IMBASAN
Sebelum saya menjadi seorang yang bekerjaya banyak yang telah saya tempuh. So far, kesedihan, keperitan dan kegembiraan seiring dengan segala penat lelah saya sehingga ke hari ini.
Pernah dahulu semasa saya di tingkatan 5, sekolah berasrama saya menduduki SPM. Biasalah sangat gerun untuk kita menduduki peperiksaan yang menentukan arah tuju kita. Jadi solat 5 waktu yang wajib sememangnya tuntutan dari Allah tidak pernah lekang begitu juga solat sunat yang membantu menenangkan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Setelah selesai semua tiba pula untuk mengambil keputusan SPM. Keputusannya tidak memberangsangkan namun masih berpeluang mendapat tempat di university tempatan yang boleh di katakan antara 50 terbaik di ranking dunia (well-known jugaklah tu) . Alhamdulillah. Dengan izin Allah.
Namun, ada sedikit terdetik di hati. Aku tidak pernah tinggalkan solat. Solat sunat juga seiring aku lakukan. Tapi kenapa rakan-rakan yang lain yang tidak lengkap solatnya, gemar melakukan maksiat, dan ada yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya mendapat keputusan yang baik belaka?? Mendapat peluang belajar di luar Negara??
Lantas saya terfikir sejenak. Di mana kesilapan saya yang Allah tidak berikan peluang yang sama dengan rakan-rakan untuk saya?
Istidraj menjawab teka-teki di pemikiran saya.
ISTIDRAJ DAN KISAH QARUN
ISTIDRAJ merujuk kepada seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia hamba Allah yang lalai dan tidak taat , tetapi Allah masih memberikan segala kejayaan,harta kekayaan dan rezeki itu dan dia menjadi lebih jauh daripada Allah. Kebiasaanya insan istidraj ini adalah mereka yg tidak berusaha mengenali islam dan Allah dalam kehidupannya.
Contoh yang mudah di kaitkan dengan istidraj ialah QARUN.mesti kalian masih ingat kisah QARUN yang hidup pada zaman NABI MUSA A.S bukan? Hartanya melimpah ruah dansemakin bertambah dari sehari ke sehari. NABI MUSA A.S mengingatkan bahawa harta kekayaan yang dimiliki QARUN adalah dari Allah. Namun QARUN dengan angkuhnya menjawab dalam surah Al-Qasas:78;
“Aku mendapat harta kekayaan ini disebabkanpengatahuan dan kepandaian yang ada pada aku”
Sungguh angkuh kata-kata QARUN. Dia ternyata telah jauh dari Allah. Namun kuasa Allah itu ternyata lebih hebatnya. Akhirnya Allah menenggelamkan QARUN ke dalam bumi dengan seluruh hartanya sperti di dalam Surah Qasas: 81
“Kami timbus dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah. Tidak ada sesiapa pun dapat menolongnya daripada azab Allah dan dia tidak dapat menolong dirinya sendiri”
NAH!! Kepandaian dan pengetahuan QARUN sendiri pun tidak dapat menolongnya dari ditenggelamkan oleh kuasa Allah.
ALLAH MASIH MENGUJI
Ada antara kita yang menjaga hubungan baik dengan Allah tetapi masih tidak diberikan kesempatan untuk mendapat apa yang di impikan. Contohnya ada antara sahabat saya yang belum lagi bekerja malah masih lagi berjuang untuk menghabiskan study walaupun telah cuba sedaya upaya mengatur langkah dan strategy. So, percayalah ini adalah sebahagian daripada ujian Allah. Dari surah Al-Ankabut:2
“Adakah manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata ‘kami sudah beriman,sedangkan mereka itubelum di uji?”
Lihat!! Betapa Allah ingin menguji para hambaNya yang beriman kepadaNya. Kerana Dia menjajnjikan syurga untuk orang-orang yang beriman atas rahmatNya.
Teringat kata-kata orang yang dekat dengan saya. Di saat dia jatuh kerana keputusan yang teruk , dia dengan tenangnya berkata mungkin Allah tidak berikan kejayaan pada dia di saat ini, tetapi mungkin akan dtg Allah berikan untuknya sesuatu yang lebih baik. Betapa dirinya bersangka baik kepada Allah. Sedangkan hakikatnya kesedihan sedang melanda hatinya. Saya sangat kagum melihat dia berlapang dada menerima ujian dari Allah.
ALLAH TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHU TAPI APA YANG KITA PERLU
Masa saya dah graduate, setelah berhempas pulas mentelaah saya memohon pekerjaan di ibu kota kerana saya merasakan bahawa saya sudah biasa berada di ibu kota kerana senang untuk berjalan-jalan, dan gaji di ibu kota agak lumayan. Namun berpuluh bahkan beratus tempat yang saya mohon, tetapi masih tidak dapat. Rakan-rakan yang lain yang resultnya lebih rendah dari saya dapat pula.
Setelah itu saya memohon pekerjaan di kampong sahaja. Alahamdulillah berkat doa ibu tercinta saya dapat pekerjaan dekat sahaja dengan rumah saya. Setelah hampir setahun bekerja, baru saya terfikir, kenapa Allah hantar saya bekerja di kampong saya.
Bila difikirkan kembali, kerja di kampong membuatkan saya dekat dengan ibu saya. Dapat menjaga beliau. Setelah sekian lama berjauhan dengannya tambahan dia juga telah meningkat usia.
Lihat, cantikkan perancangan Allah. Malah saya dijauhkan dari ‘jam’ atau kesesakan lalu lintas seperti kawan-kawan yang mengeluh setiap kali balik dari tempat kerja di ibu kota dan juga terpaksa berasak-asak ketika mahu menaiki kenderaan awam. Hakikatnya sy memang tidak suka mengahadapi keadaan yang sebegitu. Terpaksa berhimpit-himpit dengan lelaki. Jika kesesakan pulak terpaksa menghadapi dalam keadaan marah-marah. Sungguh tekanan.
Indahkan apa yang Allah rencanakan untuk saya? Dia memberikan apa yang saya perlu tidak apa yang saya mahu. Walaupun gaji saya sebagai engineer tidak semewah engineer di ibu kota, tapi saya tidak perlu membazirkan duit setiap hujung minggu untuk keluar shopping atau berjalan-jalan di shopping complex. Malah minyak pun jimat sebab terhindar dari JAM.MEMANG JIMAT!!
Kepada sahabat-sahabat, jangan kita bersangka buruk atas tiap apa yang berlaku kepada diri kita. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.Dia juga telah merancanakan yang terindah buat kehidupan kalian.
Sesungguhnya Dia tidak memberikan apa yang kalian mahu, tetapi dia memberikan apa yang kalian perlu. Jadi bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur atas setiap yang telah kita nikmati sehingga ke hari ini
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
(Al-Anbiya’ 21:35)
SUBHANALLAH....
No comments:
Post a Comment