SEDEKAH!! acap kali setiap kali kita pergi ke masjid-masjid ada tabung sumbangan yang menuntut kita untuk bersedekah. Tambahan pula di pasar-pasar malam, tetntu sekali terlihat ada orang-orang yang kurang bernasib baik meminta dunia memberikan sedikit nilai yang dipanggil wang atau ringgit untuk jamahan hari itu. Barangkali untuk mengisi perut yang sudah berkeriut menanti tiba makanan hadir di dalam uncang perut bahkan ada yang meminta ihsan orang ramai demi sesuap nasi untuk menampung perbelanjaan anak dan isteri yang sedang kelaparan. Lihat betapa mereka sungguh tidak upaya dalam keadaan yang sedemikian.
ada yang keadaan mereka kehilangan kaki, kehilangan mata dan ada juga antara mereka yang mempunyai pelbagai penyakit.
MEMBERI ITU LEBIH BAIK TANPA BERBURUK SANGKA
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah-274)
Mari kita amati kalam Allah di atas. Mudahkan apa yang Allah janjikan? hanya dengan memberi sedikit, jaminan allah terlalu besar buat kalian hambaNya. Tidak ada kekhuatiran bahkan tidak pula Allah memberikan kesedihan buat kita yang memberi. Memang di saat ini kita akan terfikir untuk memberi atau tidak bukan? saya juga pernah juga mengalami situasi yang sama. sangsi untuk memberi. Al-maklumlah sekarang sahaja sudah berlambak bahkan seperti cendawan tumbuh orang yang meminta sedekah kerana mengejar kemewahan sedangkan dia masih mampu membikin hidup dengan mencari rezeki yang telah Allah taburkan, Tetapi penyakit MALAS dan TIPU itu sudah sebati untuk meraih keuntungan yang besar namun tiada keberkatan Allah.
Namun sejauh mana kita boleh menilai? jika kita melihat dengan mata kasar, mungkin kita akan mengecam orang-orang yang sebegini bukan?
"mengapa meminta sedekah sedangkan masih mampu mencari nafkah"
"ishk. Boleh berjalan lagi tapi mahu juga mengemis. Tak malu"
Prkataan yang sedemikian memang sentiasa meniti di bibir kita yang secara kasar melihat manusia yang meminta sedekah di pentas dunia ini betul? Sebelum kita berfikir sebegitu, mengapa tidak kita sendiri cuba bertanyakan hal yang sedemikian kepada peminta sedekah itu? mengapa mesti kita mengeluarkan perkataan yang jika didengar olehnya pasti akan tersinggung.
Saya pernah bertanyakan seorang peminta sedekah yang saya rasakan masih boleh mencari rezeki.
Saya bertanyakan beliau "tdak bolehkah kamu bekerja saya rasa kamu nampak elok-elok sahaja. lantas dia terdiam dan menjawab " bukan sedikit pekerjaan yang telah saya minta. Dari kedai-ke kedai saya minta untuk mencuci pinggan namun jawapan hampa. saya pernah ingin sekali bekerja sebagai tukang sapu namun sehari dua bekerja saya di berhentikan."
saya bertanya lagi " kenapa?"
Nah! ini jawapanya " cik, lihat saya sempurna di luaran bukan? seolah boleh bekerja? buah pinggang sy sebelah sudah rosak cik, saya juga mempunyai penyakit jantung yang kadang-kadang membuatkan saya akan pitam apabila bekerja terlalu dalam kepenatan" sambil menunjukkan sedikit kesan jahitan melalui pembedahan. Saya lantas tersenyum dan mengangguk memberikan ringgit untuknya.
Semua berlaku bersebab. tiada apa yang berlaku tanpa sebab. bayangkanlah di dalam keadaan dia begitu dia sendiri mahu menyara anaknya. bantuan memang ada, tetapi bnerapa sen sangat? dengan kos hidup kita yang semakin hari semakin meningkat. Saya mengucapkan syukur di dlaam hati kerana allah masih memberikan saya kesihatan yang masih baik dan mampu membuatkan saya mencari rezeki dengan kaki sendiri.
Bila kita ingin bersedekah, beri sahaja, tak banyak sedikit. kita memang tidak akan tahu adakah mereka menipu atau tidak. Mereka betul-betul terdesak atau tidak. siapa yang tahu? Hanya mereka dan Allah sahaja. ikhlaskan diri untuk bersedekah. Kerana apa saya kata begitu?
