SEEKING MARDHATILLAH

Monday, 30 December 2013

DALAM MIHRAB CINTA

Assalamualaikum sahabat pembaca yang dikasihi Allah.Moga sentiasa berada dalam redhaNya. Kali ini saya nak berkongsi buku yang saya telah baca. Sebenarnya dah lama saya menghabiskan pembacaan novel dakwah dan cinta mengikut syariat karya ulung Habiburrahman El Shirazy ini. Bahasanya ringakas dan mudah untuk difahami walaupun versi indonesia, namun kita boleh faham apa isi kandungannya.

Dalam Novel ini terkandung 3 buah cerita yang berlainan dan di 'compile' menjadi satu novel.

Cerita pertama "Takdir cinta Zahrana" tentang seorang perempuan yang telah berusia namun belum mendirikan rumahtangga kerana calon-calonya bukan pilihan yang tepat untuk buat dirinya. Lalu dia akhirnya dipinang oleh anak muridnya sendiri.

cerita kedua "Dalam Mihrab Cinta" pula berkenaan seorang  yang belajar di sekolah pondok, kemudian difitnah rakan sendiri, dihalau keluarga dan akhirnya menjadi seorang "pick pocket". Akhirnya beliau telah insaf ,kembali ke jalan Allah dan  memulakan hidup baru serta memulangkan kesemua wang yang telah dicuri dan jatuh hati dengan seorang perempuan yang baik.

Cerita Ketiga adalah "Mahkota Cinta" iaitu cerita berkenaan seorang lelaki bernama Zul yang berhijrah ke kuala lumpur untuk menyambung pengajiannya  akhirnya bertemu dengan seorang perempuan yang di ingatkan hanya pekerja jalanan rupanya perempuan itu adalah juga seorang mahasiswi seperti tanpa beliau sedari telah jatuh cinta. Tetapi apabila beliau ingin meminang perempuan tersebut, rumah yang perempuan itu duduk telah diserbu oleh penguatkuasa agama. Akhirnya Zul berputus asa menyangka perempuan itu adalah dikalangan  peremouan jahat atau kotor. Mereka bertemu di Indonesia akhirnya dan bernikah.

Diharapkan anda mempunyai satu jilid buat mengisi masa sengagang dan motivasi diri. Buku ini penuh manfaat dan penuh dengan dakwah serta pengajaran. In Sha Allah dapat sama-sama kita membaiki diri. Wallahualam

No comments:

Post a Comment