SEEKING MARDHATILLAH

Friday, 1 April 2016

ALKISAH PERTANYAAN MANUSIA

Rezeki

Rezeki itu hak mutlak Allah SWT. Maka adalah satu rahsia Nya yang kita sendiri tidak tahu dari segi apa rezeki untuk kita itu hadir. Kerana itu semua Rahsia Allah

kadang-kadang saya didatangkan dengan  soalan, bila nak kahwin?? ini solan yang semua orang terpaksa jawab walaupun berat, malas untuk menjawab.

Dan kawan2 yang dah kahwin pula didatangkan soalan, Bila nak ada Anak??

Allahuakbar, tidakkah mereka tahu bahawasanya Rezeki itu Hadir atas izin Allah. Masakan saya, orang-orang sekeliling saya tahu, bila soal jodoh, zuriat itu didatangkan?

Yang pastinya semua sedang berusaha untuk itu. Mungkin orang yang bertanya sudah ada semuanya. maka persoalan itu yang terbit dibibirnya.Ataupun mungkin sekadar berbasa basi, sehingga terlupa soalan itu mengguriskan hati orang lain?

Saya diberikan rezeki oleh Allah  dengan mempunyai kereta import(impian saya) dan rumah untuk saya pada usia 28tahun. Yang mana, tak semua insan dapat memilikinya. Rumah teres dua tingkat untuk saya dan mama saya menjadikannya syurga. Tapi, saya masih belum diberi kesempatan untuk bernikah dengan seorang lelaki. Adakah perlu dipertikaikan soalan yang bernuansa perli ataupun ejekan?

Mungkin ada orang diberikan rezeki merasa nikmat perkahwinan itu awal. mungkin berumur 20/18 tahun. Tapi diuji dengan percerain. Kerana sampai disitu sahaja rezeki jodoh buat mereka.

Dan mungkin ada yang berkahwin tetapi belum diberikan Rezeki Zuriat buat mereka. Tetapi mereka berusaha ke arah itu. Allah sahaja yang mengetahui hati sang suami dan isteri untuk memiliki cahaya mata.

Saya fikir, masyarakat melayu perlu mula berfikir apa-kata-kata yang perlu diutarakan. atau apa soalan yang paling baik memulakan bicara. mungkin pada kalian, ini hanya soalan biasa. Tapi pada orang yang tertentu itu kesannya sangat mendalam. Jujur saya katakan, soalan seperti itu seperti tidak faham apa itu rezeki, jodoh ketetapan Allah. Ada yang sedang berdoa sambil menangis untuk dapatkan semua itu

Saya sendiri tidak pernah bertanyakan pekerjaan seseorang atau pekerjaan ibu bapa seseorang ataupun gaji seseorang ataupun pekerjaan sesiapa. Kerana sy bimbangmereka akan malu untuk menceritakannya. Pada sy kerja apa sekalipun bukan halnya. Janji Rezeki yang Halal sudah memadai.

saya pernah off semua communication 1 tahun untuk build up diri saya yang sgt demotivated ketika itu. Saya tidak mahu pergi kenduri sesiapa pun setahun. sehingga ada yang dah pun kahwin, anak pun dah seorang ada yang dah tambah anak. Saya sibukkan diri saya dengan kerja. Hanya kerana saya tidak mahu satu pertanyaan yang membuatkan hati saya terluka.

Tapi Alhamdulillah..saya cukup kuat untuk menghadapinya saat ini. Cukup matang untuk menilai. Cuma saya masih kesiankan orang-orang yang seperti saya.

Fikirkanlah sebelum berkata-kata kelak ada hati yang terluka. kerana di saat ini, tidak semua orang memiliki semua harta yang ada.

-RNZRAS-

Thursday, 25 February 2016

DOA

"Berdoalah kepadaKu, Pasti Aku kabulkan doamu" (surah al-Mukmin 40:60)

Antara individu yang mustajab doa

1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya

2. Orang berpuasa

3. Pemimpin yang adil

4. Orang yg dizalimi

5. Ibu Bapa

6. Musafir

7. Si anak yang berdoa buat ibubapanya

8. Mujahid di jalan Allah

9. orang yang sedang menunaikan haji atau umrah

10. Orang yang banyak mengingati Allah

11. Orang yang tidur dalam keadaan suci

12. Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus

13. Orang yang benar-benar dalam kesulitan

Antara masa yang Mustajab berdoa

1.Antara azan dan iqamah

2. Ketika hujan

3. Kala sepertiga malam

4. ketika sujud dalam solat

5. ketika waktu senang / ketika waktu berperang

6. Pada malam hari

7. Pada malam jumaat

Kenapa Doa tidak makbul

1. Lalai ketika berdoa

2. Tidak bersungguh

3. Kurang yakin doa akan DimakbulNya

4. Tidak berselawat

5. Perbelanjaan hidup daripada sumber haram

6. Cepat berputus asa

7. Melakukan syirik

8. Tidak merendah diri ketika Berdoa

9. Kurang berada ketika berdoa

10. Memutuskan silaturahim


Surah Al-anbiya 73-90;

Tiga tabiat doa dimakbulkan;

1. Bersegera melakukan kebaikan
2. Sentiasa beroda kepada Allah dengan penuh ketakutan
3. Sentiasa patuh dan tunduk kepada Allah


sumber
-majalah al ustaz 03-

Wednesday, 24 February 2016

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI-BUKU DAKWAH PILIHAN

Pernah tak kita berubah atau berhijrah atau menambahkan amalan atas sebab penulisan seseorang? Pernah tak kita merasakan penulisan si penulis itu mendetikkan hati kita seperti jam randik untuk terus menyorot langkah beribadah kepada Allah? kalau anda rasa pernah, saya juga begitu. MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI adalah satu buku dakwah untuk meletakkan kebergantungan rezeki pada Allah secara total 100% sekaligus merubah persepsi bahawasanya dengan usaha kita Allah menurunkan rezeki buat kita. 

Ha konsep hampir betul. Tetapi hakikatnya, minta dulu kepada DIA kemudian berusaha dan Allah pasti beri. cepat mahuoun lambat atas urusanNYA. Saya tidak jemu membaca helai demi helai buku ini. Pada mulanya, saya membeli buku lain secara online di kedaibuku online atau bukuonline.com.Inilah tempat saya mencari buku secara maya. dan amat berpuas hati dengan service beliau.Kerana, saya selalu mendapat voucher discount dan juga buku2 free buat tambahan bacaan dan santapan rohani. Termasuklah, pada satu hari, ketika saya memesan ALQURAN CORDOBA, EN.WAN SAIF(orang yang sy selalu berurusan jual beli buku) memberi satu buku kecil MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. ringkasannya daripada total keseluruhan buku tersebut sebagai pengenalan. Hampir dua hari juga buku itu terbiar sepi dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan mentelaah buku lain. Hari berikutnya saya tergerak hati untuk meneliti  rempah ratus asli di dalam buku tersebut.