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (an-Nisaa-114)
Tidak perlu kita meminta pulangan apabila kita bersedekah kerana allah maha mengetahui apa ganjaran yang akan di beri kepada kalian yang telah menghulurkan sedekahnya. cuba sahaja kita bayangkan RM10 yang kita beri, dia memberikan kepada anaknya, lantas anaknya membesar menjadi tahfiz dan ilmuwan terkemuka. Tidakkah kita tahu bahawa sarah dagingnya yang berada di dalam tubuhnya hasil sedekah kita kepada ayahnya memberi makanan kepada dirinya akan sentiasa mendapat pahala disisi Allah?
IKHLASKAN DIRI
Jadi sebelum kita memberi, ikhlaskanlah hati. moga-moga atas kesenangan yang kita kongsi ini Allah akan menggandakannya dengan nikmat yang tidak terjangka oleh kita sendiri. Siapa tahu nilai seringgit itu amat bermakna ketika dan disaat itu kepada si peminta sedekah? sesungguhnya sedekah itu adalah satu elemen penghapus dosa.
Apalah salahnya nikmat yang Allah bagi sedikit ini dapat dikongsikan bersama? bukannya kita memberi seringgit kita akan bankrupt kan? saya tidak pernah lagi mendengar sedemikian daripada kalian manusia di sekeliling saya. Bahkan Allah akan melipat gandakan nikmatnya kepada kita. Dan.....sudah sedekah sila jangan mengungkit-ungkit pula yer. sudah jatuh tidak ikhlas di situ.
KISAH SEBAGAI PANDUAN
Saya sendiri pernah merasa bagaimana nikmat yang Allah gandakan setelah saya berkongsi sedikit nikmat Allah kepada insan-insan yang tidak bernasib baik. pernah suatu ketika saya terlupa membawa wang yang lebih untuk makan saya seharian.Saya terlupa membawa purse saya. yang ada hanya duit syiling yang saya korek di dalam handbag. nak pinjam orang segan la pulak. ketika sampai sahaja di tempat saya bekerjaPagi hari selalu saya akan membeli roti buat alas perut saya. semasa ingin membayar roti yang beharga 80 sen, ada seorang kakak yang saya kira rapat dengan saya bayarkan roti saya. dia cuma kata belanja hari ni sambil tersenyum. saya mengucapkan terima kasih. masih ada lagi berbaki 2 ringgit untuk tengahari nanti
ketika makan tengahari, sahabat saya pula menghulurkan duit ketika kami sama-sama hendak bayar tanda dia yang akan bayar bagi pihak saya kepada makcik kantin itu. Subhanallah!!
Saya terfikir sejenak. baru saya teringat akan perihal saya berkongsi sedikit ringgit kepada orang susah yang juga merupakan kenalan mama saya. saya membelikan barang-barang dapur untuk mereka melihatkan mereka hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap sahaja. mungkin juga hasil perkongsian saya bersama mereka, Allah ringankan kesusahan saya sedikit hari itu. Lihat!! betapa besar kuasa Allah.
Arwah ayah saya juga merupakan salah seorang yang sentiasa menasihati saya supaya bersedekah dengan ikhlas. Dia cuma akan berkata kepada saya jika saya ada merungut sedikit " Biarlah jika mereka menipu hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. tugas kita adalah memberi. jadi jangan lokek untuk memberi dan ikhlaskan diri supaya lebih berkat" tersentak saya mendengar kata-kata ayah saya. dia tidak belajar sampai ke menara gading, tetapi dia mampu berfikir lebih baik dari saya. bergenang air mata saya tanda rasa hampa dan kecewa dengan sikap sendiri. Ini adalah pelajaran yang paling baik untuk saya hari ini.
Bukankah Allah telah berjanji bahawa Allah akan melapangkan kita sekiranya kita bersedekah? apa tunggu lagi? mungkin sekarang kita tidak nampak manfaatnya lalu kita rasa berat tangan untuk menghulur. tetapi percayalah bahawa Allah tidak pernah memungkiri setiap janji-janjiNya.
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al- Baqarah-262)
Subhanallah...sungguh besar nikmat Allah bukan? apa tunggu lagi. manfaatkan hartamu untuk masa yang panjang di akhirat sana.!!
No comments:
Post a Comment