SEEKING MARDHATILLAH

Friday 27 December 2013

MUSLIMAT...JAGALAH ADABMU

Buat muslimat mujahidah mukminah Yang sentiasa dalam kerangkaan Rahmat Illahi
Apa khabar imanmu wahai muslimat sejati?
Masih segarkah imanmu seperti dahulu?
Atau sudah layu menjadi seperti pasir berterbangan di persisiran pantai?

Apa khabar malumu wahai muslimat idaman?
Masihkah engkau pertontonkan wajahmu yang ayu di muka buku?
Atau kamu berhijab labuh atau tidak dan senang lenangnya mempertontonkan kepada lelaki ajnabi?
Atau kamu sengaja meraih publisiti supaya setiap muslimin menekan button like setelah menatap wajah indahmu dengan nafsu dan bukan keimanan?

Apa khabar Ibadahmu wahai muslimat sejati?
Masihkah kamu bangun berqiammulail menghadap Ilahi?
Masihkan bertahajjud merendah diri di hadapan Ilahi?
Atau sudah menjadi intipati setiap hari bangun lewat sehingga dinihari?
Membuang rasa bersalah meninggalkan  subuhmu yang penuh keberkatan itu?

Apa khabar riak dan sombongmu wahai muslimat?
Masih kah engkau menjaga seperti dahulu?
Meletakkan sombongmu dan riakmu di tempat yang paling jauh dari dirimu?
Atau sombong dan riak itu telah menjadi asam garam rencah kehidupanmu?
Atau engkau takot untuk membuangnya kerana bimbang engkau dipandang rendah dan hina?

Wahai muslimat sejagat mujahidah mukminah
Tidakkah engkau tahu bahawa Malu itu adalah sebahagian dari iman?
Wajahmu adalah perhiasan yang terindah sekali di bumi ini?
Riak dan sombongmu itu menghumbanmu ke lembah penghinaan?

Jika engkau mengajak berbuat kebaikan tidak perlulah engkau seakan menunjuk-nunjuk kebaikanmu
jika engkau Beribadah tidak perlulah engkau mewar-warkan ibadahmu di satu dunia
kerana apa yang perlu engkau tahu, Biar sahaja Ibadahmu, dakwahmu, jihadmu hanya Allah yang tahu
Kerana tidak perlu engkau meraih kasih sayang atau perhatian orang kerana Allah sudah ckup bagimu

Wahai muslimat solehah
kapan lagi engkau mahu berubah?
kerana makin hari kita makin dimamah usia
makin hari-makin kita dekat dengan kematian
makin hari makin Ujian Allah melebar menguji keimanan kita

Moga engkau diletakkan dikalangan ornag-orang beriman kepada Allah
Moga engkau berubah menjadi wanita solehah yang limited edition
bukan bahan tontonan atau perhatian
kerana engkau adlaah muslimat yang terpelihara oleh Allah

BARAKALLAHUFEEQ..AKRAMAKUMULLAH...

No comments:

Post a Comment