SEEKING MARDHATILLAH

Tuesday, 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435 , 12 RABIULAWAL

YA NABI SALAM ALAIKA
YA RASUL SALAM ALAIKA
YA HABIB SALAM ALAIKA
SOLAWATULLAH ALAIKA

ENGKAU CAHAYA MENERANGI ALAM DUNIA
ENGKAU MUHAMMAD YA RASULULLAH

ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD
YA RABBI SALLIM A'LAI WASALLIM

YA NABI ALLAH PELITA HATI
PENERANG JIWA CAHAYA HIDUPKU

Bergema alunan lagu Nasyid opick di CD harian yang saya pasang  sebelum ke tempat kerja. Ya Kerja. Sayu hati apabila orang lain dapat meraikan Maulidur Rasul di setiap tempat dengan perarakan dan pelbagai aturcara majlis. Namun diri kena mepersiapkan diri ke tempat kerja. Boleh sahaja mengambil cuti, Namun atas kerana tanggungjawab cuti juga tidak dapat di penuhi. Namun, Hati, Lidah dan bibir sentiasa dibasahkan dengan Salawat kepada Nabi Muhammad junjungan besar.

Kesedihan yang tadi berkunjung lenyap seketika mengingatkan Maulidur Rasul tahun ini telah saya sambut bersama muslimat yang lain di Masjid Bidor. Ya, Kami menyambutnya lebih awal, kerana kekangan masa kami juga masa penceramah undangan, Ustazah Endon. Usatazah Endon memulakan tazkirah pada hari itu dengan menghidupkan selawat ke atas Baginda. Bergema sepelosok bilik kuliah kami. Hiba rasa, Namun gembira dapat meraikannya. Terasa rindu bertemu Rasulullah SAW. Masakan tidak, Pemimpin yang adil, Ayah yang penyanyang, suami yang baik. Semuanya tertunjuk kepada Rasullah. Subhanallah. Kasih dan cinta kita Kepada baginda bukan hanya berselawat di dalam majlis-majis. Hidupkan Sunnah baginda dan teruskan perjuangan baginda adalah bukti kita mencintai baginda. Di manakah nilai kita sebagai penerus perjuangan baginda? Adakah selepas majlis-majlis Sambutan Maulidur Rasul kita tinggalkan sahaja spirit perjuangan itu di dalam majlis? atau kita bawa ke luar sebagai tenaga untuk memperjuangkan Islam? tepuk dada tanya Iman.

Setelah usai Ustazah Endon habis bertazkirah, ada sedikit jamuan, bagi muslimat yang hadir pada hari itu. Walupun kami hanya kumpulan kecil sahaja yang dihadiri lebih kurang 60 orang muslimat, namun, kemeriahan sangat terasa. Terasa dekat dengan Allah dan juga Rasulullah. Tambahan pula Ustazah banyak memngalunkan kisah-kisah baginda yang menjadi tauladan dan contoh buat kami. Alhamdulillah.

Kepada Umat Islam Di luar sana, Banyakkan berselawat, kerana orang yang paling dekat dengan baginda adalah orang yang banyak berselawat kepada baginda (Al-Nasai & Ibnu Hibban)

Rasulullah bersabda;
"sesiapa yang mengahadap kepada-ku membawa dosa seisi bumi tetapi ia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, maka Aku akan menerimanya dengan ampunan sebanyak seisi bumi"(Riwayat Muslim)

Wahai sahabat di luar sana, beruntungnya kamu dapat menghidupkan maulidur Rasul dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti perarakan( saya lihat ramai berarak di Damansara), Pertandingan membaca AlQuran dan sebagainya. Ambillah peluang dan masa yang ada ini untuk Meraikan kerana belum tentu kita dapat meraikan lagi  di tahun hadapan.Berarak bukan hanya sekadar berarak. Beraraklah dengan semangat perjuangan islam yang akan kita tegakkan di muka Bumi ini. Bukan hanya Bertempik berteriak melaungkan mencintai Baginda, tetapi Sunnah dan keperibadian yang sepatutnya kita ikuti daripada baginda kita ambil mudah. Bangun, Bangkit Demi Islam, Demi menegakkan Islam dan meneruskan perjuangan Baginda yang telah baginda perjuangkan demi kita hari ini.

Wallahualam. Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment