Assalamualaikum sahabat pembaca. sudah lama tidak menaip di blog yang satu ini akibat kekangan masa dengan kelas dan kerja. So kali ini sahaja nak share info yang saya dapat dari sebuah majalah favourite saya. Rasanya ini sangat berguna untuk kita dan sebgai muhasabah buat diri kita. InshaAllah
INTIPATI NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
Sumber: SOLUSI ISU 69
AYAT 14-15: MOTIVASI BAKTI IBU BAPA
Luqman menyuntik motivasi berbakti kepada ibubapa;
- Mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat islam
- tidak membantah dan kasar dalam tutur bicara
- ibubapa orang yang paling banyak berkorban untuk anak
AYAT 16:SETIAP PERBUATAN BERBALAS
Luqman menanam prinsip bahawa setiap perbuatan baik buruk sekecil manapun akan dibalas Allah
Beliau memisalkan satu biji benih sawi di tengah padang pasir pun diketahui Allah
AYAT17: SOLAT, AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Luqman mengingatkan anak-anaknya;
- Komited solat; solat bukti komitmen paling asas seorang hamba terhadap Allah
- Tidak padan dengan diri sendiri sahaja baik, mesti perlu mengajak orang laik berbuat baik dengan amar makruf nahi mungkar
- tetap bersabar melakukan amar makruf nahi mungkar yang pastinya banyak ujian terjadi.
AYAT 12-13:HIDUP BEBAS SYIRIK
Luqman mengingatkan anak-anaknya tentang bahaya syirik; satu-satunya dosa yang Allah tidak sudi ampunkan selepas mati jika belum bertaubat
AYAT 18-19: AKHLAK DILUPA JANGAN
Luqman menegaskan supaya benar-benar menjaga akhalk sesama manusia, hinggakan beliau mengajar seremeh-remeh adab
- jangan memalingkan muka dengan orang lain
- jangan berjalan dengan lagak sombong. berjalan dengan sederhana
- bercakap dengan suara rendah. tidak lantang dan menjerit-jerit
- ramai yang rajin beribadah dan rajin mengaji namun hubngan dengan manusia tidak baik
No comments:
Post a Comment