SEEKING MARDHATILLAH

Monday, 23 June 2014

ANAK MUDA YANG JUJUR



Assalamualaikum semua. diharapkan sihat hendaknya. lagi 6 hari sahaja kita bakal menerima kunjungan Ramadhan Qareem. Rasa tidak sabar terpahat di hati setiap umat islam buat mengimarahkan Rmadhan Kali ini. Entah kenapa saya rasa sayu sekali. 6 hari, masih sempat kah lagi saya menjejak Ramadhan? Ada masa lagikah Allah berikan pada saya untuk menerima kunjungan Ramadhan? Allahu terasa sebak di dada memikirkan ramai sekali orang sekeliling saya yang kehilangan insan tersayang disaat-saat Ramadhan dan syawal bakal menjengah.Lantas hati terusik " daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali" Astagfirullah...Sesungguhnya mati itu pasti. Berbakti lah kepada diri sendiri,ibu bapa dan masyarakat agar kita tidak menyesal kemudian hari nanti.

Dah panjang yang saya ceritakan, ni saya ingin ceritakan satu kisah  dimana saya bertemu dengan seorang anak muda yang mempunyai bengkel kereta yang sangat jujur pada kiraan saya. Saya sentiasa hantar kereta saya di kedai yang saya panggil abg din. Tiap kali saya hantar, kalau saya tanya, " ang din, lower arm ni berapa?" dia akan jawab lower arm, sekian harga upah 30 ringgit. Macam tulah kiranya. Beliau akan jawab harga dan upah sekali.

Pernah satu ketika saya  tukar minyak hitam di satu kedai lain, orang tu bagi tahu saya, "tukar minyak power stereng kak dah kotor sangat ni". saya tanya " berapa?" 

Dia jawab " 130 sekali flush semua"

saya macam tak sedap hati. saya terus pergi keai bag din tu. " Abg din tukar minyak power stereng berapa?" " 30 dik" jawabnya ringkas. Terbeliak mata saya. memang dia siap flush semua sekali sampai bersih. Alhamdulillah. Kalau tidak melayang lah 100 saya tanpa sebab.

Pernah kereta saya rosak senja masa saya nak balik kerja sebab langgar air. Alhmaklumlah kereta lama. Call abg din ni, Dia datang dengan pekerja dia sekali hujan-hujan jaraknya hampir 30km kat tempat kerja saya dengan kereta dia yang tak da aircond tu. Tapi sebab ikhlasnya hati dia, Alhamdulillah dia mampu datang tanpa merungut sikit pun. Caj pun dia tak kira. Saya sendiri yang lebihkan sebagai saguhati sanggup datang dari jauh menghulurkan pertolongan.

Hari jumaat kedainya beroperasi selepas Jumaat, bagi memeberi laluan kepada solat jumaat. Kalaulah semua bengkel kereta Orang islam begini, MasyaAllah, Alangkah baiknya.

Bagi yang berdekatan dengan Bidor, bolehla berkunjung ke kedai beliau yang terletak di Rumah awan tiga bidor. Serius tak rugi. beliau memang sangat suka membantu dan jujur. InshaAllah. No telefon beliau 0193803284. Saya selalu call dulu sebelum nak datang, kadang-kadang dia bawa anak dan isterinya keluar dan tak buka kedai.

Thursday, 19 June 2014

KEDAI BUKU ONLINE YANG SAYA SUGGEST

Assalamualaikum semua. Apa khabar? dah bersediakah dengan Ramadhan yang bakal menjelma? Sama-sama lah kita melusuri Ramadha yang penuh mulia ini. Harap-harap dengan bertambahnya bilangan tahun yang telah kita hidup, makin bertambahlah amal dan ibadah kita. InshaAllah.

Ok hari ni saya nak share kedai buku online. Al maklumlah kan zaman di hujung jari ini, kemalasan dan kekangan masa yang kerap menerjah diri menyebabkan saya sentiasa cari barang-barang online. Termasuklah kitab-kitab. Saya seorang penggemar buku. dan hobi yang utama adalah membaca. so saya akan beli online...

Kat sini saya sertakan link bagi memudahkan semua yang gemar membaca boleh membeli buku online. memandangkan saya sangat minat dengan buku keluaran dari telaga biru dan PTS, jadi link yang saya beri ini amatlah berguna untuk semua,



 
Moga-moga bermanfaat buat kalian. semua dihujung jari. Pada saya ketiga-tiga link saya bagi ini adalah yang terbaik service dan feedback. Buku-buku pun variety. Cuma untuk yang ingin memiliki kitab syarah dan tafsir yang terbaik, boleh dapatkan di Atsar Enterprise. Mungkin banyak lagi kedai buku on9 yang terbaik, cuma saya belum jumpa lagi. Bolehla dikongsikan jika ada.

~ Wallahualam~

Monday, 16 June 2014

TIPS HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM

Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera hendajnya. Apa khabar iman? masih sama, atau sudah upgrade? Moga-moga kita semua bersedia menghadapi Ramadhan yang menjelma ini. InshaAllah.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat di dalam majalah solusi jilid 49 tip hilangkan PANAS BARAN CARA ISLAM.

MENGUBAH POSISI
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring." (Riwayat Muslim)

BERWUDUK
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya padam dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk." (Riwayat Abu daud)

MEMBACA TA'AWUZ
Lafaznya " A U'zubillah hi Minasyaitanirrajim " " Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam"

BERZIKIR
Banyakkan berselawat, bertahmid, bertahlil dan bertakbir

KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila hendak marah kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR
Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan

BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

~SELAMAT BERAMAL~