SEEKING MARDHATILLAH

Wednesday 24 February 2016

2016~MELANGKAH

Assalamualaikum..

Melihat sesuatu dengan mata kasar itu seperti melihat sehelai kertas berterbangan.namun jika dinilai lebih mendalam, terlalu bermakna sekali. Masakan tidak, sekali dipandang, air di dalam cawan itu sepertinya untuk menghilangkan dahaga. Padahal air tersebut mampu memberikan nyawa kepada manusia yang hampir mati, pokok yang telah layu dan juga mampu membuatkan manusia itu hidup dalam ketamadunan. MasyaAllah. Luasnya kasih sayang Allah buat kita

Saya terpanggil untuk menulis di lampiran usang yang kian kusam setelah lama tidak mencoretkan masa disini kerana kedukaan yang berpanjangan lalu membuatkan menokhtahkan perkongsian buat sementara waktu. Namun, Maha Suci Allah , dan segala puji baginya, kekuatan kembali disuntik ke dalam diri. Berkat doa keluarga dan diri sendiri, Alhamdulillah saya masih teguh berdiri, bahkan saya semakin kuat dan matang dalam menilai, dan membuat sesuatu keputusan tentang satu2 perkara.

LEMAH. inilah perkataan dasar yang ada didalam setiap diri manusia. Dan kelemahan merupakan sifat2 kita. Bila kita mengambilnya dengan pandangan yang negatif, pastinya lemah itu menjadi kian lemah dan tidak berdaya membuat apa-apa. kerana kita merasakan kelemahan tetap kelemahan. Namun jika kelemahan itu diambil dari sudut positif, kelemahan itulah menjadi kekuatan kita. Seharusnya, kita tiidak riak dengan diri kita kepada Allah. Tidak sama sekali. cuma, bila kita Lemah, dan ingkar pula serta sombong meminta dengan Allah, tidakkah kita menjadi insan yang papling sombong di sisi Allah? Bahkan bila saat kita jatuh dan tersungkur jugalah Dia yang Maha Berkuasa itulah tempat kita memohon pertolongan.

Saya pernah menjadi lemah. Lemah dengan segala keputusan, kedukaan, kekecewaan. Tetapi, saya mencari alternatif, bagaimana saya mahu buang lemah ini, supaya saya tidak hidup di dalam kedukaan.

 Pertama sekali,cubalah hidupkan hati kita yang telah berkarat. Terlalu lama direndam dengan maksiat dan hiburan. Cucikan hati. sudah pastinya cuci hati itu tidak sama seperti membasuh kain di dalam washing machine.Cuci kan bersama zikir dan bacaan ayat Al-Quran. Jika buat yang kelu lidahnya dengan zikir, mulalah dengan membeli CD. Mendengar juga mampu membangunkan hati. Unconciously, kita akan menjadikan itu sebagai amalan. Nah! mudahkan?

Kedua. Bangun malam. Tahajjud. Jika susah untuk bangun, mulakan dengan solat hajat sebelum tidur. Mintalah kepada Dia yang Maha Memberi. Minta apa sahaja sekalipun. Tiada yang Musatahil untuk Allah tunaikan. Minta kekuatan diri. Minta menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Minta. Mintalah apa sahaja. Allah Maha mendengar. Jangan sombong untuk meminta. sedangkan udara itu Allah berikan percuma.

Ketiga. Bersedekahlah dan ikutilah mana- mana kelas agama, tazkirah, kuliah hatta di dalam TV ataupun dimasjid. Jadikanlah kenderaan kita sebagai kenderaan untuk jihad diri kita supaya hidup dan tidak mati. PAsti hidupmu akan tenang dan lapang.

Saya hanya berkongsi bukan untuk berbangga diri.tidak sama sekali. kerana saya pernah lalui kisah duka dan kecewa. Allah sentiasa mahu Hamba bersujud kepadanya. dan Dia ada perancangan yang Maha hebat. Saya ingin berkongsi, supaya manusia di luar sana, tidak mengundang bahaya di saat duka buat dirinya.ada sebahagian mencederakan diri, menghukum diri mereka kerana duka yang Allah beri. Sedangkan mereka lebih tahu bahawa di saat duka itu Allah dekat denganMu. Saya juga mempunyai rakan2 yang tidak sujud kepada Allah, bila disaat duka, semuanya hiba belaka. Lantas mencari dunia untuk berfoya. Tapi, Alhamdulillah, berkat didikan orang disekeliling saya, saya mencari Dia disaat terpalit duka. Saya tidak terpesong mencari arah. Cuma kisah ini, mahupun seorang yang membaca dapat membawa jiwa yang lara kembali kepada Pencipta. Moga-moga yang duka itu tidak lebih jahil dan jauh dari Dia. Ingatlah, duka itu sementara, kerana ujian itu juga bersebab. Tangisan itu sangat berharga jika dihulurkan kepada pencipta. Subahanallah.

-RNZRAS-

No comments:

Post a Comment