Helaian demi helaian saya selak dan habis pada mas itu jugak. Terasa dahaga untuk membaca lagi. Lantas seperti biasa secara maya memesan buku inidi kedai yang sama. Alhamdulillah. Boleh katakan  buku ini tulisan Fathuri Salehuddin ini menjadi dakwah ibadah sunat buat saya secara harian.Mungkin inilah yang sangat berharga buat sang penulis. Apabila tulisannya sebagai kredit pahala dan saham buatnya disana. Allahu. saya tidak jemu membaca buku ini lembaran demi lembaran. Pada saya, tahniah buat penulis. dan moga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk menulis buku2 seperti ini. Semuanya berdasarkan pegalaman beliau sahaja. 

Ya perkongsian yang hanya sedikit, tetapi dapat dimanfaatkan. Subahanallah.berharganya. Buat yang masih merasakan rezeki itu diambang kekeliruan, mungkin buku ini menjadi pemangkin untuk kita memanfaatkan masa dan usaha diiringi doa. Bukan hanya usaha tanpa doa dan doa tanpa usaha. Ringkasnya buku ini, penyampaian nya sangat mudah dan ringkas. Tidak kompleks, serta untuk kita memulakan amalan seperti yang beliau lalui juga menjadi mudah dan bersemnagat.Alhamdulillah. untuk review yang lain, sila klik sini. Moga sama2 kita diberi kekuatan untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki dan musibah. InsyaAllah.


2016~MELANGKAH

Assalamualaikum..

Melihat sesuatu dengan mata kasar itu seperti melihat sehelai kertas berterbangan.namun jika dinilai lebih mendalam, terlalu bermakna sekali. Masakan tidak, sekali dipandang, air di dalam cawan itu sepertinya untuk menghilangkan dahaga. Padahal air tersebut mampu memberikan nyawa kepada manusia yang hampir mati, pokok yang telah layu dan juga mampu membuatkan manusia itu hidup dalam ketamadunan. MasyaAllah. Luasnya kasih sayang Allah buat kita

Saya terpanggil untuk menulis di lampiran usang yang kian kusam setelah lama tidak mencoretkan masa disini kerana kedukaan yang berpanjangan lalu membuatkan menokhtahkan perkongsian buat sementara waktu. Namun, Maha Suci Allah , dan segala puji baginya, kekuatan kembali disuntik ke dalam diri. Berkat doa keluarga dan diri sendiri, Alhamdulillah saya masih teguh berdiri, bahkan saya semakin kuat dan matang dalam menilai, dan membuat sesuatu keputusan tentang satu2 perkara.

LEMAH. inilah perkataan dasar yang ada didalam setiap diri manusia. Dan kelemahan merupakan sifat2 kita. Bila kita mengambilnya dengan pandangan yang negatif, pastinya lemah itu menjadi kian lemah dan tidak berdaya membuat apa-apa. kerana kita merasakan kelemahan tetap kelemahan. Namun jika kelemahan itu diambil dari sudut positif, kelemahan itulah menjadi kekuatan kita. Seharusnya, kita tiidak riak dengan diri kita kepada Allah. Tidak sama sekali. cuma, bila kita Lemah, dan ingkar pula serta sombong meminta dengan Allah, tidakkah kita menjadi insan yang papling sombong di sisi Allah? Bahkan bila saat kita jatuh dan tersungkur jugalah Dia yang Maha Berkuasa itulah tempat kita memohon pertolongan.

Saya pernah menjadi lemah. Lemah dengan segala keputusan, kedukaan, kekecewaan. Tetapi, saya mencari alternatif, bagaimana saya mahu buang lemah ini, supaya saya tidak hidup di dalam kedukaan.

 Pertama sekali,cubalah hidupkan hati kita yang telah berkarat. Terlalu lama direndam dengan maksiat dan hiburan. Cucikan hati. sudah pastinya cuci hati itu tidak sama seperti membasuh kain di dalam washing machine.Cuci kan bersama zikir dan bacaan ayat Al-Quran. Jika buat yang kelu lidahnya dengan zikir, mulalah dengan membeli CD. Mendengar juga mampu membangunkan hati. Unconciously, kita akan menjadikan itu sebagai amalan. Nah! mudahkan?

Kedua. Bangun malam. Tahajjud. Jika susah untuk bangun, mulakan dengan solat hajat sebelum tidur. Mintalah kepada Dia yang Maha Memberi. Minta apa sahaja sekalipun. Tiada yang Musatahil untuk Allah tunaikan. Minta kekuatan diri. Minta menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Minta. Mintalah apa sahaja. Allah Maha mendengar. Jangan sombong untuk meminta. sedangkan udara itu Allah berikan percuma.

Ketiga. Bersedekahlah dan ikutilah mana- mana kelas agama, tazkirah, kuliah hatta di dalam TV ataupun dimasjid. Jadikanlah kenderaan kita sebagai kenderaan untuk jihad diri kita supaya hidup dan tidak mati. PAsti hidupmu akan tenang dan lapang.

Saya hanya berkongsi bukan untuk berbangga diri.tidak sama sekali. kerana saya pernah lalui kisah duka dan kecewa. Allah sentiasa mahu Hamba bersujud kepadanya. dan Dia ada perancangan yang Maha hebat. Saya ingin berkongsi, supaya manusia di luar sana, tidak mengundang bahaya di saat duka buat dirinya.ada sebahagian mencederakan diri, menghukum diri mereka kerana duka yang Allah beri. Sedangkan mereka lebih tahu bahawa di saat duka itu Allah dekat denganMu. Saya juga mempunyai rakan2 yang tidak sujud kepada Allah, bila disaat duka, semuanya hiba belaka. Lantas mencari dunia untuk berfoya. Tapi, Alhamdulillah, berkat didikan orang disekeliling saya, saya mencari Dia disaat terpalit duka. Saya tidak terpesong mencari arah. Cuma kisah ini, mahupun seorang yang membaca dapat membawa jiwa yang lara kembali kepada Pencipta. Moga-moga yang duka itu tidak lebih jahil dan jauh dari Dia. Ingatlah, duka itu sementara, kerana ujian itu juga bersebab. Tangisan itu sangat berharga jika dihulurkan kepada pencipta. Subahanallah.

-RNZRAS-

Friday, 10 April 2015

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ULAMA SALAF DAN KHALAF DALAM SIFAT MUTASYABIHAT

Assalamualaikum w.b.t rasanya dah lama x update blog ni. Baru-baru ni exam asas akidah dua. jadi saya nak berkongsi sedikit ilmu apa yang saya dapat dari pelajaran saya tempohari. Sy bukan ustazah ya, hanya nak berkongsi ilmu sahaja yang sy dapat dari kelas ustaz. Apapun, jika ada sesiapa yang terbaca, yang rasa salah, sila tegur ya.. saya terbuka mendengar dan menjelaskan..

Apa yang dimaksudkan dengan Ulama salaf dan khalaf?

Ulama' salaf atau ulama' salafi  adalah ulama' terdahulu/silam dan ulama' khalaf adalah ulama' terkemudian.

Apa perbezaan antara Ulama' Salaf dan Ulama' Khalaf?

Ulama' Salaf - Salafi dikenali sebagai berpegang dengan nas-nas Al Quran dan Sunnah.

Ulama' Khalaf - Berpegang pada Al Quran dan Sunnah  disamping akal.

Apa persamaan antara Ulama' Salaf dan Khalaf?

Kedua-dua ulama' ini  berusaha mentahzihkan (membersihkan/menyucikan) Allah dari syubahat atau kesamaan dengan makhluk-makhlukNya bahawa Allah tidak serupa dengan sesuatu. Apa yang disandarkan kepada Allah sesuai dengan keagunganNya dan selayak dengan KebesaranNya yang tiada terhad. Mereka tetap menolak Allah bersifat berjisim atau  berjisim(ada ruang memenuhi).

Perselisihan pendapat Ulama' Salaf dan Khalaf dalam Sifat Mutasyabihat

Perselisihan pendapat mengenai mafhum ayat-ayat tersebut samada boleh atau wajib ditakwilkan atau tidak untuk mengelak difahami sebagai kesamaanNya dengan sifat-sifat atau anggota-anggota yang dimiliki oleh makhluk Allah khasnya manusia. Apa yang penting, kedua-dua menolak bahwa Allah bersifat dengan sifat makhluk kerana "laitha kamithlihi syai" dan pentakwilan yang dilakukan oleh ulama' khalaf pun sesuai dengan keagungan ,kesucian dan ketinggian Allah yang tidak tercapai oleh akal fikiran dan persepsi manusia"

Ulama' salaf menyerahkan pengertiannya kepada Allah SWT secara mutlak dengan tidak mentakwilkannya sama sekali.Yadullah tetap yadullah tanpa cuba digambarkan hakikat yad yg bersifat jisim atau kebendaan(tangan yg berjari dan berurat/darah) seperti manusia.(jangan salah faham, baca betul2 ayat yang sy type ini). Dengan erti kata lain, ayat mutasyabihat ini terserah pengertiannya kepada Allah yang menyebutnya di dalam kitabNya AlQuran. Serah secara total  dan berdiam diri dari berkata sesuatu mengenainya.

Ulama' Khalaf pula, dikalangan ulama' yg memasukkan unsur akal dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dengan wajib melakukan pentakwilan untuk mengelak salah faham terhadap gambarab sifat-sifat Allah yg menyerupai anggota yg dimiliki oleh manusia dan boleh membawa kepada orang berfikir  bahawa Allah itu berjisim sedang Allah tidak sesuatu pun seumpama denganNya. Maka Ulama khalaf mentakwilkan Yadullah itu adalah kuasa Allah swt, al Istiwa' atas Arasy ditakwilkan sebagai lambang ketinggian Allah.

Seperti dalam surah Az-Zarriyat ayat 47, Ibn Abbas mentakwilkan 'aidin' iaitu tangan -tangan sebagai kekuatan

Ini sahaja yg dapat sy sharekan. Jika ada pandangan, sila kongsikan..sy hanya share ilmu yang sebutir ini shj dari ustaz sy.moga bermanfaat. Wallahualam

Sunday, 25 January 2015

MAKMUM MASBUQ, MUWAFIQ

Assalamualaikum semua. Moga sihat dirahmati Allah hendaknya. Saya terpanggil untuk berkongsi tentang Makmum Masbuq and Muafiq dek kerana kawan-kawan saya bertanyakan hal ini. So untuk keterangan yang jelas penyampaiannya saya membuat sedikit research dan rujukan supaya tidak menjadi berat penerimaan kepada mereka yang bertanyakan saya.Alhamdulillah semua dihujung jari, cuma nak kena pastikan sahih dan mudah difahami. So, setelah saya ganbung, tambah dan olah sedikit ayat, dibawah ini adalah hasilnya. Dan jika ingin lebih lagi, boleh refer link kat bawah sekali ye. Moga bermanfaat. Wallahu'alam.

Masbuq membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang tidak ada kesempatan untuk menyempurnakan bacaan fatihahnya.
Apa itu makmum masbuk
Makmum yang tak sempt berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah.

■Fatihah makmum ditanggung oleh imam, jika imam rukuk, makmum boleh terus rukuk tanpa menghabiskan bacaan fatihah.
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam 3 rukun biasa. (semua termasuk, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dll)
■contohnya: Saya tiba di surau, imam sudah pun baca surah selepas fatihah. saya takbiratulihram, dan terus saya baca fatihah, belum sempat saya habis fatihah, imam pun rukuk. Jadi saya tak perlu habiskan fatihah, dan terus rukuk – kerana imam dah menanggung fatihah

Andainya didapati imam sedang berdiri di dalam bacaannya, orang yang masbuq berasa khuatir kalau-kalau ia tidak sempat menyempurnakan bacaan fatihahnya maka bolehlah tinggalkan bacaan doa iftitahnya. Ertinya sempat selepas takbiratul ihram terus sahaja membaca fatihah. Jika imam rukuk waktu ia belum selesai fatihah, terus sahaja turut rukuk, bersama-sama. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

‘Sesiapa mendapat satu rakaat sembahyang besama imam sesungguhnya ia telah mendapat pahala berjamaah’

Andainya kita dapati imam sedang sujud atau sedang membaca tasyahhud (tahiyat) hendaklah kita mengangkat takbiratul ihram dan terus turut sujud atau duduk membaca tasyahhud bersama-sama imam dan mengikut segala perbuatannya pada waktu itu. Akan tetapi ia tidak boleh dihitung sebagai mendapat rakaat; ia hanya mendapat pahala berjamaah sahaja. Bila imam memberi salam, janganlah kita mengikutnya, tetapi kita hendaklah bangun menyempurnakan rakaat sembahyang kita hingga selesai.
__________________________________________________-
Muafiq pula membawa maksud orang yang sembahyang di belakang imam yang sempat membaca surah al-Fatihah dari awal hingga akhirnya.
Apa itu makmum muafik

Makmum yang sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah (maknanya kalau dia baca fatihah, memang sempat berdiri bersama-sama imam)

■Makmum perlu baca fatihah
■Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukun panjang ni – rukuk, sujud, (iktidal dan duduk antara 2 sujud tak dikira sebagai rukun panjang))
■contohnya Saya tiba disurau, saya takbiratulihram, kemudian dengar imam baca fatihah daripada awal hingga akhir. (solat isya) Apabila imam selesai baca fatihah, saya pun mula baca fatihah, dan imam pun baca surah yang pendek, belum sempat saya habis fatihah, imam dah rukuk, kemudian iktidal. Saya kena habiskan fatihah sebab saya dah tergolong dalam ma’mum muafik. Jadi saya perlu habiskan fatihah, kemudian rukuk dan iktidal.
_______________________________________________
Saya beruntung kerana soal masbuq dan muafiq ini telah dikhatamkan masa saya belajar di sekolah menengah sains tun syed sheh shahabudin. Alhamdulillah. Sekolah asrama adalah tentang kehidupan berdikari. Bergantung bagaimana pembawakan seseorang di sekolah asrama itu. Ada setengahnya menjadi liar dan tidak terurus. apa yang saya boleh katakan, bergantung pada bagaimana ibu bapa mereka monitor anak2.

Sekolah asrama bukan tempat untuk lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru dan warden untuk mendidik sahsiah anak-anak. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, rakan-rakan yang ibu bapanya tidak endah akan mereka, kebanyakannya mereka ini agak liar. Tetapi saya puji mereka kerana mereka kebanyakannya bijak dan pandai.

Jadi ibubapa diluar sana, janganlah takut untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh. kerana saya juga turut bersekolah diasrama penuh. Kebanyakan asas fardhu ain yang kukuh saya belajar disana kerana keadaanya lebih terkawal, waktu lebih banyak dihabiskan disekolah belajar dan activity menyempurnakan seharian saya di sekolah.

Saya akui, masa disekolah dahulu saya terfikir, kenapa perlu nya saya belajar hal itu dan ini. Bila saya dah meningkat dewasa, saya mula faham, rupanya diluar sana terlalu ramai yang singkat asas fardhu ainnya. terlalu ramai yang tahu tidak tahu tapi tidak mahu belajar. Dan dari situ wujudnya perasaan syukur dalam diri saya. Alhamdulillah atas kurnia dan perancanganNya untuk saya. Walaupun saya tidak membantu banyak, tapi sekurang-kurangnya saya dapat membantu kawan-kawan yang terdekat dengan saya utnuk belajar dan dalam masa yang sama dapat refresh kan diri saya yang terkadang lupa.

so di bawah adalah link yang boleh dirujuk oleh anda;



 



 

Thursday, 1 January 2015

2015

Assalamualaikum sahabat semua. Alhamdulillah Biiznillah saya dapat menaip entry yang pertama bagi tahun 2015 ini. Allah masih memberi ruang dan peluang buat saya menambah amal, memperbaiki diri dan bermuhasabah atas setiap kesilapan dan dosa yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya. Allah masih mengizinkan saya menghirup udaranya dengan percuma dalam keadaan penuh kesyukuran. Allah masih memberikan saya ruang dan peluang untuk saya menambah Ilmu. Bagaimana dengan kalian?

Saya rasa kita semua diberi oleh Allah masa dan ketika buat kesekian kalinya bernafas di bumi Allah ini. Teramatlah sombongnya kita jika tiada sedetik di dalam hati rasa syukur kepadaNya. Barangkali terlupa dengan  F.O.C udara nyaman. Barangkali terlupa F.O.C hujan yang diturunkan. Apapun jangan sekali kita kufur nikmat yang Allah kirimkan buat kita.

2014...tahun yang penuh mencabar buat saya. Tahun yang membuatkan hati saya dirundung kesedihan berpanjangan. Bukan tidak redha dengan sesuatu yang ditetapkan, namun ada sedikit rasa sedih dan pilu yang masih terbuku lagi. Menyedari setiap kejadian itu penuh dengan hikmah yang indah, hati perlahan menjadi kental dan tenang. Perancangan Allah itu lebih hebat. Masakan saya mampu menandingi perancangan yang telah ditetapkan olehNya? Subhanallah. Satu persatu episode duka saya bukukan menjadi titik permulaan yang baru.Menjadikan setiap kesilapan yang telah saya lakukan sebagai guru yang paling berharga buat saya.

Pada permulaan 2014 agak lancar, sampainya ditengah 2014 kesedihan menjengah menyapa hati saya yang lara. Saat itu Allah hantarkan saya rakan-rakan yang penuh dengan motivasi dan penuh dengan cerita suka dan duka silap dan dosa buat pengajran kepada saya. Seolah Allah hantarkan kepada saya satu kisah yang saya lihat di dalam drama. Seolah Allah memberi amaran kepada saya bahawa ramai lagi yang kehidupannya lebih jauh diuji, namun Hidayah Allah itu terlalu luas. Hidayah Allah itu dalam pelbagai cara dan bentuk. Subhanallah. Itulah kawan-kawan saya tercinta di UM. Tiap kali saya berdoa saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pemberian Sahabat yang sangat berharga. Demi Allah, saya tidak pernah terbayangkan dapat bertemu mereka. Seolahnya mereka menadi sebahagian kekuatan saya dalam menempuh segala kesedihan.

Tahun 2014..tahun yang penuh ujian buat saya. Ujian Hati, Ujian kerja, Ujian Ketenangan. Allah sahaja yang mengetahui betapa saya terpaksa gembira dihadapan orang lain saat hati saya menangis kesedihan. Allah sahaja yang tahu betapa saya seperti kuat di hadapan insan lain, sedangkan airmata sentiasa gugur di saat tangan diangkat menadah doa. Bukanlah Sesuatu yang asing pada orang lain jika saya katakan hati saya snagt bersedih. Namun sifat saya yang tidak suka bercerita kesedihan dan menangis di depan insan lain terutama keluarga membuatkan saya terluka yang amat Parah didalam tanpa disedari. Allah sahaja yang tahu saat saya bergembira mengusik ibu dan kakak, namun di saat tidur saya menagis keseorangan. Ya saya tidak kering airmata sepanjang tahun 2014. Pengakhirannya 2014, saya semakin kuat. benarlah, bila kita kuatkan dengan Amal ibadah kepada Allah, Allah memang memberikan kekuatan yang extra odinary kepada kita. Sungguh saya merasainya sendiri.

Sesampainya 2014 hampir melabuhkan tirai, saya bermuhasabah buat diri yang penuh kesilapan ini. Masakan Allah memberikan kesdihan jika tidak untuk merawat hati yang parah dek kelalaian duniawi. masakanAllah kirimkan hadiah buat saya jika tidak demi membetulkan kesalahan saya. Ya Allah Allah Maha Besar. Betapa hikmah yang terkandung itu seolah-olah membuatkan saya semakin kuat, hati yang luka, saya jahit kembali. Biarlah apapun urusan Allah terhadap jodoh saya saya terima. Saya tidak mahu menyibuk dalam apa ynag terbaik untuk saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya dia yang lebih mengetahui. Bila saya menghafal surah Ar rahman dengan maknanya sekali, saya seolah diketuk hati saya untuk tidak menjadi salah seorang insan yang mendustakan nikmat Allah, sedangkan pelbagai macam nikamat yang telah Allah kurniakan. Nikmat Ilmu, nikmat membuat kek, nikmat rezeki yang Allah hantar kepada saya. Saya dah mampu mengambil tempahan untuk membuat kek orang lain. saya dah banyak belajar tentang itu. Dalam beribu nikmat, kenapa nikmat pasangan yang saya perlu fikirkan? Astagfirullahal A'zim. Lalainya saya.

