SEEKING MARDHATILLAH

Sunday, 1 June 2014

FIQAH TAHARAH - NAJIS YANG DIMAAFKAN

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Saya ingin berkongsi sedikit info yang saya lihat di dalam majalah Al-Ustaz keluaran 26 berkaitan dengan FIQAH TAHARAH iaitu Najis yang dimaafkan mengikut mazhab imam Syafii. Dalam situasi tertentu kita tidak dapat memastikan sama-ada pakaian atau tempat solat kita bersih atau bebas sepenuhnya daripada najis. Adakalanya kita turut merasa ragu-ragu dengan pakaian kita untuk menunaikan solat. Jom semak beberapa najis yang dimaafkan yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Raji Musa;

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
seperti najis yang dibawa oleh lalat, walaupun daripada jenis mughallazah, tetapi kita tidak mampu melihatnya

2. Kesan yang tertinggal pada kemaluan
Selepas dibersihkan dengan istinjak dengan batu atau kertas tisu dan seumpanya. Ia dimaafkan bagi pelakunya sahaja. Maka dibolehkan orang yang beristinjak dengan batu dan seumpamanya menjadi imam dan melakukan ibadat yang lain. Maksudnya jika untuk orang lain tidak boleh seperti bertawaf sambil mendukung ornag yang beristinjak dengan batu, maka tawaf orang yang mendukung tidak sah kerana najis pada kemaluan ornag yang didukung

3. Air Lecak
Air lecak yang bercampur dengan najis dimaafkan dengan syarat:
a. Najis tidak kelihatan

b. Orang yg berjalan pada lecah yang sedaya upaya menjaga dari terkena lecah tersebut

c. Air lecak terkena pada pakaian ketika dia berjalan atau menunggang kenderaan atau terjatuh

d. Najis terkena pada pakaian atau badan. Selain itu tidak dimaafkan

4. Debu najis
Debu najis yang telah kering dimaafkan

5.Air liur basi
Air liur  basi yang keluar dari perut(berwarna kekuningan dan berbau busuk) adalah najis. Namun jika seseorang itu sentiasa mengeluarkan air liur seperti ini, maka dimaafkan baginya.

6. Darah yang berbaki
Darah yang berbaki pada daging atau tulang haiwan yang disembelih adalah dimaafkan

7. Asap
Asap najis sekiranya sedikit maka dimaafkan.jika banyak, tidak dimaafkan

8. Wap Najis
Wap najis yang yang dimaafkan adalah wap najis yang terjadi dibakar oleh api sekiranya sedikit.

9. Bulu binatang
Bulu binatang yang selain anjing dimaafkan sekiranya sedikit. bagi orang yang menunggang keldai, bulu keldai yang najis itu dimaafkan walaupun banyak pada pakaian orang yang menunggangnya, tetapi bulu anjing tidak dimaafkan walaupun sedikit

10. Darah kutu/ pepijat/ nyamuk/seumpamanya
Darah yang seperti diatas yang terkena secara tidak sengaja pada pakaian yang dipakainya adalah dimaafkan kerana sukar mengelak. tidak kira sedikit ataupun banyak. Bagi pemakai darah tersebut adalah dimaafkan dan jika ada orang sedang bersolat disejadah dan terkena darah ini adalah dimaafkan.
Jikan pembunuh haiwan di atas jika terkena pada pakaian adalah dimaafkan jika sedikit.

11. Darah luka jerawat
Darah seumpama luka jerawat atau nanah, sekiranya sedikit adalah dimaafkan. Begitu juga luka pecah secara tidak sengaja dimaafkan walaupun banyak.

12. Darah yang sedikit
Sekiranya darah sedikit dan tidak disengajakan yang terkena pada badan ataupun baju adalah dimaafkan

13. Najis ikan
Najis ikan tidak menajiskan air melainkan sekiranya najis tersebut banyak hingga mengubah sifat air. Contohnya ika di dalam akuarium. Selagi sifat air tidak berubah, maka ia dikira suci


~Wallahualam~ Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment