Assalamualaikum semua. diharapkan sihat hendaknya. lagi 6 hari sahaja kita bakal menerima kunjungan Ramadhan Qareem. Rasa tidak sabar terpahat di hati setiap umat islam buat mengimarahkan Rmadhan Kali ini. Entah kenapa saya rasa sayu sekali. 6 hari, masih sempat kah lagi saya menjejak Ramadhan? Ada masa lagikah Allah berikan pada saya untuk menerima kunjungan Ramadhan? Allahu terasa sebak di dada memikirkan ramai sekali orang sekeliling saya yang kehilangan insan tersayang disaat-saat Ramadhan dan syawal bakal menjengah.Lantas hati terusik " daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali" Astagfirullah...Sesungguhnya mati itu pasti. Berbakti lah kepada diri sendiri,ibu bapa dan masyarakat agar kita tidak menyesal kemudian hari nanti.
Dah panjang yang saya ceritakan, ni saya ingin ceritakan satu kisah dimana saya bertemu dengan seorang anak muda yang mempunyai bengkel kereta yang sangat jujur pada kiraan saya. Saya sentiasa hantar kereta saya di kedai yang saya panggil abg din. Tiap kali saya hantar, kalau saya tanya, " ang din, lower arm ni berapa?" dia akan jawab lower arm, sekian harga upah 30 ringgit. Macam tulah kiranya. Beliau akan jawab harga dan upah sekali.
Pernah satu ketika saya tukar minyak hitam di satu kedai lain, orang tu bagi tahu saya, "tukar minyak power stereng kak dah kotor sangat ni". saya tanya " berapa?"
Dia jawab " 130 sekali flush semua"
saya macam tak sedap hati. saya terus pergi keai bag din tu. " Abg din tukar minyak power stereng berapa?" " 30 dik" jawabnya ringkas. Terbeliak mata saya. memang dia siap flush semua sekali sampai bersih. Alhamdulillah. Kalau tidak melayang lah 100 saya tanpa sebab.
Pernah kereta saya rosak senja masa saya nak balik kerja sebab langgar air. Alhmaklumlah kereta lama. Call abg din ni, Dia datang dengan pekerja dia sekali hujan-hujan jaraknya hampir 30km kat tempat kerja saya dengan kereta dia yang tak da aircond tu. Tapi sebab ikhlasnya hati dia, Alhamdulillah dia mampu datang tanpa merungut sikit pun. Caj pun dia tak kira. Saya sendiri yang lebihkan sebagai saguhati sanggup datang dari jauh menghulurkan pertolongan.
Hari jumaat kedainya beroperasi selepas Jumaat, bagi memeberi laluan kepada solat jumaat. Kalaulah semua bengkel kereta Orang islam begini, MasyaAllah, Alangkah baiknya.
Bagi yang berdekatan dengan Bidor, bolehla berkunjung ke kedai beliau yang terletak di Rumah awan tiga bidor. Serius tak rugi. beliau memang sangat suka membantu dan jujur. InshaAllah. No telefon beliau 0193803284. Saya selalu call dulu sebelum nak datang, kadang-kadang dia bawa anak dan isterinya keluar dan tak buka kedai.
No comments:
Post a Comment