Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar....Terasa sungguh nyaman pagi hari di Masjid KK. Masjidnya Besar, dan ada beberapa aktiviti yang dijalankan seperti kedai-kedai sekitar masjid. Walaupun Di Sabah, penduduknya boleh dikatakan ramai yang penganut agama kristian dan kita boleh nampak di merata-rata gereja yang tegak berdiri, namun Masjid yang tertegak gah di bumi Maha Suci ini masih mampu memartabatkan islam. Bukan sahaja hanya berdiri teguh , malah ummat Muhammad juga berpusu-pusu meraikan subuh di Masjid ini. Alhamdulillah.
MASJID KK |
Untuk hari ke 3 ini kami menghabiskan masa di sekitar KK. Selesai usai bersantap pagi, kami terus mengorak langkah ke Rumah Terbalik, Sabah. Perjalanan hanya memakan masa 15-20 minit dari Bandar kota kinabalu. Keterujaan sudah bermula. Yelah selalunya dapat tengok gambar aje dari rakan-rakan yang disayangi. Ini nak melihat sendiri apa yang ada di dalam rumah terbalik tersebut. Setelah sampai di sana, kami terus mendaftar. Harga tiket RM 10/pax. Cerita rumah terbalik ini di ceritakan oleh orang yang membawa kita masuk ke dalam nanti.
Sampai sahaja di perkarangan, kami terus mengambil gambar di sekitar luar rumah. Ada kereta terbalik di luar rumah tersebut. Selesai satu group yang dahulu dari kami habis, tiba pula turn kami untuk masuk ke dalam. Semua yang ada didalam semuanya terbalik termasuklah mangkuk tandas, peti ais, kukur kelapa. Saya dah mula rasa loya. Keadaan yang terbalik tu membuatkan saya nak muntah dan pening. Segera saya keluar dahulu. Di luar pun ada garden terbalik. Pokok-pokok semua terbalik. Di luar juga ada caffe untuk santapan. Makanannya boleh tahan sedap dan juga tidak lah terlalu mahal. Selesai ke rumah terbalik.
OFFICEMATE, KAK EMY YANG PENYAYANG |
Petang hari saya ada temujanji dengan orang tersayang. Norzilah Jailani.Sahabat ketika saya Di SMSTSS dahulu. Setelah lapan tahun tidak bertemu, ini lah buat pertama kali kami bertemu. Dia merupakan pelajar pintar semasa si SMSTSS dahulu. Satu dorm dengan saya semasa tingkatan 4. Merupakan seorang yang pendiam tetapi baik sangat. Tidak kekok untuk menghulurkan bantuan. Dia janji untuk Pickup kami di depan traveler hotel. Katanya ingin membawa saya ke satu tempat istimewa.
NORZILAH JAILANI DI HADAPAN RASA SYG RESTAURANT |
SUASANA RESTORAN RASA SAYANG |
Tepat jam 4 petang, dia sampai dan mengambil kami di hadapan hotel. Tempat yang dia ingin bawa adalah di restoran rasa saying. Tempatnya betul-betul di puncak bukit. Perjalanan dalam kira-kira 40 minit. Kiri dan kanan penuh kampong-kampung yang cantik dan tersusun. Saya merasa sangat tidak sabar untuk sampai ke puncak. Sesampainya di bukit, Subhanallah. Memang cantim tempatnya. Rupanya, Dari puncak bukit memang Nampak seluruh Bandar KK. Memandangkan KK panas terik dan tidak hujan, jadi tidak berapa jelas Bandar KK. Tempatnya sangat sejuk and open air. Kami memesan makanan dan bersembang tentang perkembangan diri. Rasa seperti mahu menitis air mata melihat sahabta yang telah lama tidak berjumpa. Kami dapat menikmati SUNSET yang indah. Subhanallah.Memang cantik tempat ini. Nasib baik ada kawan perkenalkan tempat ini kepada saya. Dah petang lagi ramai pengunjung tiba untuk menikmati sunset. Saya sempat bergambar dan mengambil pamphlet melihat rate hotel di situ. Harganya gak murah. Sekitar RM 130++/night. Setelah itu Norzilah menghatar kami kembali ke hotel. Semoga kamu sukses selalu sahabat. Beliau seorang lecturer dan sedang menyambung pengajiannya.
