SEEKING MARDHATILLAH

Monday, 16 June 2014

TIPS HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM

Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera hendajnya. Apa khabar iman? masih sama, atau sudah upgrade? Moga-moga kita semua bersedia menghadapi Ramadhan yang menjelma ini. InshaAllah.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat di dalam majalah solusi jilid 49 tip hilangkan PANAS BARAN CARA ISLAM.

MENGUBAH POSISI
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring." (Riwayat Muslim)

BERWUDUK
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya padam dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk." (Riwayat Abu daud)

MEMBACA TA'AWUZ
Lafaznya " A U'zubillah hi Minasyaitanirrajim " " Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam"

BERZIKIR
Banyakkan berselawat, bertahmid, bertahlil dan bertakbir

KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila hendak marah kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR
Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan

BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

~SELAMAT BERAMAL~

No comments:

Post a Comment