelum ini dengan hanya bacaan. Demi Allah! saya bukan insan yang layak untuk berhujah lebih mendalam tentang ilmu Allah ini apatah lagi mengeluarkan nas dan dalil atau hadith, kerana bimbang tersilap. Saya hanya mampu berdiam jika tahu sesutau perkara kerana pada saya itu bukan jawapan yang kuat untuk insan yang bertanya. Namun sekarang, saya mampu berhujah dan menjawab dengan dalil dan hadith. walaupun hanya sedikit sahaja... namun, Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya tahu, di mana kemampuan saya.
Dah panjang pula bercerita tentang rasa, nak berkongsi sedikit sahabat yang saya baru kenali, namun terasa keakrabannya. Anugerah Allah yang terindah salah satunya adalah Sahabat yang baik. Yang mengajak berbuat baik melalui perbuatan, tutur kata mahupun tingkahlaku. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka untuk saya di UM ini. Sebenarnya ada lagi seorang, tapi tengah maternity anak sulung. Doakan mereka ini sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa bahagia hendaknya
Kebetulan sehari sebelum exam birthday kawan saya yang sorang no. Jadi planla untuk surprisekan dia. Saya bercadang buat carrot cake. Alhamdulillah nasib baik menjadi. Nak resepi sila klik sini ye.Memandangkan hati tengah berbunga-bunga kegembiraan, saya pun mereka-reka lah deco di cake saya seiring dengan rasa hati saya.
Sesuai dengan diri saya ini, sentiasa mencuba benda baru , dan letakkan prinsip, kalau tak cuba or usaha, tak tahu apa hasilnya.Walaupun kadang-kadang menyedihkan, namun saya tetap mencuba. Tak kisah hasilnya. Janji belajar dari setiap perbuatan.
Hari ahad, sebelum pulang ke Perak, sempat menjengah UIA tercinta. Orang convo. Walaupun tidak dapat melihat orang yang tersayang konvo, ckupla kiriman hadiah buat kegunaannya. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan beliau.Apapun...Allah jualah sebaik-baik perancang. Saya tetap yakin dan tidak berubah keyakinan kepada Allah. Selagi mana saya perlu berusaha untuk sesuatu, selagi itu saya akan berusaha. Selagi mana Allah membuka hati saya seluas2nya untuk seseorang, selagi itu saya bersyukur. Saya telah belajar apa itu erti kehilangan dan apa itu sebuah penghargaan. cewah....ok dah ckup membebel hari ini. Semoga Kalian diberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah hendaknya.InshaAllah
Monday, 22 September 2014
DI KALA HATIMU TERLUKA
Terluka...Dilukai...Dan Melukai...adalah satu yang sinonim dengan hal-hal yang melibatkan perasaan. Masakan tidak...semuanya menyentuh bab berkaitan hati. Saya juga tidak terkecuali. Masakan tidak terluka. Masakan juga saya tidak melukai orang yang saya sayang. Semuanya kerana kita manusia yang tidak sempurna. Gerak geri yang kita jaga kadang-kadang tidak juga dapat melangsaikan kemahuan seseorang bahkan terkadang apa yang kita rasa kita betul akhirnya tidak terjadi seperti yang telah direncanakan. Kerana apa? kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Siapalah kita untuk bertanyakan apa yang Allah akan rencanakan. Yang pastinya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik. Demi Allah! saya tidak pernak sekalipun mempertikaikan apa sahaja dugaan yang telah Allah pasakkan pada saya. Kerana apa? kerana dugaan dan ujian yang datang inilah yang membuatkan hati saya kembali kepada fitrah. Kembali kepada Sang Pencipta setelah sekian lama alpa dengan fitnah dan tohmahan dunia. Memang seperti ayat kliche kan "Ada hikmahnya" sepertinya menyejukkan hati sendiri. Namun jujur saya katakan. Memang itulah yang terjadi
Saya kerangkakan setiap yang telah mendatang. Semuanya seakan cantik sahaja ironinya. Betul. Di dalam keadaan luar sedar dimana orang seperti kesedihan dan kecewa, kita akan berasa seolah-olah semuanya tidak adil bagi kita bukan? Nanti dulu!! Tarik nafas dan istighfar. Fikirkan kembali apa yang telah kita lalui. Kaitkan apa yang terjadi sekarang dengan keadaan dulu. Cuba kita buat perbandingan Pro and Cons. Yup! pada kiraan saya, semuanya ternyata kebaikan belaka. Tiada langsung satu kecacatan pada ujian tersebut. Semua yang terjadi itu membuatkan kita terbentuk menjadi orang yang lebih baik. Ya, Lebih baik.
Ok, senario yang pertama. Kenapa Allah pisahkan seseorang yang kita cintai? Kalau di ikutkan purata, ramai yang telah berpisah hidup dengan orang yang dicintai lebih menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kembali kepada Fitrah yang asal. Kembali merayu dan memohon kepada sang pencipta untuk diberi kekuatan. Lihat!! betapa ujian itu sungguh membentuk dan tidak ada kecacatan bukan? bahkan lebih membuatkan seseorang menjadi seorang yang lebih bermanfaat. Subhanallah.
Ok sekarang cuba pergi pula kepada drama melayu yang sering diputarkan. Apa sahaja yang terjadi semuanya berbalik kepada Allah swt. Percintaan yang hanya membawa kepada kemaksiatan dan kemusnahan, selalunya Allah akan jarakkan dan pisahkan untuk insan yang terpilih supaya keadaan dan nilai cinta itu perlu dipelihara. Kerana cinta itu bersih. Manusia yang mencorakkkan dan mewarnakan dengan keotoran.
Nah. Sekarang setuju kan dengan pendapat saya? Hakikatnya, saya juga mengalami keadaan yang sama. Sya juga turut berkongsi nilai kelukaan di sini. Saya juga dipisahkan untuk lebih memelihara cinta yang bersih itu daripada kekotoran dan kemusanhan. Dan saya sangat bersyukur atas itu. Pada permulaan itu ternyata amat memeritkan, namun Siapa saya untuk tidak redha dengan ketentuan Allah? sedangkan perancangawn Allah itu ternyata Hebat! Walaupun saya rasa kesalahan semua berpunca daripada saya, namun saya meletakkan bersangaka baik; "jika saya tidak melakukan kesilpan, mesti terus-terusan saya memburu cinta manusia, sedangkan Cinta Ilahi itu adlaah yang terutama". sekarang saya di dalam kewarasan, membentuk kembali apa yang telah terjadi menjadi satu GURU yang paling berharga buat saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)