JALAN KE HOTEL RASA SAYANG |
PEMANDANGAN SATU KK DI RASA SAYANG |
Setelah Usai maghrib kami berjalan kaki ke Pasar Filipin. Pada sangkaan saya tiada apa-apa mulanya tengok hanya menjual sayuran dan beras serta pulut-pulut. Rupanya di bahagian belakang ada kedai- berderet2 menjual makanan seafood segar. Terbaik dari lading. Walaupun saya dan Mama agak kekenyangan, Kami tidak terlepas menikmatai seafood segar yang dimasak terus mengikut citarasa. Lihatlah gambar makanan yang kami order. Makanan agak murah. Dan jika pandai tawar menawar memang dia akan bagi murah tambahan orang tempatan. Alhamdulillah.
Selesai itu kami ke Pasar Payar. Pasar payar sepert pasar malam. Tiap-tiap malam ada. Menjual mutiara murah-murah. Kena pandai tawar la.tambahan brooch. Memang cantik-cantik mengikut grade. Mengikut kata mak kesayangan saya, Di pasar KEDAI JAMILAH yang terletak bertentangan dengan hotel traveler, jewellery dia lagi murah-murah. Memandangkan mak kesayngan saya telah sampai di sana dahulu, jadi saya pun ikut la melihat barang-barang di kedai yang dimaksudkan. Betul! Mama saya pun bersetuju dengan pendapat mak saya. Memang murah. Cincin, Gelang, semua murah-murah. Jauh lagi murah dari pasar payar. Tapi kedai jamilah ini akan tutp dalam pukul 6 PM. Kena cepatlah. Kami juga menikmati pasar gaya. Pasar Gaya ini hanya ada pada hari ahad pagi sahaja. Di pasar ini menjual berbagai barangan termasuklah binatang peliharaan. Tapi harga untuk brooch atau gelang atau cincin sama saja dengan pasar payar. Namun jauh lagi murah di pasar payar.
Kami juga sempat berkunjung ke KOTA BELUD. Pada saya kota betud ini tiada apa-apa selain peka kecil. TAMU PEKAN BELUD ini juga terdapat jualan kuih muih di atas daun keladi besar, tetapi sekelilingnya penuh dengan anjing liar berkeliaran
Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang. Memandangkan fkight saya delay kami berjalan-jalan pusing ke laut menikmatai keindahan pantai sabah yang jernih dan cantik. Alhamdulillah semuanya bberjalan lancer. Percutian dengan mama tersayang dapat di jadikan reality. Walaupun penat Namun hati puas kerana tempat yang kami pergi sangat cantik dan menarik. Terlakar sebuah kenangan.
Untuk kawan-kawan yang ingin pergi berkunjung kesabah, saya rasa tidak rugi. Hanya mahal pada makanan. Cuaca pun agak bahang di kota kinabalu banyakkan minum air jika pergi musim panas. Dan sila pastikan bawa ubat tahan muntah jika siapa yang tidak tahan ke kundasang jalnnya kelok-kelok, takot percutian sepatutnya meriah jadi hambar pula. Dan jangan lupa subuh diSabah sangat awal. Jadi jangan Terlajak pula ya.
KAWASAN WAJIB KUNJUNG
-DIARY FARM
-NABALU PARK
-HOT SPRING
-PASAR AIR PAYAR
-RESTORAN RASA SAYANG
-PASAR FILIPIN
-GAYA STREET
-PASAR JAMILAH
-BEAUFORT
--------------------------------------------------------THE END----------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment