Sudah lama tidak bercanda di alam maya ini. mengukir bait-bait di ruangan bisu putih ini membuatkan hati kepingin sekali untuk mencoretkan sesuatu. Kisah ini adalah dari seorang rakan senior saya di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Pulau Pinang. Pemergian anakanda tersayang yang baru berusia 3 bulan membuatkan hati saya tersentuh.
http://masmarini.blogspot.com/2014/05/susu-terakhir-buat-armand.html
Saya menegnali beliau (Marini Abd Rahman) seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dalam pertuturan dan sangat baik. Seorang yang pandai lagi sangat menjaga batas dalam pergaulan. Walaupun beliau saya panggil kakak, dek kerana usia kami hanya jarak 1 tahun, namun kami kerap berkongsi suka duka dalam kehidupan.
Saya menegnali beliau (Marini Abd Rahman) seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dalam pertuturan dan sangat baik. Seorang yang pandai lagi sangat menjaga batas dalam pergaulan. Walaupun beliau saya panggil kakak, dek kerana usia kami hanya jarak 1 tahun, namun kami kerap berkongsi suka duka dalam kehidupan.
Ketika beliau telah tamat persekolahan dan datang sekejap menjengok adik2 juniornya di soksek, saya dapat mengetahui berita menggembirakan. Kakak kesayangan saya telah dimiliki oleh seseorang, yang pada kiraan saya dia adalah jejaka hebat. Kerana Kak nini seorang yang hebat, mestilah Allah memberikan dia pasangan yang hebat buatnya. "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik".
Saya mengikuti perkembangan beliau melalui Blog beliau THE DESTINY. Memuatkan setiap suka-duka kehidupan beliau di France sana. Sambil-sambil itu dia juga turut menceritakan kisah percintaan beliau dengan Mas Aidiff yang sangat terjaga. Subhanallah. Perjalanan kehidupan kak Nini sangat lancar pada kiraan saya, mendapat suami yang penyayang, belajar di rantau yang menjadi setiap keinginan mahasiswa seperti saya. Sehingga mendapat anak sulungnya, syaa sentiasa mendoakan dan mengikuti kisahnya dari jauh. Betapa saya gembira dengan pencapaian beliau. Alhamdulillah masih ada lagi srikandi yang tinggi semangat juangnya.
Namun, berita kehilangan yang saya ketahui bulan lalu, membuatkan hati saya turut berduka. Saya tersedar dari lena yang panjang. Ya!! semuanya Allah pinjamkan seketika sahaja di dunia ini. Saya sendiri mula tersedar. Bagaimana Allah memilih Kak Nini untuk membuka hadiah yang telah dihantarkan oleh Jibrail merupakan satu dugaan. Subhanallah. Sesungguhnya tiada yang berkuasa selain dariMu Ya Allah. Namun siapa kita untuk menyoal segala persiapan yang telah Allah berikan kepada kita? Sungguh Kak Nini beruntung melalui pengalaman dan ujian berharga ini. Dan sungguh beliau tabah mengharunginya. Secangkir Redha yang beliau itipkan didalam dirinya membuatkan hati saya turut menjadi redha atas pemergian anak kedua beliau. Subhanallah... Benarlah, redha itu membuatkan hati yang duka kembali tenang.
Innalillahi wainnalillahiraji'un.. Daripada ALlah kita datang dan kepadaNya kita kembali. InshaAllah Dia kan menggantikan seorang mujahid lagi buat kak Nini. Dan Allahyarham Anakanda Armand akan menunggu Beliau dan suami di sana nanti InshaAllah. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Lihat, seorang Ibu yang kuat seperti kak Nini membuatkan diri saya turut menjadi kuat. MasyaAllah..
sesunguhnya segala apa yang ada disekeliling kuta merupakan pinjaman yang terindah buat bekalan kita disana kelak. Moga kita tidak leka dan Alpa wahai sahabat
~Wallahualam~
No comments:
Post a Comment