SEEKING MARDHATILLAH

Thursday, 21 November 2013

SUBHANALLAH...KEHILANGAN SEORANG SYAHIDUL SOLEH

 

TAKEN FROM http://nursadiqah.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-ahmad-ammar-ahmad-azam.html

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...



"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185
...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 
 



Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di R
MC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H

No comments:

Post a Comment