Assalamualaikum Warahmatullah..
Pertama sekali syukur dengan izin Allah yang memberikan sedikit tiupan kekuatan kepada saya mencipta blog saya sendiri demi berkongsi segala ilmu, pandangan, pendapat dan apa sahaja yang boleh membuatkan kita sedikit bermuhasabah tentang kehidupan seharian yang kita lalui hari-hari.
kekangan waktu yang saya hadapi di tempat kerja kadang-kadang melelahkan saya untuk menulis, berkongsi apa sahaja yang saya perolehi. Namun, hati kena kuat dan istiqamah untuk menulis apa-apa kebaikan walaupun dengan sepatah perkataan atau sepotong ayat. Seronok rasanya jika dapat menulis dan berkongsi perkara yang baik-baik. Daripada masa di sibukkan dengan perkara yang lagha, melalaikan dan mengundang maksiat, lebih baik membuat sesuatu untuk diri sendiri dan juga manfaat kepada orang lain.
" Apabila seorang hamba melakukan maksiat, Allah akan membencinya. Dan Jika Allah membencinya, Allah akan membuat semua manusia membencinya" (Abu Darda')
Nauzubillahi min zalik... Moga kita semua terhindar daripada maksiat.
Buat sahabat di luar sana, saya baru sahaja menceburi dunia blogging ini. Bukan untuk saja-saja, tetapi untuk manfaat saya, sahabat-sahabat yang lain juga untuk anak-anak saya. In Sha Allah..
Tertubuhnya Blog saya ini dengan nama Indahnyahidupbermuhasabah disebabkan satu peristiwa ketika di mana saya didatangkan ujian dari Allah yang sangat berat pada kiraan saya. Setiap hari saya sukar melelapkan mata. Sebelum tidur saya akan melakukan solat sunat taubat dan hajat untuk meringankan kesedihan yang saya alami. Dan saya tidak mampu untuk tidur dengan lena hampir sebulan kerana memikirkan apa yang berlaku. Setiap kali saya tidur jam 12am, saya akan terjaga pkul 3/4 am. lantas terus bertahajjud memohon kepadanya. Hampir sebulan berlalu begitu, dan saya amat redha dengan segala ujian, dan dugaan yang Allah berikan. Kerana, ketenangan inilah yang saya cari selama ini. Kehidupan yang beginilah yang saya cari. Sebelum saya terlena setiap kali saya akan memikirkan segala kesalahan saya kepada Rabbul Izzati saya. Saya memikirkan Dosa saya, dan saya memikirkan dosa saya kepada orang-orang yang saya sayang, kawan-kawan. Dari situlah saya terasa indah hidup saya. Lantas apabila saya menubuhkan Blog ini, saya letakkan indahnyahidupbermuhasabah. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak bermuhasabah untuk diri kita? sudah tentunya kita tidak perasan dimana telah kita cipta dosa kepada Allah dan kesalahan kepada orang sekeliling. indah bukan jika mengerti dan memohon ampun kepadaNya dengan bertaubat dan memohon maaf kepada orang yang telah kita lakukan kesalahan. Subhanallah. Rupanya banyak jalan yang boleh kit pilih untuk tentukan apa yang terbaik utnuk diri kita.
Jadi begitulah cerita bagaimana tertubuhnya blog yang baru setahun jagung dan merangkak-rangkak untuk belajar sedikit demi sedikit fungsinya. Saya melakukan untuk menanam saham akhirat suopaya dapat saya tuai sedikit hasilnya di sana nanti.
Moga sama-sama bermanfaat.Mungkin sekarang saya masih bujang dan belum berkahwin terasa banyak masa untuk berkongsi dengan kalian. namun saya akan tetap terus berkongsi ilmu dan pendapat Walaupun sudah berkeluarga atas urusan da'wah. Moga bakal mujahid saya dapat memahami minat saya. Moga ini juga menjadi panduan untuk bakal permata hati saya. InShaAllah...
No comments:
Post a Comment