SEEKING MARDHATILLAH

Thursday, 19 December 2013

MENGISI MASA SENGGANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

MASA YANG DICARI

Sedikit perkongsian tentang buku baru yang baru saja di telaah. Maklum sahajalah kesibukan harian di tempat kerja membuatkan diri kepenatan terkadang seperti meronta meminta ruang buat hati di isi. Sementelah menjadi seorang yang bekerjaya menuntut seribu satu pengorbanan masa untuk memikul amanah Allah. Begitu juga dalam dakwah seharian. Walaupun tidak mampu berdakwah secara besaran terhadap orang ramai, mampu juga melakukan secara kecilan buat peringatan semua orang disekeliling tempat saya bekerja. Memberikan email/message berunsur peringatan dan mengajak kebaikan juga merupakan salah satu method dakwah. Di kesibukan ditempat kerja juga, Alhamdulillah rezeki Allah yang tidak pernah putus buat hambanya, tempahan-tempahan kek daripada rakan-rakan office juga tidak kurang juga. Dengan adanya sedikit kemahiran yang di gilap dan juga Ilmu yang diberikan oleh blogger2 professional dapat juga saya berkongsi Ilmu kurniaan Allah ini kepada sahabat-sahabat saya yang sudi mengunjungi halaman ini serta berkongsi resepi. Terkadang terasa lelah untuk menyiapkan semua, namun dengan perancangan masa yang baik, semuanya dapat dilaksanakan dengan baik Alhamdulillah, tidak terhingga nikmat Allah.

PENGISIAN HATI

Di dalam kesibukan seharian melunaskan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan juga tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling, diri ini sempat juga mentelaah buku motivasi karangan Hilal Ashraf. Setelah habisnya buku Cinta High Class karangan Ustazah Fatimah Syarha, Saya menyoroti buku terbaru yang saya beli ketika menyertai seminar BAYU tempohari. Novel motivasi berjudul Simfoni Cinta ini amat meresap ke dalam sanubari saya. Ceritanya mudah difahami dan mesej yang disampaikan jelas didalam cerita tersebut.

Pada saya tidak rugi membelanjakan sedikit wang buat pengisian hati. Maklumlah, hati ini berbolak balik, ada ketika seketul daging ini boleh menjadi hitam jika tiada apa-apa pengisian. Selain itu juga hati boleh diklafisikasikan sbagai gadjet seperti handphone. lebih banayk kita install application, lebih banyak kegunaanya, tetapi apabila kita kurang mengecasnya, bateri gadjet atau handphone kita akan low dan akhirnya perlu dicaskan semula untuk digunakan kembali. Sama juga dengan saya, jika tidak dapat menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan, saya akan membeli buku-buku buat memotivasikan diri saya. Selalunya saya akan mengambil masa sejam sehari sebelum tidur. Itulah ruang yang terbaik buat hati saya menerima segala pengisian. Kerana waktu sebelum tidur adalah waktu saya merehatkan badan yang telah seharian  melakukan pelbagai aktiviti. Jadi setelah dapat merehatkan badan, minda saya lebih tenang untuk bermuhasabah. begitu juga ketika bertahajjud. Waktu itu adlaah waktu yang sangat tenang untuk meluahkan dan bercerita dengan Pencipta kita. itulah waktu yang sangat afdal untuk berkasih sayang dengan Pencipta saya. Masakan tidak, itulah waktu yang sangat sunyi paling khusyuk untuk mengabdikan diri pada pencipta saya. Subhanallah...

SIMFONI CINTA

Buku Simfoni cinta ini tidak terjerat atau terkepung kepada penulisan cinta yang di alami Remaja Muda-mudi sahaja. Ia menekankan cinta yang tidak lalai atau jauh dari Ilahi. Sepertimana yang kita tahu, Apabila berbicara tentang cinta analisa terus kepada perasaan cinta seorang perempuan kepada seorang lelaki. Namun di dalam konteks Simfoni cinta ini, dapat saya perhatikan, buku ini ,lebih merakam rasa cinta yang tidak terhingga kepada Ilahi, sungguhpun hati dimiliki oleh seorang suami, namun rasa cinta kepada Ilahi adalah yang teragung dan teratas. Demikian juga halnya rasa cinta yang membara untuk berjihad ke jalan Allah demi meraih syurga di sana. So konklusi dari buku ini, rasa cinta itu sangat luas, namun cinta yang teratas dan teragung adalah Cinta kepada Ilahi, nescaya kamu tidak sekali-kali diabaikan, dilukai, dan disakiti..
Terkadang cinta yang begitu mendalam kepada seseorang membuatkan pintu-pintu neraka akan tebuka tambahan sebelum akad dilafazkan. Nah, ramai yang tewas. Berapa ramai yang dapat menjaga Cinta kepada Allah di saat hati bersulam bahagia bersama kekasih yang bukan mahram? Pada kiraan saya tidak ramai yang mampu menjaga cinta kepada Ilahi setelah cinta manusia berputik. lalu tersenyum gembira Syaitan laknatullah kerana bisa mempersendakan hati ummat Muhammad. Lihat!! sungguh licik permainan shaitan bukan.

Saya juga sedang menjaga hati dan hubungan dengan insan yang bakal menjadi bakal suami saya. Kami menjarakkan hubungan dengan tidak berhubung supaya pintu-pintu untuk shaitan bertepuk tangan tiada. begitu juga, di saat hati sedikit kegusaran, saya memilih membuat solat sunat meminta dia di lindungi supaya tiada apa-apa yang dahsyat berlaku.



No comments:

Post a Comment