2014 juga di hari lahir saya, MH370 hilang tanpa jejak. seolahnya ghaib tanpa kata. MH17 di tembak jatuh  tanpa seorang pun yang hidup, QZ airasia hilan dari radar dan tiada semua pun yang terselamat. Allahu...dan penutupnya, banjir yang meranapkan sekalian rumah yang penghuninya terpaksa lari akur dengan kehilangan segalanya. Betapa Malayisa sedang di Uji. Atas berbagai nikmat yang kita kecapi, Allah turunkan bencana buat Kita supaya tersentak dan tersedar bahawa semua ini adalah pinjaman, jangan lalai dan leka dengan hiburan, jangan menzalimi diri, jangan mendustakan Allah. Betapa Allah mengetuk satu persatu bencana untuk diturunkan buat kesedaran kita bahwasanya setinggi mana kita, akhir sekali dahi akan menyembah bumi bersujud kepada Allah. Setinggi mana pangkat darjat dan harta ynag kita miliki, akhirnya tiada kemana-mana. Muhasabah buat saya yang terkadnag Alpa dan Leka.

buat Pembaca yang sudi membaca bait-bait coretan saya ini, Mudah-mudahan 2015 menjadi tahun kegembiraan buat kita semua, menjadi kekuatan buat kita. Moga apa yang hilang Allah mengizinkan untuk pulang, jika tidak menggantikan yang baru. Moga yang kuat, dipertingkatkan lagi. Tahun ini kita menempuh GST. saya yang sependapat dengan kawan saya, tahun ini agak mencabar pada kami.

Ya Allah,
Berikan ku kekuatan untuk menempuh satu lagi tahun yang engkau pinjamkan kepadaku,
Balaslah kasih sayang Mu kepada semua insan yang menyayangiku
Berikanlah kami semua ketenangan yang berganda'
Agar kami menempuh setiap ujianMu dengan tenang dan Redha.

Salam 2015
RNZRAS

Tuesday, 23 December 2014

LAZIMI DHUHA

Assalamualaikum sahabat seperjuangan. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dari sekalian nikmat yang Allah kurniakan. Masih lagi dapat menjamu mata di blog sendiri sambil bait2 tangan melirikkan tulisan menulis melepaskan rindu di halaman muka blog yang dah lama kian usang. Alhamdulillah dek kekangan masa yang mencemburui, akhirnya dapat juga saya mengambil sebahagian masa rehat saya untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya melazimi dhuha.

diharapkan apa yang saya coretkan tidak disalah ertikan. Bukan untuk riya' ataupun takabbur bahkan tidak ujub dengan amalan yang ditunaikan buat mengisi masa senggang diri sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman bagaimana Dhuha itu memberi ketenganan dan menjemput rezeki.

Alkisahnya ditempat kerja saya rehatnya agak singkat sekitar jam 10.00am hingga 10.10 sahaja. hanya 10 minit. sebelum ini memang saya penuhkan masa saya dengan pergi menjamah makanan mengisi makanan. Jarang sekali saya melazimi dhuha. Pada kiraan saya memang tak sempat tamabhan pula dek waktu yang singkat sahaja untuk ke surau yang agak jauh dengan offcie.

Kebetulan saya ada group whatsap.penghuninya hanya 4 orang sahaja. tapi group yang penuh manfaat saya kira. semua ilmu dan good deeds kongsi bersama. Semuanya saya kenal di UM. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka dalam hidup saya, menjadi sebahagian peringatan buat saya. Mereka ini sangat melazimi dhuha. berbeza dengan saya yang hanya melakukan dhuha sabtu dan ahad sahaja. Dan melazimi tahajjud.

Entah kenapa hari yang saya sangat bersedih, Allah hantarkan mereka untuk saya melakukan solat dhuha. Kebetulan whatsap samapai " jom Dhuha" saya yang ketika itu ada di production terus ke surau, berwudhuk. Subhanallah rasa tenang yang tak dijangka. Disaat orang lain tengah hiruk pikuk mengejar dunia, kita dapat mengisi sedikit masa untuk mengingati Allah. Masa saya baca doa Dhuha, airmata saya gugur sekali lagi. Allah Dialah pemberi rezeki dan nikmat Dia jualah perancang terhebat.

Saya tak pernah misout Dhuha sejak kejadian. Demi Allah, di saat orang lain berkejaran memikirkan dunia, kita berkejaran mengejar Allah, itulah nikmat yang paling berharga. Saya tak nafikan, sejak saya lazimi dhuha, duit itu bukan satu issue untuk saya lelahkan. sebelum ini pun tidak lah kesempitan mana, tapi kerap memikirkan, Tapi kali ini, luar biasa sekali rezeki Allah kirimkan, tempahan kek dan lain2 sentiasa datang bertandang. Bila kita ingat Allah, Allah sentiasa ingat pada kita. tak rugi pun luangkan tak samapi 10 minit untuk solat Dhuha.

Beza dhuha dengan tahajjud, kita berseorangan mengabdikan diri kepada Allah di saat orang lain tiada. (tidur). tapi dhuha Diwaktu semua ada dan berjaga, mengejar dunia, kita mengabdikan diri, rasanya sungguh luar biasa. Kerana kita terikat dengan kerja dan rakan-rakan. Namun kita ada pilihan.Rezeki itu datangnya dari Allah dan seharusnya kita berusaha untuk mendapat rezeki yang diberkati InshaAllah...

sekadar berkongsi. Jika rasa tidak selesa, abaikan setiap bait2. jika rasa bermanfaat, mulakan langkah. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya. InshaAllah.

Tuesday, 28 October 2014

7 PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara 7 perkara , dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan dihadapan ,malaikat dengan perkara berikut;

 --> diampunkan dosanya meskipun sebanyak buih dilautan
--> Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan
--> hidup dan mati dalam kebaikan

tujuh perkara tersebut adalah;

1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu

2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu

3. Bersistighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat

4.Melafazkan InshaAllah apabila berjanji tentang sesuatu hal

5.Membaca Hawqalah (la hawla wala Quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai

6. Mengucapkan Inna Lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah

7.Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada setiap siang dan malam

~SOLUSI53)

Monday, 13 October 2014

SAHABAT SENTIASA DI DALAM DOA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih Allah beri kesempatan untuk bernafas dan menambah amal serta bertaubat setiap hari agar mati itu berbekal InshaAllah. Saja nak berkongsi sedikit tentang rasa hati. Minggu yang lalu Alhamdulillah dah selamat menjalani Exam Modul 1 Usuluddin di UM. Terasa lega sangat.Teringat kata-kata sahabat saya yang turut belajar di UM. Betulkan niat. Belajar Ilmu Allah ini untuk menambah ilmu. Bukan untuk mendapat segulung ijazah. Betul. Tersedar saya seketika.

Sebetulnya saya belajar bukan untuk mendapatkan apa-apa selain menambah ILMU pengetahuan yang terlalu sedikit utuk diri saya.Ramai yang bertanya itu dan ini tentang agama, saya mampu memberi tahu apa yang saya tahu sebelum ini dengan hanya bacaan. Demi Allah! saya bukan insan yang layak untuk berhujah lebih mendalam tentang ilmu Allah ini apatah lagi mengeluarkan nas dan dalil atau hadith, kerana bimbang tersilap. Saya hanya mampu berdiam jika tahu sesutau perkara kerana pada saya itu bukan jawapan yang kuat untuk insan yang bertanya. Namun sekarang, saya mampu berhujah dan menjawab dengan dalil dan hadith. walaupun hanya sedikit sahaja... namun, Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya tahu, di mana kemampuan saya.  

Dah panjang pula bercerita tentang rasa, nak berkongsi sedikit sahabat yang saya baru kenali, namun terasa keakrabannya. Anugerah Allah yang terindah salah satunya adalah Sahabat yang baik. Yang mengajak berbuat baik melalui perbuatan, tutur kata mahupun tingkahlaku. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka untuk saya di UM ini. Sebenarnya ada lagi seorang, tapi tengah maternity anak sulung. Doakan mereka ini sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa bahagia hendaknya

Kebetulan sehari sebelum exam birthday kawan saya yang sorang no. Jadi planla untuk surprisekan dia. Saya bercadang buat carrot cake. Alhamdulillah nasib baik menjadi. Nak resepi sila klik sini ye.Memandangkan hati tengah berbunga-bunga kegembiraan, saya pun mereka-reka lah deco di cake saya seiring dengan rasa hati saya.
Sesuai dengan diri saya ini, sentiasa mencuba benda baru , dan letakkan prinsip, kalau tak cuba or usaha, tak tahu apa hasilnya.Walaupun kadang-kadang menyedihkan, namun saya tetap mencuba. Tak kisah hasilnya. Janji belajar dari setiap perbuatan.

Hari ahad, sebelum pulang ke Perak, sempat menjengah UIA tercinta. Orang convo. Walaupun tidak dapat melihat orang yang tersayang konvo, ckupla kiriman hadiah buat kegunaannya. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan beliau.Apapun...Allah jualah sebaik-baik perancang. Saya tetap yakin dan tidak berubah keyakinan kepada Allah. Selagi mana saya perlu berusaha untuk sesuatu, selagi itu saya akan berusaha. Selagi mana Allah membuka hati saya seluas2nya untuk seseorang, selagi itu saya bersyukur. Saya telah belajar apa itu erti kehilangan dan apa itu sebuah penghargaan. cewah....ok dah ckup membebel hari ini. Semoga Kalian diberikan kesihatan dan rezeki  yang melimpah ruah hendaknya.InshaAllah 

Monday, 22 September 2014

DI KALA HATIMU TERLUKA

Terluka...Dilukai...Dan Melukai...adalah satu yang sinonim dengan  hal-hal yang melibatkan perasaan. Masakan tidak...semuanya menyentuh bab berkaitan hati. Saya juga tidak terkecuali. Masakan tidak terluka. Masakan juga saya tidak melukai orang yang saya sayang. Semuanya kerana kita manusia yang tidak sempurna. Gerak geri yang kita jaga kadang-kadang tidak juga dapat melangsaikan kemahuan seseorang bahkan terkadang apa yang kita rasa kita betul akhirnya tidak terjadi seperti yang telah direncanakan. Kerana apa? kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Siapalah kita untuk bertanyakan apa yang Allah akan rencanakan. Yang pastinya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik. Demi Allah! saya tidak pernak sekalipun mempertikaikan apa sahaja dugaan yang telah Allah pasakkan pada saya. Kerana apa? kerana dugaan dan ujian yang datang inilah yang membuatkan hati saya kembali kepada fitrah. Kembali kepada Sang Pencipta setelah sekian lama alpa dengan fitnah dan tohmahan dunia. Memang seperti ayat kliche kan "Ada hikmahnya" sepertinya menyejukkan hati sendiri. Namun jujur saya katakan. Memang itulah yang terjadi

Saya kerangkakan setiap yang telah mendatang. Semuanya seakan cantik sahaja ironinya. Betul. Di dalam keadaan luar sedar dimana orang seperti kesedihan dan kecewa, kita akan berasa seolah-olah semuanya tidak adil bagi kita bukan? Nanti dulu!! Tarik nafas dan istighfar. Fikirkan kembali apa yang telah kita lalui. Kaitkan apa yang terjadi sekarang dengan keadaan dulu. Cuba kita buat perbandingan Pro and Cons. Yup! pada kiraan saya, semuanya ternyata kebaikan belaka. Tiada langsung satu kecacatan pada ujian tersebut. Semua yang terjadi itu membuatkan kita terbentuk menjadi orang yang lebih baik. Ya, Lebih baik.

Ok, senario yang pertama. Kenapa Allah pisahkan seseorang yang kita cintai? Kalau di ikutkan purata, ramai yang telah berpisah hidup dengan orang yang dicintai lebih menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kembali kepada Fitrah yang asal. Kembali merayu dan memohon kepada sang pencipta untuk diberi kekuatan. Lihat!! betapa ujian itu sungguh membentuk dan tidak ada kecacatan bukan? bahkan lebih membuatkan seseorang menjadi seorang yang lebih bermanfaat. Subhanallah.

Ok sekarang cuba pergi pula kepada drama melayu yang sering diputarkan. Apa sahaja yang terjadi semuanya berbalik kepada Allah swt. Percintaan yang hanya membawa kepada kemaksiatan dan kemusnahan, selalunya Allah akan jarakkan dan pisahkan untuk insan yang terpilih supaya keadaan dan nilai cinta itu perlu dipelihara. Kerana cinta itu bersih. Manusia yang mencorakkkan dan mewarnakan dengan keotoran.

Nah. Sekarang setuju kan dengan pendapat saya? Hakikatnya, saya juga mengalami keadaan yang sama. Sya juga turut berkongsi nilai kelukaan di sini. Saya juga dipisahkan untuk lebih memelihara cinta yang bersih itu daripada kekotoran dan kemusanhan. Dan saya sangat bersyukur atas itu. Pada permulaan itu ternyata amat memeritkan, namun Siapa saya untuk tidak redha dengan ketentuan Allah? sedangkan perancangawn Allah itu ternyata Hebat! Walaupun saya rasa kesalahan semua berpunca daripada saya, namun saya meletakkan bersangaka baik; "jika saya tidak melakukan kesilpan, mesti terus-terusan saya memburu cinta manusia, sedangkan Cinta Ilahi itu adlaah yang terutama". sekarang saya di dalam kewarasan, membentuk  kembali apa yang telah terjadi menjadi satu GURU yang paling berharga buat saya.

Friday, 19 September 2014

TELATAH SI TUPAI

Assalamualaikum. sudah lama saya tidak mencoret di sini. kadang-kadang terasa give up untuk menaip dengan hati saya yang agak terluka kebelakangan ini, begitu juga dengan kerja yang banyak, membuatkan diri begitu sibuk untuk melarikkan bait-bait kalimah di muka yang diciptakan sendiri buat pengisisan masa lapang dan juga muhasabah diri.

Tiap kali saya memandu, saya memang suka berinteraksi mata dengan alam sekeliling saya. Al maklumlah, inilah masa saya untuk menjengahkan mata ke hidupan yang dicipatakan sang pencipta. Lepas jam 7.45am, saya telah masuk ke penjara manusia, iaitu tempat kerja saya. Penajara manusia bukan bermaksud saya bekerja di penjara. saya katakan kerana, semua manusia akan berada didalam bangunan batu dan menghadap kerja sehingga ke petang. Melewati hari-hari ini sperti berada di dalam penjara. Dek kerana masa yang begitu panjang, kadang-kadang saya terlepas menitip masa siangnya yang penuh gilang gemilang cahaya matahari. Ibaratnya melangkah saja keluar dari tempat kerja saya, Bulan pun sudah melebarkan senyuman. Oh! Alangkah ruginya satu hari tidak namapak matahari yang memancar. Tapi apakan daya. Ini adalah rezeki yang terbaik setalat ini. Alhamdulillah.

Semasa saya memandu, saya kerap terlihat si tupai yang meniti di wire menyeberangi jalan. saya memang tersenyum setiap kali melihat mereka. Pagi mereka begitu sibuk meniti mencari rezeki simpanan sendiri barangkali.Namun ada satu kuasa yang membuatkan saya sentiasa mengamati mereka.

Mereka berjalan di titian yang begitu bahaya sekali. Perjalanannya laju sekali ditambah dengan begitu besar risiko untuk jatuh dengan bahaya di bawah. tapi si tupai tetap teguh berjalan ke hadapan walaupun kakinya kadang-kadang agak tergelincir.sedikit pun tidak menoleh kebelakang Akhirnya dia akan sampai terus ke destinasi seberang.

Indah bukan. bagaimana si kecil yang berjiwa besar. Mesti mereka ada target sendiri sehingga boleh merentasi bahaya. Demi Allah. jika saya diminta untuk merentasi tapi yang sekecil itu, belum tentu saya dapat melunaskan hal sedemikian dek gayat yang menguasai diri. Lantas saya mengambil kesimpulan.

Begitulah kita sebagai manusia. Kadang-kala kita terasa perit untuk melangkah. Ya, saya sendiri, terasa perit untuk melangkah setelah kekecewaan menguasai diri. Namun, adakah saya harus terus kecewa? saya harus bangkit, langkah ke hadapan, dengan fokus dan juga dengan penuh tawakkal kepada Allah. Risiko memnag akan dialami oleh setiap orang. namun, tanpa pengajaran, risiko, jatuh duduk, bangun tidak akan menjadi guru beharga kepada kita. Saya akui. kadangkala saya tewas dengan perasaan. Namun, saya perlu melangkah. Demi Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati saya, bagaimana terlukanya hati saya, bagaimana sakitnya kesedihan saya dan bagaimana beratnya saya menanggung rindu. Namun, apa guna kerinduan saya pada insani jika pada Pencipta saya abaikan?

Sekali sekala saya akan menoleh kebelakang supaya saya tidak lagi tersilap perkiraan dalam kehidupan, Saya tidak mahu lagi suatu ketika dahulu ketika mana saya telah membuat kesilapan, saya mengulangi buat keli kedua. itu bermakna saya tidak belajar dari kesilapan. Saya berdoa agar saya diberi kekuatan untuk terus terusan di landasan yang betul, terus terusan membaiki hubungan jika diizinkan Allah buat suatu hari nanti saya mempunyai imam, saya akan terus-terusan menjadi isteri yang terbaik, menjadikan kelebihannya sebagai kekuatan saya, kelemahannya pengajaran buat saya. Saya akan terus-terusan ingin menjadi isteri yang dicintainya, ibu yang dicintainya, agar, Allah tidak pinjamkan saya kepada abakal suami dan anak-anak saya sebagai suatu yang sia-sia.

Ramai yang tidak sedar bahawa, mereka dipinjamkan dan meminjam. Mereka berasa bangga dengan pinjaman yang ada dan sampai suatu masa, Allah ambil segala pinjaman atau loan tanpa bunga, dan waktu serta ketika itu baru terfikir untuk menambah saham bersama-sama. Namun telah tiada masa itu. yang ada masa kini sekarang dan seterusnya. masa itu telah berlalu meninggalkan memori untuk menjadi satu kisah episode pengajaran dan lecterur yang baik but kita. Masa itu.....

Bukan tidak biasa manusia tergelincir, namun, apabila tergelincir, bangunlah dan angkat kaki untuk melangkah ke jalan yang benar. bangun dan binalah kekuatan untuk kembali kepada Allah dan kembali kepada fitrah. Allah akan hadirkan kekuatan buat kita hatta hati kita seakan hancur seperti debu yang beterbangan.

Wednesday, 20 August 2014

SEMINAR TAFSIR

Assalamualaikum..ingin berkongsi sedikit maklumat tentang seminar tafsir yang bakal diadakan di UIA GOMBAK. Moga kalian dapat menambahkan lagi ilmu dengan seminar ini. Boleh refer page original seminar  disini dan disini untuk halaqah tafsir mingguan

Seminar #1
Surah Al-Isra', As-Sajdah & Luqman
27-28 Sept 2014

Seminar #2
Surah Taha & Surah Al-Qasas
8-9 Nov 2014


Yuran: RM50/seminar untuk orang awam, dan RM40/seminar untuk pelajar*

Untuk pendaftaran: Klik di sini 

KULIYYAH TAFSIR UPDATE

Assalamualaikum, just nak share update kuliyyah tafsir yang diadakan oleh Ust. Farhan Syah. Boleh refer di page FB beliau atau page FB ukhuwah.net untuk maklumat lanjut.

Belajarlah al-Quran, kerana ia merupakan sumber hidayah dan sumber ilmu.

Pendekatan yang digunakan adalah talaqqi tafsir kulit ke kulit, bermula dari surah al-Fatihah, al-Baqarah, dan insya-Allah sehingga tamat 30 juz.

Ia terbuka kepada semua, sama ada pelajar atau bukan pelajar. Anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis ini :)

===================================================
Maklumat Program:

Tarikh/Hari: Setiap hari Sabtu
Waktu: 8.30 a.m - 10.30 a.m
Lokasi: Tingkat 4, Masjid UIA Gombak
Pengajar: Ustaz
Farhan Syah

Monday, 11 August 2014

KONVESYEN FIQH RASULULLAH

Assalamualaikum. Sekadar perkongsian buat yang tidak tahu. KONVENSYEN FIQH RASULULLAH yang dianjurkan oleh K-FIQH akan diadakan pada october'14. Moga-moga kita dapat sesuatu di dalam konvesyen yang dibentangkan oleh panel yang hebat pada kiraan saya. Tidak rugi rasanya kita menghadirkan diri di sini. Sebelum ini K-FIQH telah membuat beberapa SEMINAR yang bermanfaat buat kita. SEMINAR SOLAT DAN PUASA. Kutiplah ilmu yang bertebaran di bumi ini buat bekalan di sana nanti. InshaAllah.

Klik pada gambar atau disini untuk ke page original K-Fiqh






Senarai Pembentang 
01. Dr. Zaharuddin Abd Rahman. 
02. Dr. Zahazan Mohamed. 
03. Dr. Maszlee Malik. 
04. Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. 
05. Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 
06. Prof. Madya. Dr. Shayuthy Abd Manas. 
07. Prof. Dr. Muhaya Mohammad. 
08. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh. 
09. Ust Pahrol Mohd Juoi. 
10. Ust Umar Mohd Noor.
11. Ust Roslan Mohamed.

Monday, 21 July 2014

BERDIALOG BERSAMA NON MUSLIM

Al kisahnya saya ingin bercerita serba sedikit pengalaman saya sepanjang Ramadhan ini. Alhamdulillah kita dah pun menjangkau ke 10 Ramadhan terakhir. Moaga kita dapat bertemu dengan Malam lalilatul qadr. InshaAllah dengan izinnya.

seminggu yang lepas banyak sekali peristiwa yang berlaku. saya banyak tarbiyyah diri saya dengan keadaan yang berlaku disekeliling saya.


DIALOG 1

Memandangkan saya bekerja di syarikat yang didominasi management oleh cina dan Jepun, jadi tentulah keadaan bulan tidak seperti di government atau di syarikat-syarikat melayu yang lain. Contohnya, tiada tadarus ataupun tazkirah seperti di tempat lain. Tetapi, inisiatif sendiri untuk adakan tadarus semasa rehat ataupun apa-apa  aktivity yang bermanfaat dan boleh melipat gandakan pahala.

Namun fenemena di tempat kerja saya tidak sebeggitu. masing-masing sepeti acuh tidak acuh dengan sambutan Ramadhan mulia yang penuh barokah. Ada sahaja ramai golongan lelaki yang tidak berpuasa dan berkunjung ke smoking area.. Sedangkan syarikat di sini sangat menitik beratkan tentang waktu berbuka, waktu bersahur, ubah masa supaya semua senang untuk balik berbuka. Namun tidak semua mampu memanfaatkan hal ini. Saya hanya mampu membenci dengan hati. Walaupun hati menangis. Ada antara lelaki yang saya kenal. Dan saya ckup bertanya " kenapa tidak berpuasa?" soalan itu sudah membuat mereka terasa malu. Sekurang-kurangnya, mereka menghormati Ramadhan/.

Minggu lepas, Customer dari sebuah perusahhan syarikat National kedua datang. Seorang Melayu dan berpegang teguh dengan Agama Islam. Beliau bercerita dengan kami semasa rehat, orang Jepun telah keluar makan, jadi dia turut bersembang tentang perihal agama dan islam.

 Beliau pernah bertanya kepada seornag Jepun yang beliau kenal. "kenapa tidak mahu memeluk Islam?"

Jawapan Jepun tadi " Orang islam sendiri pun minum arak, tidak puasa dan solat, kenapa dia perlu ikut islam?  Kalau islam itu bagus"

Mengucap panjang kami semua yang mendengar cerita yamg diceritakan oleh beliau.

Nah!! lihat sendiri. Bagaimana kita orang islam msih belum menunjukkan sifat yang bagus untuk orang lain. Sehinggakan tiada kecantikan yang orang bukan islam nampak dalam Islam. Sedangkan islam itu sangat indah. Lihatlah. Di mana kita sendiri corakkan nilai islam di dalam diri dan negara kita. Cukuplah kita pelihara untuk diri, nescaya akan terterbit juga keindahan islam keseluruh pelosok negara.

DIALOG 2

Saya setiap minggu akan ke KL untuk menunaikan kewajipan sebagai pelajar menuntut ilmu Allah yang snagat luas ini. Saya akan kesana menaiki bas. Saya rasa lebih selesa dan sangat relax. Memandangkan saya akan pergi sejurus selepas saya bekerja pada hari jumaat. Jadi saya tidak perlu drive dan nanti kakak saya akan ambil dan hantar ke UM

Setelah hampir 10 minit menunggu azan berkumandang, dan saya pun berbuka. Saya mempelawa kurma MARIAMI dari yusoff Taiyob kepada orang sekeliling dan juga kepada non muslim yang ada. Dan ada seorang auntie indian berkata

" Puasa sangat bagus. Saya punya anak juga puasa. saya pun puasa. Tapi kami bukan Muslim. Tapi puasa badan jadi sihat dan you akan tenang sahaja"

Saya tersenyum dan jawab " sudah satu tahun kita makan, ini Puasa bagi sistem dalam badan kita rehat. jadi you punya penyakit akan berkurangla. semua penyakit datangnya daripada perut."

dia lantas menambah lagi " saya puasa hari tu saya banyak kurang marah"

Saya menjawab " sebab bila you sabar tidak makan tunggu berbuka, jadi you akan sabar juga dengan orang sekeliling you"

Saya cuba menjawab ikot logik akal berlandaskan Quran dan Sunnah. Apa manfaat puasa dan kelebihannya.

Nah!! ini kali kedua pula. Orang bukan islam tahu manfaat berpuasa dan cuba berpuasa untuk diri mereka. Kita, telah diberitahu oleh Di dalam Quran dan nabi Muhammad. namun kita masih ingkar. Pada yang ada kes macam saya, marilah sama-sama kita menjadi khalifah yang terbaik untuk diri kita dan masyarakat sekeliling. Fikirkan kenapa aku di sini. kenapa Allah tempat kan aku di sini? apakah sebabnya? adakah mahu menjadi penyampai kepada orang lain?

Apa lagi Nikmat yang ingin Di dustakan?


ALFATIHAH BUAT MH17 & GAZA