Pernah tak kita berubah atau berhijrah atau menambahkan amalan atas sebab penulisan seseorang? Pernah tak kita merasakan penulisan si penulis itu mendetikkan hati kita seperti jam randik untuk terus menyorot langkah beribadah kepada Allah? kalau anda rasa pernah, saya juga begitu. MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI adalah satu buku dakwah untuk meletakkan kebergantungan rezeki pada Allah secara total 100% sekaligus merubah persepsi bahawasanya dengan usaha kita Allah menurunkan rezeki buat kita.
Ha konsep hampir betul. Tetapi hakikatnya, minta dulu kepada DIA kemudian berusaha dan Allah pasti beri. cepat mahuoun lambat atas urusanNYA. Saya tidak jemu membaca helai demi helai buku ini. Pada mulanya, saya membeli buku lain secara online di kedaibuku online atau bukuonline.com.Inilah tempat saya mencari buku secara maya. dan amat berpuas hati dengan service beliau.Kerana, saya selalu mendapat voucher discount dan juga buku2 free buat tambahan bacaan dan santapan rohani. Termasuklah, pada satu hari, ketika saya memesan ALQURAN CORDOBA, EN.WAN SAIF(orang yang sy selalu berurusan jual beli buku) memberi satu buku kecil MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. ringkasannya daripada total keseluruhan buku tersebut sebagai pengenalan. Hampir dua hari juga buku itu terbiar sepi dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan mentelaah buku lain. Hari berikutnya saya tergerak hati untuk meneliti rempah ratus asli di dalam buku tersebut.
Helaian demi helaian saya selak dan habis pada mas itu jugak. Terasa dahaga untuk membaca lagi. Lantas seperti biasa secara maya memesan buku inidi kedai yang sama. Alhamdulillah. Boleh katakan buku ini tulisan Fathuri Salehuddin ini menjadi dakwah ibadah sunat buat saya secara harian.Mungkin inilah yang sangat berharga buat sang penulis. Apabila tulisannya sebagai kredit pahala dan saham buatnya disana. Allahu. saya tidak jemu membaca buku ini lembaran demi lembaran. Pada saya, tahniah buat penulis. dan moga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk menulis buku2 seperti ini. Semuanya berdasarkan pegalaman beliau sahaja.
Ya perkongsian yang hanya sedikit, tetapi dapat dimanfaatkan. Subahanallah.berharganya. Buat yang masih merasakan rezeki itu diambang kekeliruan, mungkin buku ini menjadi pemangkin untuk kita memanfaatkan masa dan usaha diiringi doa. Bukan hanya usaha tanpa doa dan doa tanpa usaha. Ringkasnya buku ini, penyampaian nya sangat mudah dan ringkas. Tidak kompleks, serta untuk kita memulakan amalan seperti yang beliau lalui juga menjadi mudah dan bersemnagat.Alhamdulillah. untuk review yang lain, sila klik sini. Moga sama2 kita diberi kekuatan untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki dan musibah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment