SEEKING MARDHATILLAH

Wednesday, 29 January 2014

KISAH 1: PAHIT YANG ALLAH BERI UNTUK KEBAHAGIAAN KEMUDIAN HARI

Saya mencari-cari kelibat si pengantin baru di dalam restoran terkemuka Chef Ismail. Dari jauh saya melihat kelibat sahabat saya tersenyum indah di pelamin yang menghiasi raja sehari. Ya raja Sehari permaisuri seorang suami seumur hidup. Alhamdulillah. Akhirnya sahabat saya mengakhiri segala episode yang panjang penuh dengan duka ke jinjang pelamin.

Setelah bergambar, permintaan sahabat saya adalah wajib bertemu mummynya. Saya cuba meraikan dirinya dengan permintaaannya bukan susah untuk saya meraikan begitu. Memang sedari mula lagi mummynya teringin dan beria-ia ingin berjumpa dengan saya dan mama. Saya pun bertemu orang yang saya juga memanggilnya mummy sebagai tanda mesra. Seperti yang dijangka saya disambut mesra dan penuh kasih sayang. Mummynya ingin betemu dengan mama saya. Mereka bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain seperti sudah lama kenal. Akhirnya mummy bersuara " After the long journey, at last this is the end sambil menunjuk ke arah anak perempuan sulung kesayangannya.

DUKA MENYAPA TANDA SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBANYA

Telefon berbunyi beberapa kali. Namun sempat saya mengangkat panggilan. Tertera nama sahabat yang sudah satu sem tidak bersua muka. mungkin ada berita gembira darinya. Lantas senyum terukir dan salam dihulurkan. Namun, hanya esak tangis kedengaran. Agak kuat rintihannya. Di dalam hati tertanya-tanya. Apa yang menimpa sahabat yang kukasihi ini? Saya menjadi pendengar yang setia.Hanya mendengar segala kesedihan, kelukaan dan kesakitan yang dia alami. Moga hatinya reda. Lalu satu-persatu nasihat keluar dari mulut. Rupanya mummy kesayangan meminta memutuskan pertunangan dengan jejaka pilihan. Namun dia tidak mahu lantaran sayang dan kasih melebihi segalanya. Di dalam hati, mesti ada sebab yang menjadikan keadaan seteruk ini.

Telefon berbunyi lagi. kali ini dari mummy. Tidak sabar ingin tahu apa yang terjadi. bukan menyibuk tetapi inginkan solusi. Lantas mummy bercerita dengan nada yang kesal dan marah kepada tunang anak kesayangannya. Rupanya sahabat saya dipukul sehingga bengkak tulang rusuk. Dimarah dan ditampar. Allah! sungguh kejam lelaki bernafsu syaitan itu. Apakah tidak mengetahui Seorang wanita sangat lemah lembut hati dan dirinya? Sungguh saya menangis mendengar keluhan mummy. Patutlah pertunangan ini ingin mummy putuskan. Supaya tidak menjadi satu kepincangan dalam rumah tangga kemudian hari. Sungguh mulia hati seorang ibu.

SETIAP PERMASALAHAN ADA SOLUSI

Setelah seminggu tiada khabar berita, kali ini telefon berdering lagi buat kesekian kalinya. rupanya dari mummy. Mummy sudah menangis tersedu-sedu dalam esak tangisnya yang sayu dan tidak kedengaran dapat juga saya tangkap apa yang cuba dibicarakn mummy. rupanya anaknya telah melarikan diri. langsung tidak mengubungi mummy tercinta. Allah! mengapa sampai begini sahabat yang kukasihi?Mummy sudah mula melabel anaknya derhaka kepada dia. Mummy kata jika ada khabar,informkan kepada dia supaya dia tahu anaknya dalam keadaan apa. Dia sudah tidak mahu anaknya lagi. lantas telefon bimbit itu kuberikan kepada mama. Lebih Afdhal jika orang-tua bercakap dengan orang tua. Mama mungkin lebih banyak pengalaman. Mama memberi solusi kepada masalah mereka. Mama minta mummy pergi ke terengganu untuk mengambil anaknya. Mama kata, "jika dia masih belum kahwin, bawalah dia pulang, jika dia sudah berkahwin tanpa pengetahuan mummy, redha sahaja". Itu membuatkan semangat mummy semakin kuat untuk membawa anaknya pulang. Esok juga mummy kata mahu gerak dari kedah ke terengganu.

Saya menunggu Khabar dari mummy. 2 hari kemudian, mummy memberitahu semuanya dalam keadaan yang baik. Sahabat saya meneruskan sem yang terakhir di universiti kembali. Lantas mummy kirimkan kiriman email yang sangat menyentuh hati dari anaknya. Memohon ampun dan maaf dari mummy tercinta.Subhanallah! Mummy sempat bercerita kisah gembiar itu. Mummy cakap jika mama tidak memberi solusi, tentu mummy akan biarkan sahaja masalah itu dan terus menerus membiarkan anaknya terumbang-ambing.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Rupanya Allah hantarkan orang yang lebih baik untuk menyunting sahabat saya. Betul. 10x lebih baik dan tertib. Walaupun hanya pandangan mata kasar, tetapi masih boleh menilai kejujuran ataupun kepura-puraan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang layak untuk dirimu. Sahabat saya bercerita tentang kegembiraannya sambil menangis. Alhamdulillah. Semua kesulitan telah diusaikan. "setiap Kesulitan Pasti ada kemudahan"

Letakkan akal dihadapan perasaan. Cinta kepada manusia boleh membawa bencana kepada diri sendiri apabila melebihkan cinta manusia daripada cinta Allah. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong dan pelindung. Untuk yang masih remaja, Semaikan kecintaan kepada Allah dan Rasul lebih dari orang lain. Nescaya Allah akan memberikan yang terbaik. Jangan sekali-kali menyalahkan Taqdir. Semua yang Allah lakukan bersebab.Husnudzon.Redha Ibu seiring dengan Redha Allah. Jangan sekali-kali menyakiti hati ibu lebih-lebih lagi menderhaka kepadanya. Jadilah seperti mawar berduri yang menjadikan duri sebagai penghalang supaya dia tidak diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab

-base on true story-

Monday, 20 January 2014

RUMAH YANG DIRAHMATI ALLAH

Assalamualaikum sahabat pembaca yang dirahmati Allah. Saya ingin menyambung sedikit tazkirah atau muzakarah di kelas fardhu ain semalam. Bersambungan dengan bagaimana hendak membalas cinta Nabi kepada kita, Ustaz Fauzi menekankan  Bagaimana hendak menjadikan rumah kita rumah yang dirahmati Allah.

UNTUK MENDAPAT RUMAH YANG DIRAHMATI

1. RUMAH YANG DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT SOLAT SUNAT
   
2. TERANGI RUMAH DENGAN MEMBACA AL QURAN
 - Rasulullah pernah bersabda " Sesungguhnya rumah terasa luas, didatangi malaikat(rahmat) dijauhi syaitan dan memanggil kebaikan dirumahnya adalah orang yang sentiasa menghidupkan yang sentaisa membaca ALQuran"

3.SERIKAN RUMAH DENGAN MEMBERI SALAM
-Nabi Bersabda " Wahai Manusia sebarkanlah salam, berikan makanan kepada orang-orang yang lapar,eratkan hubungan silaturrahim,solat semasa orang lainnya sedang tidur, Kamu akanke syurga"

-Antara tanda-tanda hari kiamat, manusia sudah lokek untuk memberi salam walaupun berada bersebelahan dengan kita.

- Beri salam ketika tiada orang dirumah-'Assalamua'alaina wa'ala i'badillahi Sollihin, Assalamualaikum Ya Ahlul Bait.

4.JADIKAN RUMAH SEPERTI MADRASAH
-Tempat bermuzakarah
-Serambi berkongsi Ilmu

5.JADIKAN RUMAH SEBAGAI TEMPAT BERZIKIR

6.JADIKAN SUASANA RUMAH MESRA TETAMU
"Tetamu datang membawa seribu rahmat di dalam rumah kita, dan pulang membawa seribu dosa kita"


Wallahualam..Moga sama-sama beroleh manfaat.

Lihat tarikh lahir anda di dalam Masihi. Klik Sini

Sunday, 19 January 2014

CARA-CARA MEMBALAS RINDU DAN SAYANG RASULULLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat juga saya satu lagi kekuatan mengukir dan berkongsi sedikit ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi di kelas fardhu ain muslimat di Masjid Bidor pagi tadi jam 9.00AM-10AM. Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan kepada saya dan ibu saya untuk menghadiri program Muzakarah bersama ustaz Fauzi. Kelasnya santai sahaja membuatkan glongan warga emas yang menghadiri teruja dan seronok untuk mendengar. Maklumlah, golongan warga emas lebih cepat mengantuk jika penyampaiannya serius sahaja. Ini dari amatan saya yang menghadiri ke kelas ini setiap hari ahad pagi.
Tajuk pada hari ini adalah bagaimana membalas sayang dan rindu nabi kepada umatnya.

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”
Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulallah.”

Balas Rasulullah, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, “Para nabi, ya Rasulallah.”

Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu, kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah, “Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka….”

Allahuakbar!!


Betapa rindunya Rasulullah terhadap kita yang tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi Percaya dan beriman serta setia dengan ajaran  baginda. Jadi bagaimana lagi cara untuk membalas rindu Rasul Allah yang kita sayangi ini? Dengan mengangkat sunnah Rasulullah SAW

1. Tahajjud 
   -Tahajjud(bangun malam) ini, baginda mewajibkan ke atas diri baginda SAW
   -Kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya

2. Qiamullail
   - Qiamullail walauoun hanya dengan sepemerah susu kambing

3. Melazimi Baca Quran sebelum terbit Fajjar Sadiq
  
4. Jaga Solat Dhuha 
   - kerana Solat Dhuha itu merupakan kunci rezeki

5.Jaga Sedeqah

6.Jaga Wudhu' terus menerus
  - "Kerana Allah menyayangi hambanya yang berwudhu'"
  - Orang yang sentiasa berwudhu. seolah-olah sentiasa berada dalam solat, dan malaikat      akan mendoakan dua perkara iaitu Ampunkan dosanya dan menyayanginya.

7. Amalkan Istighfar
   - Istighfar memohon keampunan dan dosa ber'adat' yang seharian kita lakukan.

ketujuh-tujuh ini adalah cara untuk kita membalas Rindu Rasulullah terhadap umatnya..Kepada sesiapa yang tidak boleh melakukan semuanya, janganlah tinggal semuanya, buatlah satu untuk mebalas rindu Nabi muhammad SAW kepada kita.

Bukan sekadar kita mmenyambut maulidurrasul penuh kemegahan dan semangat cintakan nabi. Namun semangat itu lenyap sesudah habisnya sambutan maulidurrasul itu. Dimana nilai kita? Hanya sejam sahaja cintakan nabi? Jika Cintakan nabi, hidupkan Sunnahnya setiap hari dan berterusan. bukan sejam dua.

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.dan hari ini adalah lebih baik dari semalam.''

Wallahualam