SEEKING MARDHATILLAH

Sunday 27 April 2014

KULLIYYAH TAFSIR MINGGUAN DI UIA

Assalamualaikum sahabat sekalian..moga sentiasa dirahmati. kali ini nak update tentang kulliyyah tafsir mingguan oleh seorang yang saya kagum ketika mengikuti seminar ENGAGING AL-QURAN di UIA pada bulan February tempohari. SAUDARA FARHAN SYAH. Alhamdulillah walaupun menghadiri hanya satu kelas beliau, saya mula seronok menghayati setiap bacaan di dalam Al-Quran.

Walaupun saya tidak dapat menghadiri kulliyyah Tafsir mingguan yang diadakan setiap Jumaat di UIA kerana kerja, namun saya amat menyokong setiap yang mereka lakukan dan tidak akan melepaskan peluang jika akan diadakan seminar Al-Quran ini lagi...Semoga sesiapa yang terdekat dan free dapat menghadirkan diri di kulliyyah Tafsir Beliau
Sila lihat di bawah untuk maklumat lanjut

________________________________________________________________________________

Belajarlah al-Quran, kerana ia merupakan sumber hidayah, dan sumber hidayah.

Insya-Allah, kelab Jam'iyyatul Khadamatil Quran (JKQ) akan mengadakan halaqah tafsir mingguan bertempat di UIA Gombak.

Pendekatan yang digunakan adalah talaqqi tafsir kulit ke kulit, bermula dari surah al-Fatihah, al-Baqarah, dan insya-Allah sehingga tamat 30 juz.

Ia terbuka kepada semua pelajar dan bukan pelajar. Anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis ini :)

====================================
Maklumat Program:

Tarikh/Hari: Setiap hari Jumaat
Waktu: 8.30 a.m - 10.30 a.m
Lokasi: Tingkat 4, masjid UIA Gombak
Pengajar: Ustaz
Farhan Syah
Boleh call beliau  untuk mendaftar : 013-9448238

No comments:

Post a Comment