SEEKING MARDHATILLAH

Tuesday 11 March 2014

SENYUM ITU DAKWAH

NILAI SEBUAH SENYUMAN

Dari jauh telah terukir sebuah senyuman di muka mendung seorang sahabat. Lantas sahabat yang bermuram dek hentaman masalah bertimpa-timpa, membalas senyuman dengan penuh kasih sayang. Di dalam hati tertanya apakah masalah yang membebanimu wahai sahabat? Dengan sebuah senyuman yang ikhlas sudah mampu membiarkan hati yang sedang berduka angkara makhluk resah itu sembuh seketika. Ajaibnya sebuah senyuman. Tidak perlu menuturkan bait-bait indah ataupun madah-madah pujangga untuk menampal hati yang sedang berdarah.
Ada orang memandang rendah dengan harga sebuah senyuman. Senyuman yang indah mampu membuat orang yang keresehan tenang, Orang yang dilanda kesedihan itu lebih damai. Namun tidak ramai yang mahu senyum. Pendekatan dakwah yang paling baik adalah dengan senyuman. Jika kita sendiri mengabaikan senyuman ini, bagaimana ingin orang lain merasa senang dan mesra dengan kita? bagaimana untuk kita mendekati mereka, bercerita dan memberitahu tentang keindahan agama kita sendiri iaitu Islam.

Konklusinya, senyumlah dengan ikhlas kerana senyum itu merupakan penawar bagi racun duka. Saya sendiri pernah dirundung musibah. Pernah terasa perit menjalani hari-hari yang suram. Namun senyum kepada insan lain membuatkan hati saya lebih ceria. Sedangkan ada orang yang lebih besar masalahnya dari saya. Ada orang yang di uji Allah dengan musibah yang lebih dahsyat dari saya tapi mampu tersenyum. Lihatlah betapa Allah berkehendakan supaya kita Redha dengan setiap ujian darinya?

Tepuk dada tanya Hati, tanya IMAN..

wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment