Sebelum pulang ustaz ada menawarkan untuk membeli majalah AL-USTAZ. saya telah mendapatkan 2 jilid(bukan jilid terkini) kerana saya sudah terlepas 21 jilid. jadi memandangkan ustaz membawa kesemua jilid, saya hanya mengambil jilid yang saya rasa sangat ingin tahu dan menambah ilmu mengenainya.
Pada kiraan saya Majalah Al-Ustaz ini sangat bagus. Ketua Editor Adalah Ustaz PAHROL JUOI dan konsultan syariah pula terdiri daripada Ust.Zahazan dan Ust. Zaharuddin.Terdapat Kolumnis-Kolumnis hebat yang menjawab segala pertanyaan seperti Ust. Azhar Idrus, Usth.Norafizah, Imam Muda AsyrafUstzh Siti Aishah Chik dan ramai lagi.
Yang saya beli merupakan jilid ke 17 dan 5. Jilid terkini adalah jilid ke 21. Saya membeli buku ini kerana tajuk Syiah dan Tentang solat Jamak & qasar. Buku ini sangat bagus kerana menjawab isu-isu semasa yang sedang berbangkit di Malaysia. Setiap pertanyaan di jawab oleh kolumnis-kolumnis hebat dengan jelas dan nyata. Memang tidak saya sangkal, apa yang diterbitkan oleh Telaga Biru sangat bermanfaat buat ummah. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah Ilmu pengetahuan dalam kesibukan seharian. Subhanallah.
Harga buku ini RM9.00 di semenanjung Malaysia. Sangat berbaloi-baloi sahabat! Jika harga buku ini 15 ringgit pun saya tidak letakkan perkataan rugi untuk membeli kerana inputnya Awesome!!! Segala kemusykilan sekeliling kita semuanya terjawab dengan penuh teliti dan padat. Ustaz-ustaz yang menjawab juga bukan calang-calang ilmunya. Kebanyakannya pakar dalam bidang masing-masing dan bertalaqqi dengan syeikh-syeikh terkenal.
So dapatkanlah jilid terbaru iaitu jilid21. Tentang Berhibur mengikut cara islam. Grab it!! Moga Allah sentiasa memberikan kita kelapangan dalam menimba ilmu pengetahuan. In Sha Allah.
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.
No comments:
Post a Comment