SEEKING MARDHATILLAH

Monday, 28 October 2013

CALON SUAMI,IMAM DAN AYAH KEPADA ANAK-ANAKKU

Assalamualaikum

PERKAHWINAN

di Musim-musim sekolah ini mungkin ramai yang mendapat kad undangan perkahwinan daripada jiran-jiran dan juga rakan taulan. indahnya sebuah perkahwinan. Masakan tidak, semuanya dikongsi bersama. Setelah akad dilafaz, termeterai sebuah janji melayar bahtera abadi pengemudinya sang suami dan penunjuk arahnya sang isteri. Suka duka sama-sama dikongsi. lebih menggembirakan merasai sendiri melahirkan zuriat hasih dari benih yang ditanam, disemai dan dituai mengeluarkan mujahid dan mujahidah dari rahim seorang yang bergelar ibu.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
Seorang wanita amat mudah jalannya ke syurga. Namun ramai juga menempah tiket keneraka. Atas kerana keingkaran mereka kepada suami, hilang hormat dan rasa diri terlalu besar serta ego yang tinggi. Nauzubillahminzalik. Semoga saya terhindar dari menjadi perempuan sebegini kepada bakal imam saya. bahasa mudahnya, Perkahwinan itu seperti sebuah perjudian. Namun, kita sendiri mencorakkan dimana letak duduk sebuah rumahtangga yang aman, damai bahagia, barokah wa rahmah. Lihat sahaja keluarga yang pincang. Saya boleh katakan berdasarkan pengamatan saya sekeliling, kebanyakan mereka ibu dan bapa tidak melazimi solat apatah solat sunat. Kurang membaca AlQuran dan juga tidak memertabatkan islam didalam diri dan juga tidak menunjukkan nilai-nilai islam untuk ikutan anak-anak.

CALON SUAMIKU
Ramai orang meletakkan syarat untuk memenuhi kehendaknya memilih calon suami. Bagi saya sebagai seorang perempuan, perlu ada syarat kelayakan seorang ciri-ciri seorang suami. bukan memilih, tetapi ckup untuk saya tahu yang dia bakal menjadi imam terbaik untuk saya dan anak-anak. saya tidak mahu  anak saya melihat abi mereka tidak taat kepada Allah. Saya juga tidak mahu anak-anak saya melihat Abinya tidak menunaikan tuntutan Allah. Saya ingin anak-anak menjadikan abi dan uminya role model  kehidupan mereka selain Nabi Muhammad SAW.

Segelintir orang meletakkan paras rupa sebagai salah satu syarat untuk memilih bakal suami mereka. Namun pada saya paras rupa or handsome itu satu subjektif. cukuplah beliau sedap mata saya memandang. Pada saya semua ciptaan Allah itu cantik dan handsome. Jadi terpulang pada pandangan masing-masing menilainya.

Syarat yang wajib bagi fatwa hati saya adalah sayangkan Allah, Rasul dan Agamanya. Sebab saya memilih lelaki seperti ini bagi saya meraih syurga idaman, adalah apabila seorang lelaki menyayangi Agamanya yakni sekaligus menyayangi Allah dan RasulNya, bermakna beliau tidak akan leka dan alpa kepada suruhan Allah dan LaranganNya. Pada kiraan saya, apabila beliau menunaikan tanggungjawanya kepada Allah, bermakna beliau juga tidak akan mengabaikan tugas sebagai seorang abi,suami dan sebagai seorang anak kepada ibunya. Sekiranya dia dapat melangsaikan tanggungjawabnya, beliau pasti mengetahui nafkah dan hak anak isteri. itu adalah reason mengapa saya memilih lelaki seperti ini.
 Firman Allah;
"Dan orang-prang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka  menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberirahmat Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (AT-TAUBAH 9:71)
Syarat yang kedua adalah taat kepada ibunya. Kerana Syurga seorang anak lelaki dibawah tapak kaki ibunya, pada saya sekiranya dia taat kepada ibunya bermakna dia juga dapat menunjukkan sifat yang baik kepada anak-anak supaya mencontohi dirinya dalam menyayangi abi dan uminya.

Dari Mu’wiyah bin Jahimah as-Salami bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi shallallahu alaihi wasallam lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Beliau berkata: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Ia menjawab: Ya, masih. Beliau bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, karena sesungguhnya surga itu di bawah kedua kakinya.”

Syarat yang ketiga adalah sabar dan cantik dalam pergaulannya. reason yang kukuh saya letakkan sabar adalah syarat yang kukuh adalah disebabkan pada saya seorang lelaki memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengemudi rumahtangganya. masakan tidak anak-anak yang berbagai ragam, isteri yang seorang tetapi berbagai ragam setiap hari. Sekarang lihatlah dunia sudah makin mencabar. di dada-dada akhbar berbagai kisah kematian meragut nyawa anak-anak dan isteri sendiri yang membunuhnya adalah suami sendiri. nauzubillahminzalik. Sebab itu lah sabar adalah syarat saya yang teratas untuk bakal suami saya. Saya tidak mahu talak dilafazkan tanpa sebab yang kukuh untuk solusi didalam setiap kesukaran dalam perhubungan saya. Untuk agama saya tidak terfitnah, saya merelakan ditalakkan sekiranya saya dimadukan. Saya meraikan pendapat orang lain yang tidak kisah berpoligami. tetapi berapa ramai yang menderita? sedangkan Saidatina Aisyah cemburu akan Rasulullah yang amat menyintai Khadijah. Saya ingin menguruskan cemburu saya dengan berkasihan dengan Allah. Baru agama saya tidak terfitnah. Saya lebih suka monogami. kerana saya ingin hidup dalam penuh redha dan keberkatan Allah. Tidak mahu ada rasa benci dan cemburu.

Menurut Prof. Syeikh Dr. Yusuf al Qadrawi,
'" Asas perkahwinan Muslim ialah, seorang lelaki dengan wanita yang menjadi penenang jiwa, buah hati, permaisuri istana dan tumpuan kebahagiaanya. Seterusnya ketenangan, kasih sayang akan menjadi mekar kepada mereka berdua. Itulah asas kehidupan berumah tangga menurut perspektif Al-Quran"

Nabi bersabda;

"Sesungguhnya agama itu mudah dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya " (Riwayat Bukhari)
Dan syarat kedua terakhir adalah dapat membimbing, membetulkan dan menegur segala kesilapan da kesalahan saya seharian. membimbing dan sama-sama memperbetulkan jalan di dalam rumahtangga adalah satu yang sangat indah. memang sukar menerima teguran. Tetapi demi kebaikan bersama saya suka suami yang sebegitu. Tarbiyyah dari insan yang bergelar suami sangat besar nilainya MasyaAllah.. sungguh indah.

Syarat terakhir adalah Redha dari Ibu dan Bapa saya. Jika saya memilih pasangan yang tidak diredhai ibubapa saya. Saya akan menolak untuk bernikah dengannya. Biar saya tidak berkahwin asalkan redha orang tua saya mengiringi saya Kerana Redha Allah selari Redha ibubapa.
Dan saya berharap kisah silam saya dan bakal suami akan ditanam rapat-rapat supaya  dapat membina kehidupan yang lebih barokah, mawaddah wa rahmah. Kisah silam tidak perlu diungkit, mahupun ditanya kerana kisah silam itu boleh jadi ada yang menggembirakan adapula dukanya. dan kadangkala kisah silam itu mebawa pertengkaran dan pergaduhan. akibat  cemburu buta dan tanpa sebab dan musabab menjatuhkan talak.

PERNAH DIRISIK

Di akhir-akhir ini diri ini kerap dirisik oleh teman-teman mama. Maklumlah sudah lanjut usia dan masih tiada ikatan janji. Tambahan pula saya sudah tamat pengajian. Mata orang sekeliling ligat mencari pasangan untuk anak-anak bujang mereka. Saya salah seorang yang terpaksa berdepan dengan keadaan yang seumpama ini. Tapi saya raikan dengan hikmah dan senyuman. Al-maklumlah, saya sudah meletakkan kriteria tertentu untuk bakal suami saya. Jadi saya menilai dahulu latar belakang beliau. Saya  bukanlah memandang sangat kepada harta dan wang ringgit kerana itu tidak boleh dibawa ke alam barzakh nanti. Saya cuma mahukan Keberkatan dari Allah. Apabila saya dirisik, saya melihat Agamanya dan Akhlaknya. Agamanya boleh dikatakan perfect. Solatnya ke masjid juga. ada juga menjejakkan kaki. Tetapi Akhlaknya. saya rasa tidak mampu. Melihat akhlaknya  meruntun hati saya. Dia pernah membawa pasangan tidur ke rumah banyak kali. Ujar yang mengenali dirinya. Lantas say tanyakan perihal tersebut kepada ibu beliau dan beliau mengaku. Bukankah haram walaupun sudah bertunang? selagi belum bernikah.

Lantas istikharah kepada Allah adalah solusi kepada setiap masalah. Hati ini mearsa berat. Bukan saya tidak pernah melakukan kesilapan. Tetapi saya sedang berusaha memperbaikinya supaya saya ke arah cinta HIGH CLASS.  Saya impikan lelaki yang kuat mujahadah melawan nafsu. Kuat mengatakan tidak pada yang haram. Bukan menghalalkan yang haram.

Begitu juga dengan Risikan kedua. Akhlaknya bagus. tiptop. Tetapi Agamanya Astagfirullah.. Mungkin dia nampak baik agamanya di sebalik akhlaknya yang nampak budiman. Jadi, Tidak bagi saya. Saya akan menunggu Si Dia datang meminang saya dalam keadaan yang serba barokah. Saya kirakan mungkin tidak lama lagi. Mungkin!! Segalanya saya serahkan kepada Allah. Dia yang berhak menentukan Segalanya. Biarlah apa tanggapan orang, yang penting saya tahu dan Allah tahu. Itu lebih penting! Istikharah saya telah menunjukkan orang yang tepat pada kiraan saya. Tapi saya masih meneruskan supaya saya mendapat jawapan yang lebih jelas buat panduan hidup saya.
AKHIR KALAM
 Saya tidak mengimpikan bakal suami saya setampan Nabi Yusoff kerana saya tidak secantik Zulaikha. Saya juga tidak mengaharapkan Sesempurna Rasulullah kerana saya tidak sebaik Khadijah. cukuplah beliau sempurna dimata Allah dan mampu melengkapi saya sebagai seorang isteri dan membahagiakan saya dan anak-anak. kerana saya tahu beliau dan anak-anak adalah pinjaman dari Allah.

Biar apabila janji dimeterai, sama-sama meraih redha Allah dan  dan Syurga Abadi. Saya tidak mahu sahaja dibimbing, saya juga mahu menjadi sedikit penunjuk arah kepada suami apabila beliau kebuntuan dan kehilangan arah. saya tidak mahu hanya menjadi pendengar, saya juga mahu menjadi pelontar buah fikiran dan pandangan supaya suami mendapat manfaat bersama. saya tidak hanya mahu melihat, tetapi saya juga mahu sama-sama memperbetulkan setiap sebesar kuman kesilapan agar sejahtera nakhoda yang dibina.

Wahai Bakal Mujahidku,
Aku tahu engkau berada berpijak di bumi yang nyata
Bernafas di Udara yang sama
Aku mengharapkan Engkau tenang jika didatangi godaan
dari insan bernama wanita yang menjadi perhiasan indah di muka bumi
Kurniaan Allah SWT.

Moga Lafaz akad akan terucap buat diriku
dan aku menjadi sah Buat dirimu
Akan kutunggu saat itu
saat kita menjadi satu
melayari Bahtera yang dibina bersama.

Monday, 14 October 2013

MADAH HATI



Bismillahirrahmanirrahim...

Memohon langkah dipanjangkan
Supaya sempat lagi nafas menyebut kalimahMu ku tebarkan di alam raya ini
Memperjuangkan sedikit demi sedikit pengorbanan harta demiMu Ya Allah
Agar sama-sama dapat dirasa untuk mereka yang kurang upaya

Pernah langkahku sedikit tersasar
Menegakkan yang Salah disisiMu
Alhamdulillah atas keagunganMu kau hadirkan cahaya dan petunjuk
Untukku memulakan langkah baru
Menyelak tabir-tabir baru
Melipat selimut kisah silam
Menidakkan yang salah dan membenarkan yang betul

Pernah aku mengharung lautan cinta yang kurasakan bahagia
Namun hampa sekelip mata kerana jauh dari redhaMu
Kau berikan aku duka dan hadiah merupakan kesakitan dan kekecewaan
Namun disebalik hadiah itu rupanya kutemui hikmah yang sangat indah
MeletakkanMu dan Rasul menjadi cinta pertamaku
Membuatkan aku terasa indah dan bahagia
Ternyata cinta insan tidak sebahagia ini
Walau di palit sedikit kesedihan sekali sekala
Namun aku tetap bahagia
Langkahku kian laju terasa
Membawa ke medan dakwah terasa bahagia
Terasa setiap nafas kuhirup begitu berharga
Terasa setiap tuturkata dari lidah sangat berharga buat tatapan semua

Kusemadikan setiap hariku bersama kalam Allah yang satu
Menerbangkanku ke Alam penuh Damai dan tenang
Sekali sekala teringat akan dosa dan kisah silam yang membuatku menjadi hamba Alpa dan Leka
Membiarkan Malaikat mencatit kejahatan serta syaitan bersiul bertepuk tangan tanda kemenangan
Ya Allah hinanya aku mengabaikan segala yang kau larang
Dan membiarkan diri menjadi serendah-rendahnya
Mujur kau berikan cahaya sebelum mata tertutup nafas terhenti
Aku tidak pernah berasa kosong tanpa cinta manusia yang bukan halal buatku
Bahkan terasa lapang dan senang
Menjadikan buku buku sebagai teman
kukirakan lebih bermakna sebelum melengkapkan tulang rusuk adam yang hilang
Kupersiapkan diriku menjadi solehah yang mungkin
Demi mendapat si soleh yang menjadi imam kepadu serta anak-anakku
Masakan aku tidak mahu setia bersahut dilafaz akad
Tetapi aku perlu menjadi Gedung Ilmu buat suamiku seperti saidatina Aisyah
Aku perlu memperkemas langkahku menerima segala kepayahan suamiku seperti Fatimah Alzahra
Aku harus menjadi menteri kewangan yang bijak menguruskan harta suamiku
Aku harus memperkukuh iman dan taqwaku menjadi mentor kepada anak-anakku
Dan aku perlu Mencintai agamaku lebih darimu wahai bakal imamku
Supaya apa sahaja yang bakal melanda pergantunganku kepada Allah tidak akan pergi
Walaupun saat-saat aku kehilanganmu
Walaupun saat-saat aku perlu menjadi Seperti Khaulah-Al Azwar

Aku bersyukur Ya Allah
kau datangkan pelangi setelah hujan berpanjangan
Kau datangkan Matahari setelah malam kelam berpanjangan
begitu juga kau datangkan musibah setelah engkau gantikan ketenangan buatku

Wahai bakal imamku,
Sempurnakan Agamamu dan perkukuhkan imanmu
Supaya dapat melengkapi diriku dan cahaya mata kita nanti
Disaat engkau kepatahan sayap aku akan menjahit sayapmu yang patah supaya boleh terbang semula
Disaat Kakimu kudung, aku akan menjadi kakimu menongkah arus ke medan dakwah
Disaat Engkau terasa kesusahan Aku akan menjadikan rumah kita sebagai taman syurga
Supaya engkau terasa damai didalamnya
Supaya engkau berasa tenang di dalamnya bersamaKu
Cuma aku berharap setiap hari engkau akan redha dan memaafkan setiap kesilapanku
Agar aku dapat menghidu bauan syurga tempat aku menjadi ketua bidadari buatmu nanti

Wahai bakal Imamku,
Aku berharap kisah silamku jangan kau ungkapkan lagi
Kerana aku manusia biasa yang tidak lepas dari dosa dan noda
Aku berharap engkau dapat membimbingku dan melengkapi segala kekuranganku
Akan aku lengkapkan dirimu dengan kelebihanku
Moga kita menyemai benih cinta yang terpelihara dari dosa dan noda

Wahai bakal imamku,
Sesungguhnya hati ibarat raja
Yang menguasai segala rakyatnya
Kuharapkan kau memelihara Hatimu dan akan kupelihara Hatiku
Supaya kita sama-sama meletakkan cinta Allah yang teratas
Supaya kita sama-sama sedar bahawa engkau dan diriku adalah pinjaman
Dan diriku adalah perhiasan terindah buatmu
Dan Jika engkau sudah bersedia mengkhitbahku
Jauhi Diriku,
Dekati waliku
Agar pintu-pintu zina tidak terbuka buat kita berdua
Ya Allah
Aku berharap kau temukan ku dengannya di dalam setiap doa kami
Moga suatu hari nanti kau berikan ku kebahagiaan yang abadi

rnzras-080388

Sunday, 13 October 2013

CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU


 Assalamualaikum.....
Novel Motivasi Islamik yang sangat bermanfaat ini saya kira wajar dimiliki oleh remaja, mahasiswa, mahasiswi ataupun yang bakal mendirikan rumah tangga yang sedang memelihara cinta mereka menjadi cinta high Class Di Hadapan Allah. Tidak kurang juga kepada yang sedang memperbaiki diri agar meletakkan cinta berlandaskan Syara' dan yang utama Allah dan Rasul (lebih di tujukan kepada diri saya sendiri)

Hasil karya Dr.farhan Hadi ini amat meresap ke jiwa saya yang pernah khayal dalam dunia percintaan meletakkan Cinta kedalam penjara yang bernokhtahkan kedukaan, kesakitan dan kekecewaan. Setelah itu, Allah memberikan ruang kepada saya untuk terus bernafas dengan cintaNya yang Satu. Di iringi istikharah dan hajat agar cinta yang bakal saya layarkan bersama insan yang telah tertulis, Moga insan itu bakal menjadi imam kepada saya serta menjadi mujahid contoh kepada anak-anakku.

Dalam sedang memperbaikkan diri menjadi muslimah solehah dengan harapan agar Allah menemukan si soleh yang bakal membimbing saya, buku motivasi tarbiah cinta ini amat terkesan dan menjadi kekuatan buat saya selain AlQuran Qarim.

Selain nasihat tentang cinta mengikut syara' buku ini juga dapat memotivasikan saya untuk berdakwah ke jalan Allah serta dapat juga menjadi medium muhasabah corak kehidupan saya seharian dan juga hubungan saya dengan Allah.

Jalan cerita yang menarik membuatkan saya tertarik untuk membaca dan juga sekaligus metarbiah saya menjadi seorang perempuan yang menjaga adab dan maruah dalam setiap tingkahlaku supaya menjadi si solehah yang tinggi nilainya. Ia juga dapat memotivasikan saya agar tidak meletakkan cinta serendah-rendahnya kepada seorang lelaki yang berniat untuk mempersendakan seorang wanita.

Ibn Qayyum berkata;

"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab"

Jadi saya yang sedang memperbaiki diri menjadi hamba yang taat kepada Pencipta, anak yang solehah kepada ibu dan bapa saya, bakal isteri yang solehah kepada mujahid yang taat kepada Allah, bakal ibu yang  sentiasa rindu akan menasihati anak-anak yang sentiasa ingin belajar, berdakwah kepada insaniah dan juga ingin syahid di jalan Allah. Moga dalam process meraih cinta Allah ini, Allah yang Maha Mengetahui akan melebarkan sayap si dia terbang menkhitbahku menjadi suri yang sentiasa berada di sisnya untuk berdakwah dan terus berdakwah ke jalan Allah. Dan yang terbang kepadaku ku berharap agar dia dapat mebimbingku, mendidikku, dengan kesabaran dan penuh rasa kasih sayang agar  diriku dapat mejadi sayapnya yang kuat dikala sayapnya patah dan rebah.

Moga Allah pertemukan kita suatu hari nanti dengan keizinanNya dan dihindari segala dosa dan noda. sebagaimana  kamu percaya yang Allah itu bakal menemukan kita, begitu juga saya. dengan itu, sebelum kita dinikahkan, marilah sama-sama kita memelihara hati ini agar lebih barokah dan mulia di sisi Allah.. In Sha Allah..

Buat kalian sahabat seperjuanganku, buku ini amat bagus untuk kalian meningkatkan harga diri danmeletakkan cinta di tempat yang betul agar lebih barokah dalam setiap langkah. Ikutlah setiap hukum syara' dari Allah sebelum tiba waktu akad dilafazkan. Buat para lelaki, buku ini menagajar anda menjadi seorang muslim yang tidak mepersendakan kaum hawa dan menilai pilihan bakal mujahidah kalian. Kalian mungkin mahu sempurna agamanya, namun sebelum itu sempurnakan agamamu supaya kalian dapat menyempurnakan agamanya dengan membimbingnya ke jalan yang lebih diredhai kelak selepas bernikah. Wallahualam.

"ya Allah jika dia adalah yang terbaik untuk urusan dunia dan akhiratku, satukanlah kami mengejar syurgaMu. Jika dia bukan yang terbaik untuk urusan dunia dan akhiratku, temukan aku dengan mujahid yang terbaik untuk urusan dunia dan akhiratku dan berikan dia mujahidah yang terbaik untuk urusan dunia dan akhiratnya"

Friday, 4 October 2013

BEBASKAN CINTAMU~USTAZ PAHROL MOHD JUOI

From Link

Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!

Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!

Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!

“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?

Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.

Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?


Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!

Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.

Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.

Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!

Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.

Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.

Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!

Thursday, 3 October 2013

TARBIYYAH DARI ALLAH


Terkadang kita berasa ujian dari Allah sangat berat. Tetapi Allah tidak memberati seseorang di luar kemampuannya. firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya"

Pernah atau tidak kita perasan bahawa, apabila tibanya sesuatu ujian, kita mampu sahaja menghadapi dengan tenang walaupun sakit, kecewa dan terluka? sama juga kita lihat dengan orang disekeliling kita. Mereka mampu untuk menghadapi segalan dugaan dan ujian Allah dengan tenang bukan? ini menunjukkan bahawa Allah memberikan apa yang termampu untuk kita.

UJIAN DAN DUGAAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Tanpa ujian dari Allah, kebanyakan manusia kan lalai dan leka dalam menongkah arus dunia yang penuh sandiwara ini. Asbab Allah datangkan sedikit kesusahan, supaya kita akan kembali semula kepada pencipta kita yang Agung bila kita bersedih dan berduka.

Namun, Allah sedikit pun tidak perbah tidak menerima segala kesedihan kita di saat kita sukar. Malahan dia datangkan kasih sygnya dengan memberikan yang terbaik buat kita satu hari nanti. cuma, cepat atau lambat sahaja. jadi Husnudzon. Mehnah dan dugaan adalah sahabat sejati kita di saat ini.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

 
  LAGU YANG MENENANGKAN JIWA


Teringat saya akan lagu yang sangat menenangkan jiwa saya ketika saya pergi kerja setiap pagi nyanyian OPICK yang berbunyi;

"Bila mungkin ada luka cuba tersenyumla,
bila mungkin ada tawa coba bersabarlah,
 kerna airmata tak abadi, akan hilang dan berganti,

Bila mungkin hidup hampa dirasa,
mungkinkah hati merindukan Dia,
kerna denganNya hati tenang,
Damai jiwa dan raga"

Betulkan kata-kata yang ada di dalam lirik ini? Tanpa Allah, kita pasti tidak akan tenteram jika di uji dengan segala macam dugaan dan ujian.

lagi satu lagu yang saya gemar dengan liriknya kerana ada damai dihati dan dapat memujuk hati saya, juga dendangan OPICK;

" dalam hitam kelam malam
dalam sepi hati rindu pada Mu Ya Allah,
Kerna jiwa yang meronta hampa segala tanpa cahayaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim
Subhanallah wabihamdihi Subhanallah hil azim

Dalam Lelah dalam resah
dalam bimbang hilang arah ku zikrullah,
Kerna jiwa yang meronta hampa segala tanpa cahayaMu"

Damaikan seni di dalam lirik ini? semuanya menunjukkan pergantungan kita kepada Allah. Betapa kita memerlukan Allah di dalam setiap hembusan nafas kita. Namun, sedar atau tidak? Paksa atau Rela?

Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



KESAKITAN YANG SEMENTARA

Pada saya kesakitan yang Allah berikan itu bersifat sementara. Sama seperti kisah Nabi Ayub yang kehilangan segalanya yang telah di uji Allah melainkan hati dan lidahnya untuk berzikir kepada Allah. Sungguh dahsyat ujian itu. Namun, Allah menggantikan semula kesemua yang hilang itu dengan  2x ganda nilainya. ternakan dan tanaman.  Janji Allah itu pasti!

Tetapkan pada hati bahawa Allah datangkan kesedihan itu sekarang untuk kita mendapat kebahagiaan masa akan datang.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Nilaikan dimana kita berada sekarang. kenapa semua datang tanpa kita meminta. Ingat! ujian dan Dugaan merupakan slaah satu kaffarah dosa-dosa kita dan juga peringatan supaya kita berpatah kembali di jalan Allah. Jangan Mengeluh mendapat segala macam ujian bahkan tersenyumlah. Menagislah hanya kepada Allah kerana dengan Allah hati dan jiwa lebih tenang.

Bahawasanya Musibah itu adalah satu nikmat dan nikmat itu adalah satu musibah