SEEKING MARDHATILLAH

Monday 16 December 2013

SAAT ALLAH MENTAQDIRKAN

MADAH HATI....

Di saat rindu kepada seorang insan menghentam gerbang hati
Hanya Zikrullah dan Solat sunat serta  doa yang berpanjangan dipanjatkan
Kepada Sang pencipta Alam Raya

Di saat Rebah dan kepenatan dek ragam manusia yang tidak berkesudahan
Hanya satu tempat yang dituju, iaitu tempat mengambil wuduk bagi menunaikan solat

Di saat hati berbicara sedangkan lidah tidak mampu melafazkan
Hanya berserah kepada Mu Ya Robb
Kerana aku tahu hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat
Di setiap kesakitan dan lelah yang Engkau berikan
Terkandung 1001 hikmah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
Hanya yang di Uji sahaja dapat merasakannya

Di saat terpandang masa silam yang penuh dengan dosa dan noda
Hanya tangisan Taubat mampu menghapuskan tiap helaian dosa kelmarin

Di saat rindu bertamu, Solat sunat ku lazimi buat menenangkan diriku
Kiriman doa kusampaikan melalui Rabb ku
Supaya kamu dilindungi seperti mana Dia melindungiku
Seperti mana kamu sedang bermujahadah di jalan Allah
Seperti itu juga aku
Agar sama-sama kita mendapat keberkatan Allah
Kerana Engkau belum menjadi ketetapan Allah  adalah milikku
Semoga Jalan yang engkau tegakkan mendapat redha Allah
Bersama itu ku suntikkan di setiap doaku agar dirimu kuat dan tegar menegakkan yang Haq walaupun jasad menyembah bumi.

Salam Perjuangan Buat Insan di Angin Lalu

No comments:

Post a Comment