Assalamualaikum
PERKAHWINAN
di Musim-musim sekolah ini mungkin ramai yang mendapat kad undangan perkahwinan daripada jiran-jiran dan juga rakan taulan. indahnya sebuah perkahwinan. Masakan tidak, semuanya dikongsi bersama. Setelah akad dilafaz, termeterai sebuah janji melayar bahtera abadi pengemudinya sang suami dan penunjuk arahnya sang isteri. Suka duka sama-sama dikongsi. lebih menggembirakan merasai sendiri melahirkan zuriat hasih dari benih yang ditanam, disemai dan dituai mengeluarkan mujahid dan mujahidah dari rahim seorang yang bergelar ibu.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
Seorang wanita amat mudah jalannya ke syurga. Namun ramai juga menempah tiket keneraka. Atas kerana keingkaran mereka kepada suami, hilang hormat dan rasa diri terlalu besar serta ego yang tinggi. Nauzubillahminzalik. Semoga saya terhindar dari menjadi perempuan sebegini kepada bakal imam saya. bahasa mudahnya, Perkahwinan itu seperti sebuah perjudian. Namun, kita sendiri mencorakkan dimana letak duduk sebuah rumahtangga yang aman, damai bahagia, barokah wa rahmah. Lihat sahaja keluarga yang pincang. Saya boleh katakan berdasarkan pengamatan saya sekeliling, kebanyakan mereka ibu dan bapa tidak melazimi solat apatah solat sunat. Kurang membaca AlQuran dan juga tidak memertabatkan islam didalam diri dan juga tidak menunjukkan nilai-nilai islam untuk ikutan anak-anak.
CALON SUAMIKU
Ramai orang meletakkan syarat untuk memenuhi kehendaknya memilih calon suami. Bagi saya sebagai seorang perempuan, perlu ada syarat kelayakan seorang ciri-ciri seorang suami. bukan memilih, tetapi ckup untuk saya tahu yang dia bakal menjadi imam terbaik untuk saya dan anak-anak. saya tidak mahu anak saya melihat abi mereka tidak taat kepada Allah. Saya juga tidak mahu anak-anak saya melihat Abinya tidak menunaikan tuntutan Allah. Saya ingin anak-anak menjadikan abi dan uminya role model kehidupan mereka selain Nabi Muhammad SAW.
Segelintir orang meletakkan paras rupa sebagai salah satu syarat untuk memilih bakal suami mereka. Namun pada saya paras rupa or handsome itu satu subjektif. cukuplah beliau sedap mata saya memandang. Pada saya semua ciptaan Allah itu cantik dan handsome. Jadi terpulang pada pandangan masing-masing menilainya.
Syarat yang wajib bagi fatwa hati saya adalah sayangkan Allah, Rasul dan Agamanya. Sebab saya memilih lelaki seperti ini bagi saya meraih syurga idaman, adalah apabila seorang lelaki menyayangi Agamanya yakni sekaligus menyayangi Allah dan RasulNya, bermakna beliau tidak akan leka dan alpa kepada suruhan Allah dan LaranganNya. Pada kiraan saya, apabila beliau menunaikan tanggungjawanya kepada Allah, bermakna beliau juga tidak akan mengabaikan tugas sebagai seorang abi,suami dan sebagai seorang anak kepada ibunya. Sekiranya dia dapat melangsaikan tanggungjawabnya, beliau pasti mengetahui nafkah dan hak anak isteri. itu adalah reason mengapa saya memilih lelaki seperti ini.
Firman Allah;
"Dan orang-prang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberirahmat Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (AT-TAUBAH 9:71)
Syarat yang kedua adalah taat kepada ibunya. Kerana Syurga seorang anak lelaki dibawah tapak kaki ibunya, pada saya sekiranya dia taat kepada ibunya bermakna dia juga dapat menunjukkan sifat yang baik kepada anak-anak supaya mencontohi dirinya dalam menyayangi abi dan uminya.
