Assalamualaikum sahabat sekalian. maaf terlambat mengucapkan selamat tahun baru. 2013 sudahpun melabuhkan tirai menyahut seruan 2014 yang tidak sabar bertandang. segala duka, suka, tangis, tawa di 2013 telah kita tempuhi.
Sebelum melangkah lebih jauh ke alam 2014 ini, mari sama-sama kita bermuhasabah diri. Apa khabar iman? Sudah diperbaharui kah energy iman kita? atau masih suram di takuk lama? atau sudah kian layu hari demi hari?
Apa khabar amal? masih utuhkan? atau sudah ada azam baru untuk memperbaiki amal? atau masih bermalas-malasan? Banyakkan perkara yang perlu kita titik beratkan. Allah sentiasa menilai amal dan iman kita seharian. Dia tidak pernah meninggalkan kita. Hanya kita yang sentiasa leka dan alpa dengan dunia yang penuh dengan hawa nafsu ini.
Saya telah melalui pelbagai jerih perih sepanjang di alam 2013. Terasa begitu singkat masa berlalu. tanpa saya sedari, sebelum tidur, saya selalu teringat akan apa yang telah terjadi sebelum ini. Apa kesalahan dan dosa yang saya lakukan. Tidak kira secara zahir ataupun batin. Sekelip mata sahaja Allah boleh memalingkan suka kepada duka, ada kepada tiada, sihat kepada sakit. Segalanya mungkin. namun saya tidak pernah menyalahkan pencipta. Kerana, semua ujian yang berlaku kerana membetulkan paksi kita sebenarnya. masakan tidak, Allah menyayangi hambaNya daripada terus hanyut dengan segala dosa dan maksiat, didatangkan kepada kita kesedihan mungkin dengan cara kehilangan.
Pada pendapat peribadi saya yang mengamati keadaan sekeliling, ramai muda-mudi mengamalkan hidup bercouple. Pada mereka tidak salah selagi tidak berbuat apa-apa. namun hakikatnya couple itu adalah merupakan tunjang dan akar segala maksiat. Semuanya tidak mengikut syariat hatta sangat melalaikan. Semua hanyut dibuai bersama pasangan masing-masing tanpa menyedari hakikat sebenarnya bahawa semua itu adalah dilarang sama sekali. Jadi Allah yang masih sayangkan hambanya, memberikan kehilangan buat insa-insan tersebut supaya kembali mengingati Allah dan kembali menyantuni Syariat. Hanya orang-orang yang sedar sahaja memahami apa yang telah tertakdir. Bukankan semuanya telah Allah tentukan? jodoh itu? kenapa perlu lagi memilih maksiat sedangkan satu hari yang pasti akan ketemu juga kita dengan pilihan yang telah Allah hantarkan.
Cuma berdoa sahaja untuk yang terbaik. Kerana "lelaki yang baik dikalangan kamu adalah termaktub untuk wanita yang baik".
2014 yang penuh dengan cabaran ini membuatkan semua orang lebih matang dalam menilai setiap yang terjadi. Dengan diri kita sendiri telah menjadi bahan eksperimen bagi pihak-pihak tertentu yang menaikkan harga segala barang. Tempiasnya ada pada kita. sangat perit menjadi seorang rakyat dibawah naungan manusia yang tidak meletakkan AlQuran dan Sunnah sebagai panduan. Sangat saya cemburu dengan negara brunei yang memertabatkan islam dan menjaga segala kebajikan rakyat mereka. MasyaAllah. masih ada pemimpin yang melaungkan Kalimah Allah dan menyandarkan segala hukum hakam melaui ALQuran. Saya amt kagum!
sampai suatu masa kita akan dihujani dengan pelbagai bala dan musibah akibat penyelewengan setiapnya demi kepentingan diri. hanya tunggu masa dan ketika. Saat itu mungkin negara kita yang kita sayangi akan menjadi padang jarak padang terkukur seperti di Banda Acheh. Segalanya mungkin. Akibat seorang yang tidak bertanggungjawab, satu pelosok negara mungkin bakal merasai nikmat Musibah itu.
Apapun, selamat mempebaharui iman dan amal. Moga hari esok lebih baik dari hari ini. moga keredhaan Allah sentiasa mengiringi kita. Moga setiap butir yang keluar dari mulut dan lidah kita merupakan emas yang sangat beharga dan moga kita terus istiqamah dalam melayarkan 2014 sehingga kepenghujungnya
Salam tahun baru. Semoga Allah memulikan Kalian dan memberkati kalian.
No comments:
Post a Comment