Setiap dari kita ada terkisah kebaikan dan kelemahan masing-masing. Kebaikan yang ada pada kita secara zahir ataupun tersembunyi, Allah sahaja yang mengetahuinya niatnya dan keikhlasannya. kenapa sy katakan begitu?
Ada sebahagian dari kita menzahirkan kebaikan untuk menunjukkan betapa dia seorang yang baik ataupun hamba yang taat kepada perintah Allah. Adapun terkadang kebaikan yang cuba di zahirkan ini boleh terjadinya riak dan takabbur dalam beribadah kepada Allah. Dan adapula di antara kita yang menyembunyikan kebaikannya demi mencari redha Allah..
mari sama-sama kita menyingkap kisah-kisah agung buat motivasi dan membaiki kekurangan diri
DISEBALIK SAIYIDINA UMAR AL-KHATTAB YANG DIGERUNI
Masakan umum tidak mengetahui siapa Saidina Umar khalifah ke-2 di dalam kalangan Khulafa' ar-Rasyidin? ketegasan dan keberaniannya amat digeruni oleh sekalian orang termasuklah syaitan juga turut mengubah haluan jika terserempak dengan Saidina Umar. Rasulullah pernah bersabda;
"Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka syaitan akan melalui jalan yang lain( kerana takut dan tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya)" (Riwayat Bukhari)
Subhanallah..walaupun beliau amat digeruni dan keberanian beliau tiada tandingannya, beliau seorang yang sangat Tawaduk di hadapan Allah.. Diceritakan bahawa Saidina umar akan mencatat segala kesalahan yang dia telah lakukan setiap hari.
sekiranya dia pernah menyakiti orang, dia akan mecatatkan segala perbuatan buruknya. Dan tahukah kalian apa yang Saidiana Umar akan lakukan selepas itu?
Menjelang malam, Saidina Umar akan menyemak semula segala catatan-catatan kesalahannya yang telah dilakukan dan beliau memukul belakang badannya dengan cemeti bagi setiap butir kesalahan yang dilakukan dan berkata sendirian;
"Rasakan Umar! jika kesakitan ini pun tidak mampu engkau tanggung, bagaimana seksaan api neraka kelak?" jeritnya sendirian.
Perkara ini diketahui oleh sahabat-sahabat Saidinina Umar setelah melihat bekas-bekas libasan di belakang badan Umar setelah beliau meninggal dunia dan sahabat sekalian bertanya kepada isteri Saidina Umar akan hal itu.
Allahu Rabbi... bretapa seorang yang sangat berani bertempur di medan perang mempertahankan Islam, tetapi sangat Tawaduk kepada Pencipta nya...Sesungguhnya Beliau adalah antara 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga. Kita masih berada di mana? seteguh Saidina Umarkah keberanian dan tawadduk kepada Allah?
KETELITIAN IMAM SYAFI'I
Suatu hari Imam Syafi'i keluar menunggang unta. Seorang lelaki yang melihat Imam Syafi'i dari jauh terus meluru ke arah beliau dan lantas menemuinya. lelaki yang mengenali Imam Syafi'i yang sangat alim dalam pelbagai cabang Ilmu berminat untuk menguji Sejauh mana kredibiliti Imam Syafi'i sebagai seorang ulamak terkenal.
Lelaki itu bertanyakan soalan kepada Imam Syafi'i
"Wahai Imam Syafi'i, berapakah bilangan kaki unta yang tuan tunggangi ini?"
Imam Syafi'i lantas turun dari unta tunggangannya sebaik mendengar soalan itu dan terus mengira kaki unta itu satu persatu. Lelaki yang melihat tindakan Imam Syafi'i itu berasa amat kagum dengan tindakan Imam Syafi'i dan terus bertanyakan soalan sekali lagi;
" Kenapa Tuan sanggup mengira kaki-kaki unta itu? Bukankah kita semua sudah tahu, unta kakinya memang empat?
Lalu Imam Syafi'i menjawab;
" Mana tahu jika Allah mahu menciptakan unta berkaki lima"
Lihat betapa telitinya Beliau sebagai Ulamak dan tingginya kredibiliti beliau kerana tidak langsung memandang sesuatu perkara itu remeh. Beliau benar-benar ingin memberikan jawapan yang tepat tanpa keraguan sedikitpun atau was-was.
PENGAJARAN DEMI PENGAJARAN
Nah! satu lagi pengajaran sebagai tunjuk ajar dalam kehidupan kita. bagaimana setiap inci jawapan yang penuh dengan ketelitian dan baru di jawab tanpa ragu-ragu. Betapa kita perlu mendalami sesuatu Ilmu itu baru kita mendapat berhujah dengan bijaksana. dan baru islam itu kukuh dengan umatnya yang kukuh pegangan agamanya serta ketinggian ilmu dan kredibilitinya.
Cuba kita bayangkan jika kita pergi ke satu tempat atau kerja yang bukan bidang kita, dan ada orang minta untuk menerangkan lebih terperinci tentang bidang kerja itu. sedangkan itu bukan tempat atau kerja kita. mapukah kita menerangkan dengan teliti? saya kira kita hanya mampu menerangkan hanya dasar tidak akarnya.
Dan cuba pula kita diminta menerangkan tentang kerja kita dan itu adalah bidang dan kepakaran kita. Tetapi kita tidak mampu menerangkan tentang kerja kita. Tentu kita berasa malu bukan? Padahal itu adalah kerja kita seharian? samalah juga sekiranya kita seorang Islam, tetapi tidak mampu menerangkan tentang agama yang kita pegang dan kita tidak mampu menghuraikan atau berhujah tentang keindahan islam serta menceritakan perihal keteguhan Islam, tidakkah kita berasa malu dengan diri kita sendiri?
Begitu juga dengan terkisahnya kisah Saidina Umar. Dia sendiri berasa bersalah akan hal-hal yang menghubungkan beliau dengan manusia. Bagaimana beliau menyakiti hati orang lain, beliau juga ingin merasa kesakitan yang telah beliau lakukan dengan memukul badannya sendiri. mampukah kita? sedangkan berpuluh bahkan beratus orang yang telah kita sakiti saban hari dan waktu? Tidakkah kita sedar??
TEPUK DADA TANYA IMAN
Imam Ghazali pernah berkata, perkara yang paling tajam daripada mata pedang adalah LIDAH... . perkara paling jauh dengan kita adalah MASA LAMPAU...perkara dekat dengan kita adalah MATI....
Beringatlah sebelum mata tertutup dan nadi berhenti berdenyut...
No comments:
Post a Comment