Dari Mu’wiyah bin Jahimah as-Salami bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi shallallahu alaihi wasallam lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Beliau berkata: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Ia menjawab: Ya, masih. Beliau bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, karena sesungguhnya surga itu di bawah kedua kakinya.”
Syarat yang ketiga adalah sabar dan cantik dalam pergaulannya. reason yang kukuh saya letakkan sabar adalah syarat yang kukuh adalah disebabkan pada saya seorang lelaki memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengemudi rumahtangganya. masakan tidak anak-anak yang berbagai ragam, isteri yang seorang tetapi berbagai ragam setiap hari. Sekarang lihatlah dunia sudah makin mencabar. di dada-dada akhbar berbagai kisah kematian meragut nyawa anak-anak dan isteri sendiri yang membunuhnya adalah suami sendiri. nauzubillahminzalik. Sebab itu lah sabar adalah syarat saya yang teratas untuk bakal suami saya. Saya tidak mahu talak dilafazkan tanpa sebab yang kukuh untuk solusi didalam setiap kesukaran dalam perhubungan saya. Untuk agama saya tidak terfitnah, saya merelakan ditalakkan sekiranya saya dimadukan. Saya meraikan pendapat orang lain yang tidak kisah berpoligami. tetapi berapa ramai yang menderita? sedangkan Saidatina Aisyah cemburu akan Rasulullah yang amat menyintai Khadijah. Saya ingin menguruskan cemburu saya dengan berkasihan dengan Allah. Baru agama saya tidak terfitnah. Saya lebih suka monogami. kerana saya ingin hidup dalam penuh redha dan keberkatan Allah. Tidak mahu ada rasa benci dan cemburu.
Menurut Prof. Syeikh Dr. Yusuf al Qadrawi,
'" Asas perkahwinan Muslim ialah, seorang lelaki dengan wanita yang menjadi penenang jiwa, buah hati, permaisuri istana dan tumpuan kebahagiaanya. Seterusnya ketenangan, kasih sayang akan menjadi mekar kepada mereka berdua. Itulah asas kehidupan berumah tangga menurut perspektif Al-Quran"
Nabi bersabda;
"Sesungguhnya agama itu mudah dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya " (Riwayat Bukhari)
Dan syarat kedua terakhir adalah dapat membimbing, membetulkan dan menegur segala kesilapan da kesalahan saya seharian. membimbing dan sama-sama memperbetulkan jalan di dalam rumahtangga adalah satu yang sangat indah. memang sukar menerima teguran. Tetapi demi kebaikan bersama saya suka suami yang sebegitu. Tarbiyyah dari insan yang bergelar suami sangat besar nilainya MasyaAllah.. sungguh indah.
Syarat terakhir adalah Redha dari Ibu dan Bapa saya. Jika saya memilih pasangan yang tidak diredhai ibubapa saya. Saya akan menolak untuk bernikah dengannya. Biar saya tidak berkahwin asalkan redha orang tua saya mengiringi saya Kerana Redha Allah selari Redha ibubapa.
Dan saya berharap kisah silam saya dan bakal suami akan ditanam rapat-rapat supaya dapat membina kehidupan yang lebih barokah, mawaddah wa rahmah. Kisah silam tidak perlu diungkit, mahupun ditanya kerana kisah silam itu boleh jadi ada yang menggembirakan adapula dukanya. dan kadangkala kisah silam itu mebawa pertengkaran dan pergaduhan. akibat cemburu buta dan tanpa sebab dan musabab menjatuhkan talak.
