SEEKING MARDHATILLAH

Thursday, 14 November 2013

PERKAHWINAN IMPIAN

ASSALAMUALAIKUM

Terdetik untuk membualkan perkara tentang perkahwinan impian. Bukanlah satu topik yang besar, tetapi saya mengimpikan perkahwinan dakwah yang bermaksud, semasa majlis walimah berlangsung sekurang-kurangnya ada sedikit pendekatan dakwah. Maksud yang jelas adalah keadaan semasa pernikahan dan juga majlis resepsi.

Saya tidak mengimpikan perkahwinan seperti membina sebuah mahligai lagaknya majlis tersebut, kerana saya tahu pernikahan itu sudah terbinanya sebuah mahligai buat saya dan juga bakal suami saya untuk saya mengharungi suka duka kehidupan bersama.

 Saya menginginkan Alunan ayat suci Al Quran untuk permulaan majlis saya, dan juga lagu-lagu yang didendangkan lebih kepada nasyid dan dzikir. Saya mahu semua orang yang hadir tidak meraikan saya semata tetapi juga sempat mengingati Allah di dalam majlis naif saya. Begitu juga saya tidak mahu majlis saya dicemari dengan maksiat dan fitnah.  Memang kita tidak mampu mengubah semua, tetapi kita mampu membuat sedikit perubahan didalam majlis perkahwinan kita yang terlalu membazir dan mengikut adat sedangkan hukum hakam agama di letakkan ketepi. Katanya sekali seumur hidup. Nauzubillah. Ingin saya tegaskan, sekali seumur hidup, dosanya seumur hidup.


Saya juga sangat seronok jika pengantin kedua-dua pihak sampai, di alunkan selawat beramai-ramai. Rasanya lebih seronok begitu, terasa lebih barokah majlis saya. Untuk door gift pula, ingin sekali saya menghadiahkan setiap seorang tetamu yang hadir senaskah mini AlQuran. Sebabnya, saya ingin mereka membawa Kalam Allah itu kemana-mana sahaja mereka pergi supaya mereka tiada alasan lagi untuk tidak membaca AlQuran sekurang-kurangnya. Itu lebih bagus dari menghabiskan ribuan ringgit dengan door gift yang merepek-repek bahkan sangat menyanjungi amalan syaitan hasilnya tiada apa dapat disemai. Jika tidak mampu pun saya ingin sekali memberikan senaskah Yassin buat mereka. Saya mengimpikan tetamu yang hadir mempunyai Yassin Ataupun AlQuran mobile (bergerak) lebih tepat lagi kalam Allah yang mobile (boleh dibawa kemana-mana)

Ini sahaja impian perkahwinan saya, moga-moga Allah izinkan. Moga perkahwinan impian saya menjadi dakwah buat orang lain. tidak perlu membazir puluhan ribuan ringgit tanpa ada manfaat yang hhebat buat saham akhirat dan akhirnya agama dan diri terfitnah.

No comments:

Post a Comment