PERNAH DIRISIK
Di akhir-akhir ini diri ini kerap dirisik oleh teman-teman mama. Maklumlah sudah lanjut usia dan masih tiada ikatan janji. Tambahan pula saya sudah tamat pengajian. Mata orang sekeliling ligat mencari pasangan untuk anak-anak bujang mereka. Saya salah seorang yang terpaksa berdepan dengan keadaan yang seumpama ini. Tapi saya raikan dengan hikmah dan senyuman. Al-maklumlah, saya sudah meletakkan kriteria tertentu untuk bakal suami saya. Jadi saya menilai dahulu latar belakang beliau. Saya bukanlah memandang sangat kepada harta dan wang ringgit kerana itu tidak boleh dibawa ke alam barzakh nanti. Saya cuma mahukan Keberkatan dari Allah. Apabila saya dirisik, saya melihat Agamanya dan Akhlaknya. Agamanya boleh dikatakan perfect. Solatnya ke masjid juga. ada juga menjejakkan kaki. Tetapi Akhlaknya. saya rasa tidak mampu. Melihat akhlaknya meruntun hati saya. Dia pernah membawa pasangan tidur ke rumah banyak kali. Ujar yang mengenali dirinya. Lantas say tanyakan perihal tersebut kepada ibu beliau dan beliau mengaku. Bukankah haram walaupun sudah bertunang? selagi belum bernikah.
Lantas istikharah kepada Allah adalah solusi kepada setiap masalah. Hati ini mearsa berat. Bukan saya tidak pernah melakukan kesilapan. Tetapi saya sedang berusaha memperbaikinya supaya saya ke arah cinta HIGH CLASS. Saya impikan lelaki yang kuat mujahadah melawan nafsu. Kuat mengatakan tidak pada yang haram. Bukan menghalalkan yang haram.
Begitu juga dengan Risikan kedua. Akhlaknya bagus. tiptop. Tetapi Agamanya Astagfirullah.. Mungkin dia nampak baik agamanya di sebalik akhlaknya yang nampak budiman. Jadi, Tidak bagi saya. Saya akan menunggu Si Dia datang meminang saya dalam keadaan yang serba barokah. Saya kirakan mungkin tidak lama lagi. Mungkin!! Segalanya saya serahkan kepada Allah. Dia yang berhak menentukan Segalanya. Biarlah apa tanggapan orang, yang penting saya tahu dan Allah tahu. Itu lebih penting! Istikharah saya telah menunjukkan orang yang tepat pada kiraan saya. Tapi saya masih meneruskan supaya saya mendapat jawapan yang lebih jelas buat panduan hidup saya.
AKHIR KALAM
Saya tidak mengimpikan bakal suami saya setampan Nabi Yusoff kerana saya tidak secantik Zulaikha. Saya juga tidak mengaharapkan Sesempurna Rasulullah kerana saya tidak sebaik Khadijah. cukuplah beliau sempurna dimata Allah dan mampu melengkapi saya sebagai seorang isteri dan membahagiakan saya dan anak-anak. kerana saya tahu beliau dan anak-anak adalah pinjaman dari Allah.
Biar apabila janji dimeterai, sama-sama meraih redha Allah dan dan Syurga Abadi. Saya tidak mahu sahaja dibimbing, saya juga mahu menjadi sedikit penunjuk arah kepada suami apabila beliau kebuntuan dan kehilangan arah. saya tidak mahu hanya menjadi pendengar, saya juga mahu menjadi pelontar buah fikiran dan pandangan supaya suami mendapat manfaat bersama. saya tidak hanya mahu melihat, tetapi saya juga mahu sama-sama memperbetulkan setiap sebesar kuman kesilapan agar sejahtera nakhoda yang dibina.
Wahai Bakal Mujahidku,
Aku tahu engkau berada berpijak di bumi yang nyata
Bernafas di Udara yang sama
Aku mengharapkan Engkau tenang jika didatangi godaan
dari insan bernama wanita yang menjadi perhiasan indah di muka bumi
Kurniaan Allah SWT.
Moga Lafaz akad akan terucap buat diriku
dan aku menjadi sah Buat dirimu
Akan kutunggu saat itu
saat kita menjadi satu
melayari Bahtera yang dibina bersama.
No comments:
Post a Comment